Friday, May 4, 2018

Fenomena Nik Omar dan gambaran awal Piraum 14

PERHATIAN

SAYA memohon berbanyak kemaafan kepada penjengok blog ini kerana mungkin kecewa apabila tidak ada pengeposan baru sekerapnya dua tiga hari ini. Ini kerana saya sangat kesuntukan masa. Bagaimana pun catatan-catatan ringan terus dibuat yang dikongsikan dalam Facebook MSO II dan tweetir. Anda boleh menjejaki saya di situ.

Insya-Allah malam ini saya akan "bersiaran" dengan membuat ulasan awal perkembangan pilihan raya ke-14 ini khasnya di Kelantan. Setelah lima hari berlangsung kempen secara rasmi sedikit sebanyak kita sudah dapat mengintai parti (komponen) mana ke depan dan yang mana ketinggalan di belakang.


Kempen pilihan raya sudah masuk ke separuh masa pertama. Laksana bola sepak separuh masa pertama bukan gambaran sesuatu pasukan itu akan menang walaupun mengatasi lawan 2 : 0, tetapi separuh masa kedua akan menentukan segala-galanya.

Juga jangan lupa saat-saat akhir masa masa kecederaan pun boleh berlaku istidraj -- kejutan.

Bersama ulasan itu nanti saya juga akan memberi gambaran menyeluruh berhubung kemunculan Nik Omar dalam pilihan raya kali yang kini menjadi satu fenomena. Beliau kini sedang diperkatakan dan menjadi super star baru meluncurkan albumnya (CD) pertamanya, yang mendapat sambutan hangat.

Para pengulas, pengkritik dan pesaingnya termasuknya sang lagenda kini sedang membuat analisa berbagai, Insya-Allah saya juga akan turut membuat sorotan mengenainya setelah dua hari menjejakinya secara rapat. [wm.kl.9:45 am 04/05/18]

No comments:

Post a Comment