Monday, May 28, 2018

Semua menteri kena bergerak ke hadapan segera

SUSUPAN PETANG

TAMPAK semua menteri menumpukan kepada usaha untuk membersihkan daki dan kotoran kementerian masing-masing yang ditinggalkan menteri sebelum ini. Tidak dinafikan menteri sebelum ini banyak meninggalkan sampah hatta najis dalam rumah kementerian masing-masing. Ditinggal dan membusuk.

Ia memang perlu dibersihkan untuk mewujudkan suasana kondusif dalam sesebuah kementerian, menyenangkan menteri merancang agenda untuk pembangunan negara. Memulakan sesuatu yang baharu serta menyambung mana-mana tersisa baik. Polisi atau pun perancangan sebelum ini yang baik hendaklah diteruskan. Jangan tinggal dan ubah semua.

Rumah atau kementerian paling teruk dan busuk ialah Kementerian Kewangan. Kita mengikut pendedahan dibuat oleh Lim Guang Eng. Kerja Guan Eng sehari dua ini membuang kotoran ditinggalkan Najib. Dapat dibayangkan macam mana dia terpaksa memakai mask menutup hidungnya dari luapan busuk ditinggalkan oleh Najib Razak yang menjadi menteri kewangan.

Apa didedahkan membeliatkan biji mata kita semua. Betapa tuan rumah dahulu sangat pengotor bukan sahaja tidak mengurus sampah dengan baik, tetapi turut membuang najis dalam rumah. Entah berapa banyak perfume yang perlu dibelikan oleh Guan Eng nanti.

Sebanyak RM6.89 billion digunakan oleh Najib Razak untuk bail-out bagi membayar hutang 1MDB yang terpaksa dipanggungi oleh setiap jiwa rakyat negara ini. Selain itu sebanyak RM954 juta perlu dibayar sebelum akhir tahun ini. Wang iu dipungguh daripada perbendaharaan kerajaan. Apa yang kita dengar dan lihat itu setakat apa didedahkan dalam masa dua minggu ini. Mungkin masih banyak lagi sampah dan najis kering ditinggalkan Najib dan para menteri kabinetnya atau pun penjawat penjawat lain.

Selain kementerian kewangan, kementerian-kementerian lain juga turut melakukan hal yang sama — membersihkan rumah masing-masing. Kementerian Pertahanan juga berbuat hal yang sama. Menterinya Mohamad Sabu menyebut pembelian peralatan tentara dibuat sebelum ini yang mempunyai unsur penipuan akan dibuka siasatan semula. Salah satu ialah pembelian kapal selam (Scorpene) yang dihebohkan tidak dapat menyelam.

Begitu juga dengan pengadaian atau penukaran tanah-tanah milik tentera kepada pihak tertentu untuk tujuan pembangunan di mana dicelah-celahnya dicubit kelabaan untuk karton peribadi, juga akan disiasat semula.

Kementerian lain yang turut menjejaki apa dibuat Guan Eng ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menterinya Salahuddin Ayub mengumumkan penyelewengan dalam projek Lembu Gemuk (NFC) melibatkan laki Sharizat Jalil akan dibuka semula. Walaupun NFC telah dianggap selesai dengan memangsakan Rafizi Ramli tetapi wajar sangat ia dibuka semula. Sampai kini wang kerajaan yang didanakan kepada projek berkenaan bernilaian lebih RM400 juta masih kabur.

Mungkin kementerian-kementerian lain juga dijangka akan membuat tindakan sama. Menterinya akan mencari setiap kesalahan yang telah memarahkan ekonomi negara. Sekaligus pencarian dan pendedahan itu bagi menunjukkan prestasi mereka sebagai menteri?

Kerja pembersihan itu bukan tidak bagus, najis dan kotoran perlu dibersihkan apa lagi tujuannya untuk menyalamatkan wang negara. Tetapi pembersihan itu bukan tugas dan tanggungjawab utama para menteri. Apa yang perlu difokusnya ialah bagai mana menggerakkan kementerian masing-masing ke arah lebih dinamik, bedaya maju dan memaknakan kementerian masing-masing untuk membangun negara dan membantu rakyat.

Wang yang lesap oleh berbagai skandal, penyelewengan dan kelicitan penipuan menteri terdahalu dan agen-agennya mungkin sukar untuk diambil kembali. Namun tugas menteri bagi menggerakkan kementeriannya untuk menebus itu demi rakyat lebih penting dan tidak menumpukan kepada perkara itu sangat.

Justeru menteri perlu fikir untuk menggerak kementerian msing-masing sejajar dengan kehendak rakyat dan juga menempati apa dijanjikan dalam manifesto dalam pilihan raya. 10 perkara asas yang dijanjikan dalam manifesto untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari perlu dilaksanakan. Rasanya dalam seminggu dua ini menteri perlu mengemukakan blue print atau agenda kerja masing-masing. Proposal atau cadangan hendak segera dibawa ke pengetahuan kabinet untuk diendorse bagi dilaksanakan.

Serentak itu juga para menteri perlu melihat kepada bidang kuasa yang ada, menumpukan  pengemaskinikan segala agensi penggerak untuk kementerian masing-masing. Dalam kata lain mereka juga harus menumpukan kepada semakan dan penelitian kepada organisasi dalam sesebuah kementerian itu. Mungkin kegiatan berseronok dengan berselfie dengan rakyat atau memunculkan wajah di tv tanpa apa-apa perkara penting tidak diperlukan lagi.

Mana-mana ada agensi yang tidak berfungsi atau bertindih kuasa perlu dimansuhkan bagi menjimatkan kewangan. Apa dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad memansuhkan lima agensi dan jawatankuasa kerajaan adalah model untuk diikuti sama oleh menteri. Kita percaya semua kementerian ada agensi dan jawatankuasa yang perlu dirombak atau dikemaskinikan atau dimansuhkan terus kerana membazir.

Sehubungan itu apa perlu diberi perhatian oleh menteri ialah mengubah pendekatan yang dibuat oleh menteri sebelum ini. Salah satu ialah tidak melantik orang-orang politik untuk memegang apa-apa jawatan dalam agensi atau syarikat kepunyaan kementerian. Elakkan perkata ini untuk tidak menjadikan kementerian sebagai medan berpolitik.

Sebaliknya lantiklah di kalangan penjawat awam yang berpengalaman. Mereka yang sudah bersara tetapi masih dapat memberi sumbangan idea wajar diutamakan. Majlis perundingan di peringkat kementerian juga mungkin perlu ditubuhkan untuk mencari idea baharu dan sebagainya.

Manakala mana-mana penjawat awam penting di kementerian, seperti Ketua Setiausaha perlu disemak sebaik mungkin. Jangan terasa malu dan segan untuk mengemukakan cadangan agar mereka ditukar ganti dengan muka baharu. Sebelum ini kita tahu banyak setiausaha kementerian yang sedia menjadi alat kepada penguasa sebelum ini dimana keberadaan mereka ditempat itu tidak begitu wajar. [wm.kl.4:34 pm 28/05/18]

No comments:

Post a Comment