Friday, March 30, 2018

Isu tanah di Ijok Umno jadi macam "Prof Butir Nangka" yang terkucil

REAKSI 

Azmin kemukakan pelan untuk jelas isu tanah di Ijok.
ISU tanah peneroka di Ijok yang digambarkan isu kronik di Selangor bolehlah dianggap sudah tuntas. Kekaburan di sebalik isu itu yang sengaja direkayasa untuk memburukkan kerajaan Selangor dan Mohamed Azmin Ali, sudah jelas apabila ia diterangkan dijawab oleh MB Selangor itu di Dun Selangor penuh fakta dan kronologinya senang difahami.
Penjelasan Azmin yang siap dengan peta berkaitan tanah berkenaan cukup mantap dan susur galurnya mudah difaham kecuali bagi mereka yang ada nawaitu buruk, di dalam hatinya ada kuman hasad dengki yang bukan mudah dihapus kandatipun dengan kepanasan 100 digree. Sengaja dimainkan oleh mereka yang berdendam dengannya? 

Isu tanah seluas lebih 2,000 hekar itu sungguh memilu dan menyenakkan jiwa Azmin apabila beliau dituduh sebagai menganiaya dan mengabaikan hak peneroka, melarikan wang peneroka dan juga meraih untung sebanyak RM800 juta berunsurkan rasuah kononnya dengan melakukan penyelesaian di luar mahkamah dengan memberi keuntungan kepada syarikat?

Apa yang hendak diportraykan dengan isu tanah berkenaan Azmin lebih mengutamakan syarikat berbanding dengan rakyat. Fakta-fakta sahih dan tujuan baik MB Selangor itu untuk membantu peneroka dan rakyat langsung tidak ditimbulkan. Misalnya selama 18 tahun peneroka dipanggang tidak berapi tetapi masalah mereka diselesaikan Azmin dalam tempoh dua tahun sahaja. 

Semasa menjelas dan menjawab isu berkaitan, Azmin tidak menyepit individu-individu tertentu yang menyerang beliau dengan isu tanah berkenaan dan merekayasakan pelbagai isu untuk memburuk-burukkannya. Azmin tidak mahu membuang masa melayan lalat dan langau politik. Beliau respon dan marah apabila Umno cuba mempolitikkan dan mahu menjadikan peneroka sebagai alat untuk mengugutnya.

Dalam berbagai isu dihadapkan kepada Azmin untuk memburuknya sebelum ini, salah satunya isu pembinaan pintu gerbang yang kononnya menelan peruntukan berbilion ringgit dituduh suatu projek membazir. Isu ini mungkin boleh diterima oleh mereka yang buta dan tidak reti menghitung. Begitu juga ada usaha untuk mengheret Azmin kononya memiliki wang berjuta ringgit dalam akaun, di mana isu dan tuduhan ini adalah piring hitam sopek lama yang dimainkan kembali. 

Semua isu-isu dimainkan itu tidak dipedulikan kerana beliau anggap ia dimainkan oleh mereka yang sudah mereput dalam politik dan ketandusan isu dan idea.

Agak melampau

Bagaimana pun isu tanah di Ijok itu, beliau respon di dalam Dewan Undangan Negeri bila ia sudah agak melampau dimainkan oleh Umno yang menghasut peneroka untuk menyerangnya. Umno menggunakan SPRM untuk menganggu emosinya. Keadaan itu menyebabkan beliau tidak boleh mendiamkan diri dan menjawabnya dalam DUN bagi menungsaikan kekeliruan dan kekaburan yang sengaja direkayasa.

Penjelasan dan jawabannya di DUN Selangor itu sesuatu yang konkrit. Azmin mengambil Dewan sebagai tempat untuk menjelaskan isu berkenaan sebagai tepat kerana Dewan sebagai tempat mulia tidak boleh sesiapa bercakap bohong dan cuba melakukan sihir politik di situ. Dewan bukan pentas sandiwara yang boleh digemerlapkan dengan neon atau cahaya laser.  

Menurut kronologi diberikan Azmin, pengkhianatan terhadapnya dengan isu tanah peneroka itu bermula daripada manusia bernama Rahman Dahlan yang membuat tafsiran tidak sempurna terhadap tanah tersebut. Menurutnya Rahman hanya mengambil kisah di atas sekeping tanah sahaja yang mempunyai tiga keping, yang mana disifatkan Azmin sebagai gambaran yang sengaja dikelirukan.

Menurut Azmin tanah berkenaan ada tiga keping yang dikenali dengan nama Alam Utama, Alam Perdana dan Alam Mutiara. Adapun yang diperkatakan oleh Rahman Dahlan hanya satu keping sahaja, di Alam Perdana.

Ketiga-tiga keping tanah itu adalah milik peneroka dan peserta PKPS pada tahun 1998 dan 1999 kemudian ianya diambil balik oleh MB Selangor ketika itu Abu Hassan Omar dan diserahkan kepada syarikat. Syarikat berkenaan pula, dua orang ahli lembaga pengarahnya adalah wakil rakyat Umno. Bermakna syarikat berkenaan ada kepentingan orang Umno.

