STOP PRESS
PENDEDAHAN Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull yang beliau disekat dan diugut daripada menjalankan tugasnya ketika menyiasat akaun syarikat SRC International yang ada kaitan dengan skandal 1MDB dua tahun lepas sesuatu yang serius.
Tindakan itu cuba menganggu pentadbiran awam daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya demi negara. Ia turut menyerlahkan betapa kotornya penguasa Malaysia sebelum ini yang dibawah pimpinan Najib Razak. Gangguan itu menunjukkan betapa sadisnya kerajaan Najib.
Bukan itu sahaja, Shukri juga mendedahkan beliau diugat dan cuba disogok agar tidak menyiasat kes berkenaan. Tanpa menyebut nama perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh seorang wakil rakyat dari Utara. Elok kalau wakil rakyat itu diheret ke muka pengadilan agar orang ramai mengenali siapa dia.
Apa yang diterima Shukri ketika itu menakutkannya sehingga beliau terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat dan mendapat perlindungan polis negara itu.
Biarlah kejadian menimpa Shukri itu merupakan yang terakhir. Kerajaan PH perlu mengambilnya sebagai pengajaran agar kejadian sangat tidak bermoral itu tidak berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan baharu Malaysia. [wm.kl.8:43 pm 21/05/18]
Nama Tuan Shukri dalam list pembunuhan upahan selepas dia menolak sogokan dari wakil rakyat dari utara...
ReplyDeleteAmat amat menakutkan sekali apabila nyawa terancam.
Apa lagi beberapa kes tembak secara terbuka pernah beberapa kali berlaku sebelum ini.
Bagaimana pun mengheret wakil rakyat tersebut agak sukar sekiranya rundingan berlaku hanya 4 mata.
Tuan Shukri kena bagi beberapa bayangan lagi selain mengatakan dari utara. Adakah wakil rakyat tersebut kekal menang selepas piraum yang lepas ?
Kalau masih lagi menjadi wakil rakyat, maka tindakan selanjutnya hendaklah di buat..
Menjawab pertanyaan tuan, wakil rakyat utara yang dimaksudkan oleh KP SPRM adalah pengerusi TH.
DeleteTragedi pembunuhan tanpa motif di Malaysia dah jadi berita biasa zaman DS Najib. Bapa borek anak mestilah rintek. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Syukurlah mereka dah kehilangan kuasa. Kini baru mereka sedar langit itu tinggi atau rendah. Bila keranda sudah dipakukan barulah air mata bercucuran.
ReplyDeleteAlhamdulillah,saya tidak tersalah pilih Pru14 yg lalu. Semakin terserlah kebobrokan Pemerintah yg lalu.
ReplyDeletekes mati katak zaman najib"
ReplyDeletealtantuya ditembak dan diC4kan,ada pembunuh (bebas);TAKADA MOTIF.
Tukeh ambank ditembak dari jarak dekat,pembunuhnya....?/
timbalan pendakwaraya kevin morailes disiram dgn petrol/dibakar,mayatnya di simen,sebelom mendiang meninggal sempat submit document penting pada SR,diceritakan dlm report itu ramai nama2 pimpinan pas terlibat,terima duit x-pm.
Ada kah nyawa Najib dan keluarga terancam ketika ini sehingga Najib membuat lapuran Polis ?
ReplyDeletePengalaman Najib dalam hal mengugut nyawa orang yang membuat Najib takut dan rasa tak selamat..
Najib terpaksa tukar lapuran dari mendapat pelindungan saksi ke pelindungan keselamatan diri dan keluarga kerana jika Najib mahu dapatkan perlindungan saksi, Najib perlu buktikan ugutan tersebut samada melalui talipon atau bersemuka.
Yang boleh ziarah Najib ialah pemimpin UMNO....
Ingatkan cerita hisdustan je ada kesah ugut2, bunuh2 dan di ekori...rupanya zaman najib ujud kesah ini. Allah makbul solat hajat satu opis sprm satu masa dulu..aku membayang kalau aku berada di kedudukan tuan sukri ni.. mengadu pd menteri tak di pandang.. mengadu pd raja tak di dengari..hanya solat hajat je jln terakhir..rasanya patut KPN cabut awal. Ada cerita di sebaliknya...kenapa tuan sukri tidak sebut nama KPN lama..tp tidak mengapa.. tun M ada penyebut nama KPN lama..tunggu sahaja...
ReplyDeletekedengaran seperti lembaga hitam tabung haji yg buat offer kat pegawai sprm ni..
ReplyDeleteBagaimana dgn hasil siasatan pembunuhan Timbakan Pengarah Kastam yg ditembak sewaktu kereta nya berhenti di trafic light ? Sudah polis dpt jawapannya ?
ReplyDeleteSangat berharap pemerintah baru juga melakukan inkues semula terhadap kes-kes yang menimpa insan-insan ini. Semoga ahli-ahli keluarga mereka mendapat keadilan yang sepatutya atas kehilangan orang-orang tersayang semasa penguasaan kerajaan terdahulu.
ReplyDeleteKes KP Kastam ditembak mati
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/timbalan-kp-kastam-ditembak-mati-1.154313
Kes Ahmad Sarbani
https://m.malaysiakini.com/news/168900
Saya percaya cerita Ketua Pengarah SPRM tersebut adalah benar dan turut kesal kerana beliau terpaksa melalui berbagai rintangan sewaktu bertugas dulu. Akan tetapi rasa-rasanya adalah tidak wajar beliau membuka mulut di ketika ini kerana orang-orang yang bersimpati dengan DS Najib akan berpendapat bahawa KP SPRM ini menyimpan dendam terhadap orang yang sedang disiasat/bakal diadili (DS Najib)dan di atas kepercayaan tersebut DS Shukri akan di lihat akan berlaku "bias" terhadap siasatan.
ReplyDeleteDalam hal ini Tuan Shukri mencerita kan pengalaman dan cabaran dia seperti di sogok, di ancam nyawa nya ( bagaimana tuan rasa sekiranya saya mengekori tuan ke mana saja tuan berada selepas tuan menolak sogokan dari seseorang)..
DeleteItu semua berlaku selepas Tuan Shukri berjumpa Menteri. Yang terperangkap ialah Zahid kerana mengaku Tuan Shukri tidak berjumpa dia. Bermakna Zahid tak boleh di percayai dan di diharapkan. Zahid pula menjawab apabila teras yang ada telo cuma 3 orang Menteri sahaja. Mana pergi nya sifat kepimpinan pemimpin UMNO yang lain ?
Tindakan Tuan Shukri menceritakan bukan mendedahkan apa-apa maklumat menerima reaksi dari Istana. Secara tak langsung Istana mengesahkan cerita Tuan Shukri dan pihak Istana dapat mempertahankan tindakannya mengikut kuasa yang ada.
Ini bukan perpepsi tentang Najib untuk memberi tanggap Najib bersalah tetapi tentang kebenaran kes terdahulu yang telah di tutup.
Kes kini di buka di kira kes terbaru. Terkini. Kes selepas Tuan Shukri di lantik semula. Maklumat yang di perolehi tidak sama dengan kes yang dahulu.
Mungkin peguam pendakwa pun tak akan bertanya mengenai kes terdahulu seperti campurtangan Najib dalam siasatan kes berkenaan.
Dan perlu di ingat Najib yang menyebut dia di fitnah. Ada kah SPRM yang fitnah dia? Jadi apa salah di pihak SPRM memberi maklumat yang sebenar nya.
Wallahualam