MESEJ PAGI
KEMENANGAN manis penuh bersejarah Pakatan Harapan semalam bukan milik para pemimpin PH semata-mata, tetapi ia miliki semua rakyat yang mahukan perubahan dan mahu menumbangkan kerajaan kleptokrasi. Justeru sewajarnya kita merasa bangga dan bersyukur sedalam-dalamnya kepada Tuhan.
Seluruh pengundi PH perlu dikalungkan ucapan tahniah dan syabas atas keberanian dan kesedaran mereka. Semoga titik sedar ini akan diikuti atau pun disedari sama oleh mereka yang sebelum ini melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada PH. Hentilah kebencian bermusim itu yang tidak memberi menguntungkan kita untuk kita hidup dalam sebuah keamanan.
Tidak terlupa juga disebalik kemenangan itu ia membawa makna besar kepada sang wira penggerak kebangkitan bangsa, Anwar Ibrahim. Tentu Anwar gembira dan bangga dengan kemenangan itu. Kemenangan PH juga pastilah akan melenyapkan segala suka duka dan penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
Kesekian lama beliau dipenjara kerana memperjuangkan rakyat, tentu terubat jiwanya dengan kemenangan diraih semalam. Dari luar penjara ini atau bilik kurangan ini kita semua tidak nampak macam mana Anwar meraikan kemenangan itu dalam kesendiriannya. Mungkin sahaja beliau bersolat syukur ribuan rakaat? Mungkin juga matanya penuh dengan manik-manik yang bercucuran kerana terpegun akhirnya impiannya berjaya.
Dalam pada itu kemenangan PH itu adalah merupakan hadiah paling besar dan berharga daripada rakyat yang mengundi PH semalam. Tidak kira di mana rakyat berada mereka berhak menuntut kemenangan semalam adalah hak mereka. Nah..rayakanlah sewajarnya. Tentu juga ia merupakan satu pengorbanan besar dan hadiah terindah Dr Mahathir Mohamad untuk Anwar sendiri.
Maka di samping kita meraikan, menjunjung Dr Mahathir atas kejayaan itu dan sekalian pemimpin Pakatan Harapan yang lain jangan lupa kita juga kena mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim yang menjadi pencetus kebangkitan rakyat sehingga tumbangnya sebuah kerajaan yang bertakhta kesekian lama di negara ini.
Ajakan dan saranan agar Anwar, keluarganya atau orang-orang yang skeptikal dengan Dr Mahathir yang sukar untuk menerima Dr Mahathir sebelum ini supaya menerimanya tidak sia-sia. Atasan kesediaan dan kesanggupan itulah yang memungkinkan kejayaan semalam ditempa begitu indah.
Harapan kita sebaik sahaja selesai pembentukan kabinet PH, maka agenda seterusnya ialah membuka pintu pengampunan untuk Anwar Ibrahim memberi ruang pernafasan yang selesa dan nyaman untuknya. Janganlah biarkan beliau terus terseksa selamanya walaupun seksaan itu adalah harga pembelaannya kepada rakyat termahal.
Saya ingatkan ini kerana sering tejadi kita akan melupai sesuatu yang penting setelah kita dirasuk keseronokan. [wm.kl. 8:53 am 10/05/18]
Alhamdulillah 🤗🤗
ReplyDeleteAntara Inspirasi saya sebagai penyokong PH..
1. Tun M melantik Husam sebagai senator sebagai Timbalan Menteri berkaitan ekonomi ( Sebagai latihan pada beliau utk masa depan)
2. Melantik Nik Omar Nik Aziz sebagai Senator di JPM utk menjaga Negeri Kelantan dan Terengganu dibawah kerajaan Pas. Dlm membantu menguruskan Dana Royalti Petroleum sebanyak 20%. Ia juga secara x lansung memberi satu..latihan pada beliau utk Menguruskan kerajaan negeri Kelantan pada masa depan jika diberi peluang memerintah oleh Rakyat Kelantan InShaAllah.
Itu antara Inspirasi dan HARAPAN sy sebagai pendokong Kerajaan Pakatan Harapan.
#PRU14
Kita terlepas 5 tokoh politik berwibawa untuk mewakili PH dalam parlimen iaitu Husam, Rafizi, Raja Baharin, Dr Maslee dan Wan Siful kerana tewas dalam pertandingan.
ReplyDeleteDi Sabah ketika ini berlakunya persamaan DUN di antara gabungan BN dengan gabungan PH. Pada pandangan saya bagi menyelesaikan perbezaan di antara kedua parti2 gabungan tersebut ialah melalui melihat jumlah undi popular terbanyak yang didapati salah satu dari gabungan parti tersebut.
ReplyDeleteTahniah & Syabas kepada Pakatan Harapan namun Saya juga sangat-sangat bersedih hati dengan ketiadaan 2 tokoh yang hebat & kagumi Husam Musa & Ustaz Nik Omar semoga mereka tidak dilupakan........!!
ReplyDelete