Dikeko di Lakloh yang mendapat sambutan hangat. |
Belum ada kajian secara imperikal dibuat menunjukkan apakah kerajaan Pas Kelantan tidak sedikit pun bimbang dengan kemunculan parti Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini telah menyatukan diri dan membentuk kekuatan bersama tiga parti lain; PKR, DAP dan PPBM menerusi Pakatan Harapan.
Apakah kolaborasi itu tidak akan mengugat kerajaan peninggalan Nik Abdul Aziz Nik Mat berusia 27 tahun itu. Kalau pun ada kajian secara teori mengenai sikap
pengundi di Kelantan terhadap Pas sekiranya parti itu bermaufakat dengan Umno.
Kajian itu menunjukkan rakyat sedia untuk menolak Pas kerana tidak suka kepada
Umno.
Dapatan kajian-kajian berdasarkan teori itu menunjukkan Pas akan kalah kerana kerjasama Pas dengan Umno menyebabkan 60% rakyat Kelantan sedia menolak Pas. Ini bermakna peratusan itu memberi isyarat mereka sedia menyokongkan sekiranya Pas sedia bergabung dengan mana-mana gabungan.Ada dua komponen sahaja pilihan yang ada untuk Pas memastikan status quonya di Kelantan kekal, bersama BN atau PH. Gagasan Sejahtera yang dipelupori Pas tidak mampu menyangini BN dan PH.
Tidak mungkin dengan PH
Dengan PH tampaknya Pas tidak mungkin bersama kecuali ada wahyu baru
dari langit. Semisalnya imam besar parti itu di Terengganu didatangi mimpi yang dibawa oleh
40 malaikat agar menghulur tangan kepada bekas rakan yang kini membentuk PH dan
menubuhkan Amanah.
Kalau mengikut kenyataan Ahmad Yakob, parti itu juga
tetap bersendirian apabila beliau menegaskan Pas akan bertanding di semua
kerusi di Kelantan termasuk kerusi yang sebelum ini diserahkan kepada PKR.
Kenyataan terbaru Ahmad itu dibuat selepas berlangsung
peluncuran jentera pilihan raya PH peringkat parlimen Kubang Kerian, di Wisma
Tok Guru yang dihadiri sama oleh pimpinan keempat-empat gabungan itu termasuk Abd Aziz Kadir pengerusi PKR Kelantan.
Orang ramai di Dikeko di Lakloh malam kelmarin. |
Kehadiran Aziz itu menyesalkan Pas dan sekaligus ia
memadamkan segala "soksek soksek" sebelum ini yang menganggap Pas masih mengikat
sayang dengan PKR dan PKR masih juga tergilakan Pas.
Kenyataan Ahmad itu bererti Pas sudah sedia untuk bercerai
bukan sahaja jasad tetapi roh juga dengan PKR.
Pas bakal kehilangan kerajaan.
Pas bakal kehilangan kerajaan.
Secara ikhlas saya tidak nampak macam mana Pas boleh
menang sekiranya parti itu berdegil untuk bersendirian. Begitu juga pendapat para penganliasa bebas lain baik amatur maupun profesional masing-masing menyatakan keyakinan Pas akan kecundang sehingga akan hilang kerajaan.
Kecualilah mereka yang
“bebal akal” dan taksub gila kepada Pas sahaja, atau berasakan mereka kahsyaf
tetap yakin Pas akan mampu mempertahankan kerajaan peninggalan Nik Aziz itu bahkan sampai berjaya menakluki Puterajaya?
Tidak terkecuali juga pandangan dari penganalisa yang melihat dengan sentimen dan menjadi propagandis Umno menyanyikan lagu tindakan Pas sebagai afdal dan boleh menang. Sebenarnya pendapat demikian adalah sokong membawa rebah kepada Pas.
Tidak terkecuali juga pandangan dari penganalisa yang melihat dengan sentimen dan menjadi propagandis Umno menyanyikan lagu tindakan Pas sebagai afdal dan boleh menang. Sebenarnya pendapat demikian adalah sokong membawa rebah kepada Pas.
