Wednesday, February 7, 2018

Husam dan Cikgu Rahim rakyat yang tetap menaati Sultan

BERITA 

Encik Cikgu Rahim dan Encik Husam. 
KHABAR paling besar dan menjadi pertuturan di Kelantan hari ini ialah penyerahan balik pingat kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan Kelantan kepada Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Husam dan Cikgu Rahim telah menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) yang memberi tahu Sultan telah mengarahkan agar pingat dan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kepada kedua mereka dipulangkan.

Husam dan Wan Rahim tidak menyerah sediri pingat itu sebaliknya diwakilkan kepada Setiausaha Amanah Kelantan, Rushdan Mustapa.

Rushdan dengan diiringi dua rakan, Jasman Jaafar dan Ir Ali Omar menyerahkan pingat berkenaan kepada Pengelola Istana Kelantan lewat pagi tadi.

Rushdan menyerahkan balik pingat ditarik.
Berita penyerahan pingat itu disedari umum apabila Husam dan Cikgu Rahim mengeluarkan kenyataan media ringkas mengenainya. Dalam kenyataan itu Husam dan Cikgu Rahim menjujung taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan dan tidak pun terkesan dengan penarikan balik pingat itu.

Sememangnya selaku rakyat mereka berdua akur dan mematuhi apa sahaja yang diperintahkan ke atasnya. Hendaknya jangan ada anasir yang cuba mengambil kesempatan atas "kerja raja" ini untuk kepentingan politik murahan.

Apa yang berlaku dan menimpa Husam dan Cikgu Rahim itu bukan sesuatu yang pelik, apa lagi mengaibkan. Sebelum ini pun sudah banyak orang yang menerima nasib sama, anugerah darjah kebesaran kepada mereka dilakukan dalam upacara gilang gemilang kemudian ditarik balik.

Antara yang dapat disebut dan diingat, ialah Ketua Penerangan Umno Hussein Ahmad, bekas Menteri Besar  Kelantan, Mohd Asri Muda juga menerima nasib sama. Selain itu bekas wakil rakyat Salor, Rusli Ibrahim juga diminta memulangkan pingat kebesaran yang dianugerakan kepadanya.

Penganugerahan pingat kebesaran kepada Husam, Cikgu Rahim dan Rusli dilakukan oleh Sultan Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra.

Kejadian itu juga berlaku di negeri-negeri lain. Sultan Selangor juga turut meminta bekas TPM Anwar Ibrahim menyerah semula darjah kebesaran yang diberikan kepadanya semasa zaman ayahandanya Sultan Hishamuddin.

Penarikan balik darjah kebesaran ini bukan sahaja di kalangan ahli politik yang dilihat berbeza pendapat dengan pemerintah semasa, tetapi ia juga melibatkan kerabat di raja. Misalnya di Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah dilantik menjadi Penasihat Majlis Perajaan Kelantan dilucutkan kedudukan itu.

Memberi dan menarik balik adalah hak orang yang memberi. Ia bukan sesuatu yang kekal sampai ke mati, sesuai dengan penganugerahan itu sendiri perkara baru, yang bukan kadim. Ia hanya sebagai lambang kebesaran sahaja. Penerima dilihat orang yang disayangi raja, dikasihi raja dan berjasa kepada mereka dan juga negeri.

Tetapi ada juga orang yang tidak diketahui apa jasa dan budi kepada negeri mendapat anugerah itu membawa gelaran Datuk. Paling "gombal" ada orang memakai gelaran Datuk dianugerah bukan kerana jasa-jasanya tetapi kerana dibayar mengikut kadar berkenaan. Ada juga yang memakai gelaran itu apabila menerima anugerah dari pembesar atau raja-raja di luar Malaysia.

Pemilikan gelaran Datuk juga bukan sesuatu yang unik dan istimewa lagi kerana jumlah pemakainya ada dimana-mana sahaja. Hari ini semua jenis manusia menerima dan memakai gelaran Datuk daripada ahli politik peringkat ketua cawangan sampai kepada penyanyi yang belum pun memiliki apa-apa album.

Justeru anugerah itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan lagi. Ia hanya penyambung panggal nama sahaja. Kata orang untuk tidak menampak nama menjadi "dogel" sangat.

Juteru baik kepada Husam dan Cikgu Rahim diharap tidak terkesan dengan penarikan baik itu. Paling penting ia tidak melemahkan semangat untuk menegur dan mengkritik kerajaan Kelantan yang dilihat tempang dan bergelumang dengan penyelewengan. Tugas menjaga negeri bukan menjadi tanggungjawab orang bergelar Datuk semata-mata tetapi kepada semua rakyat yang prihatin.

