ISU
Kerajaan BN Sarawak pimpinan Abang Johari Openg meneruskan amalan kepimpinan sebelum ini mengharamkan pemimpin pembangkang dari memasuki negeri berkenaan. Terbaharu Adun Kuala Sepetang dari DAP, Chua Yee Ling diusir keluar dari negeri itu ketika wakil rakyat itu sedang menghadiri majlis malam malam di Miri.
Sebelum itu dua orang pemimpin pembangkang, Zuraidah Kamaruddin ahli parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan dilarang masuk ke Sarawak ketika sampai di lapangan terbang Kuching.
Begitu juga dengan Hee Leong Sean ahli parlimen Petaling Jaya Selatan turut sama di halang memasuki Sarawak.
Tindakan dilakukan terhadap pemimpin Pakatan Harapan itu menunjukkan kebimbangan kerajaan BN Sarawak dengan pengaruh pembangkang makin meluas ketika ini. Kebetulan larangan dan pengusiran pemimpin pembangkang itu menjelang kehadiran Dr Mahathir Mohamad ke bumi Kenyalang itu buat pertama kalinya.
Tindakan un-democratic kerajaan Sarawak itu sedikit sebanyak membantu mempromosikan kedatangan Dr Mahathir ke Sarawak. Rakyat Sarawak tentu jadi makin ghairah untuk mendengar apakah janji dan tawaran Dr Mahathir sempena kunjungan sulungnya sebagai pengerusi Pakatan Harapan ke Sarawak.
Abang Johari Openg memberi jaminan kedatangan Dr Mahathir tidak akan dihalang. Sejauh mana beliau sedia menempati janjinya itu sangat meragukan. Apapun kita tunggu dan lihat.
Dalam pada itu mungkin Pakatan Harapan boleh memasukkan dalam manifestonya sekiranya Pakatan Harapan memerintah Sarawak dan Malaysia peraturan Imigeresen yang diamalkan di Sabah dan Sarawak selama ini dimansuhkan kerana peraturan khas itu tidak mencerminkan yang kedua-dua buah negeri itu sebagai sebuah negeri bersekutu dengan negeri-negeri di Semenanjung mewujudkan Malaysia. [wm.kl. 10:51 am 24/09/17]
Saya agak yakin Tun akan dihalang masuk ke Sarawak sebagai satu political mileage bagi menggambarkan Tun sebagai boleh memecahkan perpaduan dan keharmonian.
ReplyDeleteJika ia berlaku, sangat mendukacitakan tetapi sudah tentu ia satu kemenangan awal kepada PH