Pas dalam bahaya.
Apa yang hendak ditarik perhatian disini kepada Pas ialah mengenai parti itu dalam bahaya apabila rakyat semakin hari semakin menyedari mengenai kelemahan-kelemahan yang berlaku serta beberapa penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.
Apa-apa yang sebelum ini ditutup dengan jubah dan serban kini sudah terdedah. Ini semua adalah hasil kerja siang malam PH menerusi aktiviti penerangannya.
Salah satu
program cukup berkesan ialah apa yang saya istilahkan DIKEKO, dialog dikedai-kedai kopi atau pusat-pusat kuminiti lain seperti pasar, kedai gunting dan sebagainya.
Acara ini walaupun santai tetapi ia berkesan menanamkan rasa benci kepada kerenah kalangan pemimpin Pas yang fiil perangainya jauh berbeza di zaman arwah Tokguru masih ada. Dakyah mengatakan Pas kini sudah berubah tidak serupa dahulu sangat mengesankan kepada orang ramai.
Acara Dikeko ini memberi peluang kepada orang ramai berintraksi langsung dengan pemimpin. Rakyat bersemuka minta penjelasan berhubung apa sahaja isu dibangkitkan. Mereka bertanya segala permasalahan yang
berlegar di hadapan mereka secara direct dengan penceramahnya khasnya Husam Musa yang menjadi host utama. Mereka melepaskan geram dan stress menerusi acara
ini di mana segala gelagat dan "kemurihan" itu menjadi perhatian yang dapat mempengaruhi pula orang lain.
Di samping itu dapat pula mendengar solusi yang dicadangkan serta idea-idea yang diutarakan pemimpin PH. Sekaligus mendengar tawaran-tawaran alternatif yang lebih munasabah dan praktikal.
Dan kesanggupan pemimpin PH khasnya Husam Musa, Wan Abdul Rahim, Abd Aziz Kadir, Kamaruddin Md Noor dan lain-lain turut untuk berdialog menunjukkan mereka berada di pihak benar dan bertanggungjawab, kerana kalau mereka salah tidak mungkin mereka sedia menahan telinga kepada rakyat dan berani bersemuka secara langsung.
Paling bahaya lagi kebanyakan acara ini dipancar secara
langsung menerusi streamyx yang diikuti oleh ribuan orang bukan sahaja di
Kelantan tetapi di seluruh negara bahkan dunia. Inilah fenomena baru dalam dunia teknologi maklumat (IT) yang
mempercepatkan proses penyebaran maklumat yang berkesan dan pantas. Apa-apa berita, maklumat dari ceruk mana sahaja dapat dihidu oleh sesiapa sahaja tanpa mengira di mana lokasi mereka berada.
Husam N ik Aziz baru
Menerusi acara ini juga diam-diam Husam yang telah diterima sebagai pemimpin semasa di Kelantan yang sepopular arwah Nik Aziz. Nasib malangnya yang dianiaya Pas mendapat simpati rakyat. Beliau sudah dilihat pemimpin masa depan dan hero di Kelantan. Secara tidak langsung beliau sudah dianggap sebagai pengganti Tokguru, atau pun Nik Aziz baru.
Kelompangan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin ditinggalkan Nik Aziz dipenuhi Husam. Di mana terdengar rakyat ada masalah akan dikunjunginya. Di mana ada runggutan rakyat akan disinggahninya. Kalau semasa berada dalam kerajaan dulu Husam bekerja sepanjang hari, sehingga merenggangkan diri dengan publik tetapi kini dia berkerja membela rakyat dan menjanjikan sebuah kerajaan baru malam dan siang.
Kedudukan dan populariti Husam hari ini sama dan setanding dengan tokoh-tokoh lengenda Kelantan
seperti Nik Aziz Nik Mat, Mohd Asri Muda ataupun Tengku Razaleigh Hamzah.