Setelah menegur kekayaan, syarikat tersebut menyerah pula kepada syarikat lain yang menjanjikan untuk membayar pampasan kepada peneroka sebanyak RM180,000 serta menyiapkan rumah dengan nilai yang sama. Malangnya menurut Azmin syarikat berkenaan tidak menunaikan janji.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah dan Abdul Khalid Ibrahim menjadi MB beliau mengambil balik tanah berkenaan menyebabkan tindakan itu sampai ke mahkamah. Peneroka menyaman kerajaan negeri.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya membuat keputusan yang kerajaan berhak merampas balik tanah berkenaan dengan dua syarat; pertama membayar pampasan bukan mengikut nilai pertanian tetapi nilai pembangunan (mix development), sebanyak RM300 hingga RM400 juta dan kedua membayar kos infarstrukurnya yang nilainya sebanyak RM700 juta. Jumlah itu besar menyebabkan kerajaan negeri tidak mampu memenuhinya. 
 
Bagaimana pun jelas Azmin tanah bahagian Alam Mutiara dan Alam Utama masih menjadi milik peneroka. Jadi tidak timbul dakwaan mengatakan tanah ini kerajaan negeri memberi balik kepada syarikat. 

"Apabila mengetahui syarikat berkenaan hendak menjualnya saya berunding dengan peneroka dan berjanji akan menjaga hak mereka akhirnya bersetuju penyelesaian dibuat tanpa ada apa-apa lagi tuntutan ke atas syarikat berkenaan. Akhirnya kerajaan memiliki semula tanah berkenaan seluas 1,000 hektar tanpa kena membayar sebarang pampasan kepada syarikat," tegasnya.

Kesan daripada kebijaksanaan dan keprihatinan kerajaan negeri juga menurutnya, peneroka bukan sahaja mendapat wang tunai tetapi juga rumah yang dijanjikan 18 tahun terpanggang tanpa api sebelum ini bernilai RM250 walaupun harga semasanya adalah RM450,000.

Di sepanjang penjelasan Azmin berkaitan isu tanah tersebut semua wakil rakyat Umno yang menuduhnya dan lantang diluar diam membisu, terkucil tanpa sebarang kata.

Apa yang menghiris jiwa kita semua ialah bagaimana nasib 980 peneroka itu yang dipermainkan sejak 18 tahun lampau. Paling sedihnya menurut Azmin 300 orang daripada mereka sudah meninggal dunia tanpa dapat merasai apa-apa nikmat yang dijanjikan. 

Apa yang berlaku kepada peneroka di Ijok itu adalah sebahagian daripada ceretria nasib malang rakyat marhaen yang diperkotak katik oleh golongan kapitalis dan juga menjadi bola tenis oleh orang politik. Hendaknya segala isu-isu yang sama yang berlaku bukan sahaja di Selangor di negeri lain juga termasuk Kelantan hendak diselesaikan dengan baik.

Apa dibuat oleh Azmin Ali di Selangor itu perlu diteladani sebaik-baiknya. [wm.kl.11:03 am 30/03/18]

5 comments:

  1. well done yab dsaa demi rakyat semuga allah berkati kerja buat yab ..hidup ph demi rakyat n bebasanwar...

    ReplyDelete
  2. Dengan perkataan yang mudah saya menyeru rakyat Malaysia: "Tamatkan penguasaan BN di negara ini." Kepada pengikut PAS, sokonglah Pakatan Harapan. Insya-Allah kita mendapat kebaikan. Amin...

    ReplyDelete
  3. Rahman Dahlan ni x payah sibuk pasal ijok.
    Balik Tuaran dan tengok jambatan konkrit yg ko janji d buat pada 12/17 lagi.
    Bohong punya org.

    ReplyDelete
  4. Kekdg aku tabik tgk azmin byk guna psikologi dlm politik.mcm kes ijok ni.. dia byk berdiam diri kena belasah dgn umno. Dlm diam2 dia berurusan terus pd peneroka.. aku rasa SPRM mati akal utk buat siasatan.. sbb semua peneroka gembira apa yg di tawarkan kerajaan negeri.sekali di tembak di dewan undangan.. semua senyap.. tembakan tepat... begitu juga kes pujuk2 parti pak lebai dulu. Memang azmin keluarkan kenyataan masih memujuk parti pak lebai utk bersama PH..azmin pujuk hingga pimpinan PH angin dgn azmin..sampai satu tahap azmin keluarkan letih memujuk parti pak lebai.. dr kenyataan azmin tu peratus menjauhkan diri dr parti pak lebai bertambah tinggi.. org dah mula pandang parti pak lebai sebelah mata je..walaun2 parti pak lebai tak faham psikologi azmin ni.. contoh senang je.. anak dara di rayu di pujuk.. akhir jual mahal..lama2 anak dara org tak pandang.. bertambah menyampah ada lah..

    ReplyDelete
  5. SPRM tumpang semangkuk menekan kerajaan PH Selangor.
    Anehnya isu ini yg terbengkalai hampir 20 tahun tak pulak SPRM siasat.

    ReplyDelete