Semoga Husam dan Cikgu Rahim redha dengan apa yang berlaku dan menerimanya sebagai satu ujian daripada Allah taala. Penarikan itu juga tidak akan mengencatkan usahanya untuk melakukan perubahan di Kelantan yang kini sedang diperhatikan oleh orang banyak. [wm.kl.4:14 pm 07/02/18]

10 comments:

  1. Tok Kenali juga tidak mendapat title Tan Sri tetapi kewajaannya kekal.

    ReplyDelete
  2. Apalah nilai pangkat dan darjat disisi manusia,,yang penting Kita mulia disisi Allah Azza Wajallah dan Rasulullah Saw,,Saya yakin Husam Musa merupakan seorang yang baik terhadap agama,bangsa dan tanahair....!! Mudah-mudahan Allah Ta'ala memberikan "Rahmat" kepada Husam Musa & Cikgu Rahim

    ReplyDelete
  3. Harap PH boleh jernihkan kembali hubungan yb husam dgn istana supaya peluang beliau untuk menjadi mb kembali cerah...jika tidak PH boleh berkira kira mencari calon mb lain jika PH tawan kelantan...wasalam

    ReplyDelete
  4. Entah susah nak komen.. yg aku tahu..dlm dunia ni hanya malaysia je.. yg byk anugerah yg di terima dr sultan atau raja. Kalau di england hanya satu.. sir.. jadi susah org nak mempertikaikan klu dpt dr permaisuri. Contoh bekas jurulatih MU..membawa berbelion2.. dlm kontung negara. Org akan hormat..di malaysia..susah nak komen. Sampai pelakun dr negara jiran dpt.. rakyat malaysia mempertikai.. apa sumbangan dan jasanya..pemuda cina yg bergaduh tempohari.. muda betul..sudah dpt anugerah..dr tadika pemuda tu buat sumbangan dan jasa pd rakyat malaysia.. tu sbb pemuda dpt anugerah...

    ReplyDelete
  5. tak penting semua itu... yg penting husam dan cikgu Rahim terus beristiqomah dalam menegur penyelewengan dan salah guna kuasa di kelantan..

    ReplyDelete

  6. Semuga perjuangan Sdr Husam Dan Sdr Chikgu Wan Abd Rahim terus berkobar kobar demi menyelamatkan kepentingan rakyat Kelantan. Usah dukacita dengan perkara perkara yang remeh temeh, yang tidak ada nilai disisi Allah SWT.

    ReplyDelete
  7. Masih rekevankah sistem dan amalan feudal dizaman ini?

    ReplyDelete
  8. yg menjadi persoalan... apa sebab ditarik?
    tentu ada sebab....

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Demi Allah jika PH dapat memerintah selepas PRU 14 ini, wajib lah PERDANA MENTERI YANG BARU nanti membuat perubahan yang drastik terutama dalam pembentukan minda melayu terhadap golongan bangsawan.

    Sebagai contoh pemberian pelbagai gelaran seperti gelaran dato, tan sri, dato sri dan dll hendaklah di kawal. Hanya pihak KERAJAAN sahaja yang BERHAK dan mempunyai KUASA untuk memberi gelaran kpd individu2 yang benar-benar berjasa.

    Dan untuk kakitangan awam tidak dibenarkan sama sekali di anugerahkan apa2 gelaran seumpama dato,tan sri kecuali selepas mereka bersara.
    Langkah ini adalah sebagai lonjakan minda bagi bangsa Malaysia agar mereka mempunyai sikap percaya diri, berani dan tidak mempunyai sikap rendah diri apabila ingin mengkritik, dan memperbetulkan golongan2 bangsawan ini. Lonjakan minda ini perlu kerana orang melayu memiliki sifat kolot memuja keterlaluan atau kesipuan kpd golongan ini.

    Dengan pengawalan pemberian darjah2 kebesaran ini mudah2an tiadalah lagi isu KESIPUAN kerana ditarik DARJAH KEBESARAN yang pada hakikatnya memalukan kedua2 pihak dan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

    Selepas ini di dalam majlis2 rasmi kerajaan tidak perlulah lagi di dahulukan dgn pelbagai ucapan penghormatan utk dato itu dan dato ini, Indonesia boleh di jadikan contoh kerana presidennya telah mewajibkan semua ucapan awam menterinya di ringkaskan semungkin boleh.

    ReplyDelete
  10. jelas PR14 ini pertembongan di antara RAKYAT vs Bangsawan/Brahmin..

    ReplyDelete