Tuesday, September 25, 2018

Media jangan sampai salah gunakan lesen kebebasan

REAKSI 

SUDAH lama cadangan untuk mewujudkan Majlis Media Malaysia (MMM) yang bertindak menjadi badan perangka peraturan, pemantau atau penggubal tata tertib media di Malaysia. Hari ini cadangan majlis ini ditimbulkan semula sejajar dengan pembentukan kerajaan baharu, kerajaan Harapan.

Sudah pasti kewujudan MMM itu untuk menjamin peranan dan tanggungjawab media adalah untuk menjaga kepentingan rakyat demi negara dan tidak diperalat oleh pihak tertentu, dalam kes ini orang politik. Pembentukan MMM juga bagi meletakkan profesion media itu ditempatnya yang sewajar.

Bercakap dan menghurai mengenai hal ini A Kadir Jasin yang kini merupakan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri meluahkan pandangannya. Menurutnya kerajaan baharu akan memberi jaminan kepada media massa untuk bebas dan tidak ada lagi istilah  ada “wahyu”  atau arahan daripada orang politik, atau suara ghaib mengarahkan editor melalukan itu ini dan membuat ini dan itu. Ertinya media akan diberi kebebasan mutlak.


Ertinya apa dibayangkan A Kadir tidak akan ada lagi menteri atau orang politik mengatur dakwat para wartawan atau pun menjaga keyboard para editor seperti sebelum ini.

Saya sedikit bimbang kalau ini akan berlaku. Kita tahu ada kengkangan kuasa politik dimiliki individu politik sebelum ini yang menyebabkan media tidak bebas. Ada menggunakan kuasa dan kedudukan mereka menghalang media termasuk juga menghalang dengan projek. Tetapi dengan memberi kebebasan seratus peratus seperti dicadangkan itu bagi saya tidak munasabah dan praktikal. Kerajaan Harapan tidak seharusnya terlalu baik hati dan memberi kebebasan tanpa sebarang mentara.

Media boleh diberi kebebasan sepenuhnya dengan syarat media massa atau pemainnya boleh diyakini akan berdiri atas prinsip bersama, memahami apsirasi kerajaan yang ada hari ini. Mereka tidak menyalahkan kuasa itu untuk kepentingan diri. Tidak ada guna kebebasan diberikan jika ia disalah gunakan. Kita boleh mengelak apa yang berlaku sebelum ini ada editor kaya raya kerana menerima habuan politik.

Bagi saya media massa yang boleh diberikan kebebasan, seperti kepada haiwan peliharaan yang setia kepada tuanya dengan berpaksikan kepada prinsip-prinsip moral, etika dan berunsurkan kejujuran dan keikhlasan. Maaf saya katakan, media massa (editor) adalah manusia dimana yang kesetiaan dan kejujuran mereka boleh dipertikaikan, mereka tidak sama dengan haiwan peliharaan seperti anjing yang setia kepada tuannya.  Kita boleh lepas dan bebaskan mereka jika mereka sesetia dan sejujur haiwan peliaharaan itu. Tidak perlu kita beretorik dengan falsafah kebebasan. Kebebasan atau keidealan kehidupan itu hanya falsafah sahaja.

Saya bimbang dengan lesen kebebasan seperti dibayangkan A Kadir itu menyebabkan media akan menyalahi lesen kebebasan itu akhirnya memakan tuannya sendiri, kerajaan. Kita perlu tahu media massa dibentuk oleh orang yang ada nafsu besar seperti juga orang politik. Media massa adalah manusia yang nafsunya terngangga.

Apapun kebebasan yang dituntut itu perlu diperincikan. Mungkin A Kadir atau saya sendiri yang pernah terlibat dalam media, memerlukan kebebasan itu tetapi sejauh mana mereka (individu media massa) dapat bertindak dengan jujur boleh dipersoalkan. Makanya kebebasan itu harus ditambat juga dengan peraturan selagi ia tidak dianggap melampau.

Macam haiwan ternakan tadi, kita kena memastikan apakah mereka sedia mematuhi nilai-nilai kebebasan itu sebaik mungkin sebelum kita melepas talian yang menambat mereka. Jika tidak waspada dan berhati-hati kebebasan itu akan mendatangkan bahaya. Trims. [wm.kl.5:53 pm 25/09/18]

1 comment:

  1. Mintak Tuan Admin bagi sedikit perspektif yang adil kpd DSAI yg akan bertanding di PRK PD.

    Nampak gaya geng2 ABAI dlm PH khususnya bloggers Kadir Jasin, OSTB, Shahbudin, Tukar Tiub dan pengomen2 begitu galak menyah dan menghina DSAI termasuk mengulangi mantra2 Papagomo dan liwat.

    Kami, penyokong PH dari masa PR rasa ini adalah tindakan2 lebih kuah dari sudu, menikam belakang dan Melayu tak reti berbudi. Inilah rupanya hodoh UMNO dalam PH.

    Yg hairan, mereka begitu memberi reaksi yg negatif hanya DSAI hanyalah memula langkah pertama menunai janji2 TDM, malah utk memperkuatkan barisan pimpinan PH dan TDM sendiri.

    Tolong lah, pandangan dan analisa Tuan Admin amat diperlukan utk imbangi kesesatan kumpulan duri dalam daging ini diantara kita di PH.

    ReplyDelete