Friday, May 25, 2018

Pergolakan politik Perlis kian buruk

ULASAN 

Azlan menunjukkan laporan akhbar
politik Perlis bergolak.
[kemaskini] WAJAR kalau Raja Perlis murka kepada Shahidan Kassim dan sembilan Adun negeri itu kerana mereka tidak menghormati majlis raja. Majlis angkat sumpah jawatan MB oleh Azlan Man yang berlangsung petang semalam bolehlah dianggap sebagai majlis raja.

Apa lagi kesemua mereka, Adun terlibat den
gan pemulauan itu sudah dijemput untuk menghadiri upacara berkenaan. Apabila mereka enggan menghadirinya bermakna mereka senganja mengagalkan upacara berkenaan.


Walaupun mereka tidak setuju dengan pelantikan Azlan sebagai MB, tetapi sembilan Adun berkenaan tidak sepatutnya ponting dari menghadiri majlis berkenaan.

Tindakan ponting atau pulau majlis itu bertentangan dengan tatabudaya bangsa Melayu yang selama ini menjujung tinggi kerja Raja atau Sultan.

Sekiranya kesemua Adun berkenaan tidak setuju dan membantah pelantikan Azlan ia boleh dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri bukan semasa majlis angkat sumpah yang membabitkan Raja Perlis.

Apabila dewan bersidang kelak, bentanglah usul undi tidak percaya kepada Azlan. Apabila undi itu berjaya Raja tidak ada pilihan lain untuk mengangkat mana-mana Adun untuk menjadi MB Perlis. Ketika itu kalau Raja berkeras dengan kehendaknya baharulah ia boleh dipertikaikan kerana keenggannnya nanti menyebabkan kerajaan negeri tidak dapat ditubuhkan.

Dengan apa yang berlaku, kenyataan Shahidan Kassim dan adiknya, Ismail Kassim yang dilihat menghentam Raja Perlis meletakkan hubungan Umno Perlis dengan istana tidak begitu lendik. Kenyataan kedua-dua sebagai menjawab dan mempertikaikan kenyataan Raja itu dilihat menegangkan lagi keadaan politik di negeri itu.

Sepatutnya Shahidan dan Umno mengetahui hakikat dan status di antara beliau dengan Raja seperti mana yang disebut dalam perlembagaan. Dalam budaya Melayu sesiapa melawan sultan atau raja tidak pernah dicatatkan sebagai pemenang. Tidak ada rekod menunjukkan rakyat menang dalam berlawan dengan sultan.

Mungkin jika pergolakan politik itu berterusan tidak ada pilihan lain bagi menyelesaikannya melainkan terpaksa mengadakan pilihan raya negeri.

Sekiranya pilihan raya negeri diadakan, kesemua Adun yang bertindak memulau majlis Raja itu tidak perlu lagi bertanding. Umno perlu memilih calon-calon lain selain mereka. Seandainya Umno menang dalam pilihan raya itu nanti dengan calon-calon berkenaan menangi, sudah pasti salah seorang daripada mereka akan dipilih menjadi MB?

Apakah sesudah mereka melakukan "penderhakaan" mereka sanggup untuk berdiri mengangkat sumpah di hadapan Raja untuk memegang jawatan MB? [wm.kl.9:04 pm 24/05/18]

No comments:

Post a Comment