Mereka itu semua adalah tokoh politik dan tokoh rakyat sepanjang zaman. Husam sedang mengikuti rapat dan akan memacakkan dirinya sebagai salah seorang tokoh lagenda politik di bumi Cik Siti Wan Kembang.
Berani
Tindakan Husam turun menemui rakyat melayani perasaan
rakyat yang kecewa itu menunjukkan beliau berani dan tindakannya menyakinkan
rakyat. Rakyat khususnya mereka yang ada masalah yakin dengan kepimpinan Husam dan juga profesionalismenya.
Tindakan atau risiko diambil Husam itu menjadikan rakyat merasakan beliau berada
di pihak berani kerana benar, takut kerana salah dan bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja demi rakyat.
Ketidaksediaan pemimpin kerajaan turun ke bawah melayani rakyat
menjelaskan pelbagai isu dibangkitkan, menjawab segala persoalan seperti masalah tanah, alam sekitar, penyelewengan dalam projek, mengadakan "hubungdagang" ala Ali Baba dan Musang Ngenge seperti Korban Kredit, menyebabkan
rakyat melihat sikap membisu itu kerajaan sebagai pihak yang bersalah.
Kalau ada pun yang
berani mengkritik Husam, membalas segala dakwaanya itu dibuat penuh emosi dan kebencian tanpa disertai fakta dan dalik. Sesetengah pembelaan kepada kerajaan di media sosial pula bukan menjawab persoalan tetapi dengan memaki hamun dan mengejek Husam sebagai mana pendekatan diambil oleh Adun Pulai Chondong semasa persidangan Dewan Undangan Negeri.
Ahamad sendiri pengecut.
Ahamad sendiri pengecut.
Ahmad Yakob sebagai MB sendiri tidak berani atau "berat kaki" untuk turun berhadapan dengan rakyat. Banyak isu-isu bebangkit memerlukan
campur tangan beliau tidak dilakukan. Misalnya kontroversi mengenai pembinaan
pasar baru Pasir Puteh yang tidak ikut spesifikasi sehingga menjadi pertikaian peniaga,
beliau tidak terkutip langsung diam seribu bahasa seolah gelora di Pasir Puteh itu tidak sedikit pun mengoleng-olengkan perahu sopek Pas.
Usahkan memberi idea penyelesaian tetapi untuk turun melawat ke tempat-tempat kejadian juga tidak dibuatnya. Kalau ada apa-apa isu beliau hanya bercakap kepada wartawan sahaja dan mengulas dalam telivisyen atau pun digalang ganti oleh pegawainya yang naif dan miskin maklum serta jahil dengan hal ehawal peraturan dan perundangan. Bukan saja beliau memgambil sikap sardin, tetapi pemimpin lain juga. Rula-rupanya perangai dan sikap Ahmad telah dijadi sebagai sunah oleh para pemimpin Pas yang lain.
Lantaran sikap itu menyebabkan rakyat rasa tidak dilayan dan dihargai, jadi apabila ada program Dikeko mereka akan berbondong bondong mendatanginya. Rakyat tahu dialog itu tidak menyelesaikan masalah kerana pemimpin atau pihak penganjur tidak mempunyai kuasa, tetapi jangan lupa jika berlaku penolakan ramai kepada kerajaan, tidak mustahil pihak yang sedia berdialog itu suatu hari akan jadi kerajaan. Itulah yang diharapkan rakyat.
Justeru pihak kerajaan atau Pas perlu mengambil perhatian dan segera memberi respon dengan jawaban penyelesaian terhadap segala masalah yang dibangkitkan. Jika Pas selesa dengan keadaan sekarang ini, terus menggunakan ayat-ayat Quran untuk menempis setiap orang menyerang Pas, tidak mustahil kerajaan peninggalan Tokguru itu akan tumbang. Kalau pun Amanah dan PH masih belum cukup "rem" (kekuatan dan upaya) untuk mengambil alih kerajaan, tetapi sang pendahaganya UBN sedang bersiap sedia untuk memasuki Kota Darulnaim. [wm.kl. 8:28 am 29/10/17]
PASterus memekakkan dirinya. Biarkan mereka menjadi Si Luncai...
ReplyDeletekelemahan pas bukan pada parti..... kelemahan pas pada presiden pas.... peesiden yg tidak dapat menghayati perjuangan asal pas... yg telah berganjak disebabkan orang2 yg terlalu dekat dgn nya... adalah lebih baik digantikan kepada timbalan nya yang nampak masih juga utk meletakan kepada landasan yg betul..
ReplyDeletePas kini hanya terdiri daripada si tolol dan si bongkak yg perasan hebat tapi langsung tidak ada kebolehan dlm pengurusan dan pentadbiran
ReplyDeleteSaya menpunyai kenalan dan saudara di Kelantan pada masa lalu sangat tegar taksub tahap gaban kepada PAS tetapi kini penyokong amanah dan sangat benci pada PAS.
ReplyDeleteSatu perubahan pusingan 360 darjah yang tidak pernah dijangka.
Berbeza dengan ahli umno, walaupun mereka kini BERSATU tetapi rasa sayang pada parti masih ada, yang dibenci hanya Najib.
Lebih pelik, Mahathir pula disanjung dan Najib jadi kecaman mereka.
Hadi istihar atau tidak, mereka sudah cop PAS dan umno sudah kahwin.
Satu perkara yang dapat saya kesan, Arwah Nik Aziz adalah faktor kuat sebab mereka menyokong PAS dan bila falsafah perjuangan Tok Guru sudah tidak dipegang kemas, mudahlah terlerai.
PAS sukar kekal kuasa di Kelantan dan AMANAH belum cukup kuat secara menyeluruh, pemenangnya adalah umno.
salam
ReplyDeleteSaya pun sependapat dgn Tuan MSO,Kerosakkan telahpun berlaku.
Tindakkan susulan dari pas untuk membaik pulih TIADA.
sebabnya majority ahli2 pas terlalu taksub dgn pimpinan mereka. Mereka menganggap itu semuanya "FITNAH" dari parti amanah,sengaja mereka-reka cerita untuk dapat simpati.
Tak mungkinlah pimpinan ulamak aku "menginiayai" rakyat seperti pasar di pasir putih,walupun ada bukti bergambar.
Tak mungkinlah pimpinan aku biarkan balak ditebang sesuka hati.
Tak mungkinlah pimpinan ulamak bersubahat meluluskan dapat lesen .membalak.
Berbeza dgn TGNA,Pemerintahan seakan-akan sahabat nabi umar al-khatab.
TGNA: Akan kabwah bila ada permasalahan rakyat.Dan DIRECT pula tu.
Saya perhaatikan cara kepimpinan pas di kelantan umpaman BOss besar sebuah company.
yg mana Managing director cuma perhatikan dari atas.Bila ada masaalah dia akan highlightkan pada CEO/GM/Manager shj. Dia tak turun PADANG,dia tak dapat info yg betul dari permasalahan dari pekerjanya.Banyak miscomunication.Bila keadaan ini berlanjutan,bertahun-tahun maka masaalah membesar.Jika intermmidite man serupa shj macam MD,lAMA-KELAMAAN LINGKUPLAH COMPANY ITU. tutuplah..
Samalah macam administration kat kerajaan kelantan,Kerja yg tak efficient,tak ada inovatif,perancangan missi dan visi,intergrity,accountibility,monitoring, Pemerintahan jadi carca-merba.
Yg parahnya siapa?tentulah rakyat.
Orang memerintah, diapun nak memerintah dgn mengunakan islam sebagai alatnya. TAPI TAK NAMPAKpun cii-ciri sahabat umar al-khatab,malah tak sama pun pada zaman tabiin,omar abd aziz. TAADA.
wallahualam.
Saya amat percaya Husam akan menjadi Pemimpin baru Kelantan
ReplyDeletebiarlah PAS dengan haluanya, sepatutnya golongan yang membenci PAS patut bergembira dengan apa yang berlaku lebihlebih lagi AMANAH yang matlamatnya untuk menggantikan PAS.
ReplyDelete