KRITIK SIKIT
SAYA pulang awal dari Temerloh semalam tanpa menunggu acara kemuncak sambutan ulang tahun ke - 3 Parti Amanah Negara pada sebelah malamnya.
Acara pada sebelah malam lebih kepada hiburan untuk masyarakat berada di pinggir bandar. Ada bacaan sajak, ada nyanyian dan ada lagu saduran irama dikir barat oleh penyanyi “Anak Tupai”, Halim Yazid.
Budak-budak dan orang kampung suka dengan majlis seperti itu.
Sekiranya majlis semalam membabitkan parti agama, mungkin majlis terakhir itu akan diisi dengan slog forum perdana yang kini sudah dianggap sebagai forum Islam. Tetapi kerana ia majlis parti Amanah, parti yang membawa Rahmatan li alamin, maka tidak ada slog seumpama itu. Agama itu bagi Amanah skopnya sangat luas, kadang kala tersasar juga ke pinggiran liberalisme?
Saya berada sepenuhnya pada majlis perasmian majlis sambutan itu yang dilakukan oleh presiden Mr Mohamad Sabu. Ucapan dan amanat daripada Mr Mohamad ditunggu-tunggu oleh segenap yang hadir. Mereka mahu tahu apakah gagasan dan wawasan Amanah sebagai kerajaan. Orang ramai mahu tahu apakah idea team para menterinya. Sayang apa diharapkan itu tidak ada, Mr Mohamad hanya mengulang hal-hal yang sudah berkarat sahaja.
Mungkin ia tidak dapat disalahkan kepada Mr Mohamad. Beliau seharusnya disediakan teks khas mengandungi pelbagai idea dan wawasan yang boleh dibaca secara bebas stail Mr Mohamad. Isi atau kandungan teks berupa gagasan itu seharusnya dibincang bersama kepimpinan dan Mr Mohamad hanya perlu membacanya sahaja.
Perjalanan majlis di dewan Tun Razak yang boleh memuat pelanggan lebih 1,000 itu juga berjalan kurang profesional sedikit. Ada kecacatan teknikal yang seharusnya dihindari dan boleh diatasi awal-awal. Pengacara juga tidak ada kelas langsung.
Pada saat semua parti politik menguasai dunia IT, peralatan dan persiapan pentas tidak memuaskan. Semacam Amanah kurang mengambil berat soal peralatan dan persediaan pentas. Nampak sekali mereka yang menjadi juru hiasanya kurang berpengetahuan.
Sebelum acara bermula hadirin dihidang dengan persembahan kebudayaan silat. Saya dan mereka yang berada di belakang, hanya dengar gendang tetapi tidak nampak persilat kerana mereka bersilat di bawah pentas. Yang dapat menyaksikan hanya def-def kehormat di pentas sahaja. Mereka di belakang boleh dengar gendang dan gong sahaja. Jika persembahan itu tidak sempurna untuk apa ia diadakan.
Mungkin ini tidak jadi masalah kepada ahli dan penyokong parti, apa lagi kepada golongan taksubiyah. Mereka boleh menggunakan alasan, mereka datang jauh bukan hendak melihat kecanggihan IT, kehebatan pentas dan kesempurnaan majlis itu. Tetapi hadir untuk berjumpa dengan pemimpin mereka yang menjadi menteri.
Mereka hendak melihat dari dekat, berjabat salam dan bersua foto dengan para menteri. Bersua foto hari ini menjadi satu kemestian. Bila dapat bersua foto dengan menteri kecacatan dan kelemahan itu akan hilang. Begitukah?
Jadi peduli apa dengan kecacatan dan ketidak-sempurnaan majlis itu.
Namun tidak bagi saya yang memerhati dan pasti membuat koreksi. Tidak tergamak saya membiarkan kelemahan dan kecacatan berlalu di angin lalu. Ia perlu ditegur dengan harapan tidak akan berulang di masa akan datang.
Yang hendak dikoreksi ialah dari sudut pandangan “lapok” saya, bahawa Amanah seharusnya tidak meninggal jauh tradisi dan ritual agama dalam majlisnya. Misalnya pemulaan majlis itu dimulai dengan bacaan ayat-ayat Quran, tetapi tidak ada doa oleh para ulama.
Kenapa ia tertinggal? Sedangkan ada beberapa tokoh ulama besar di atas pentas. Ada Ahmad Awang, ada Abdul Ghani Shamsuddin, Hasanuddin Mohd Yunus dan lain-lain. Kenapa tidak diambil berkat dari doa mereka. Atau pun ulama juga sudah betah dan "mangli" untuk sama berada dalam campuran budaya atas konsep Rahmatan li alamin?
Ucapan alu-alu oleh Setiausaha Agung Mohd Annuar Tahir juga tidak kemas dan bercelaru. Bercelabak bagaikan buah ramai mala lerai dari tangkainya. Sebagai seorang pakar dalam menubuhkan parti dan arif dengan kerja-kerja kesetiausahaan, tidak seharus beliau jadi kelam kabut begitu. Banyak nama pemimpin tertinggal dan terpaksa diralat dengan apologetik gurau senda. Tidak seharusnya berlaku di hadapan para tetamu termasuk dari luar negara.
Majlis semalam perlu beraura dan mencerminkan kehebatan Amanah sebagai sebuah parti kerajaan diimpikan membina masa depan cemerlang. Namun cara persembahan di majlis itu tidak menuju ke arah itu. Ia kena diperkemaskan.
Kesemua slog seperti dimonopoli oleh orang tertentu sahaja. Tidak ada slog membabitkan ahli bawahan yang menggambarkan penyertaan secara global - nasional. Kalau pun ada slog dialog dengan empat menteri. Tetapi bagi saya ia lebih kepada acara untuk memanggung pemimpin bertaraf menteri sahaja. Amanah masih belum habis dengan keterujaan atas pelantikan pemimpin mereka sebagai menteri. Tumpuan kepada menteri dan timbalan menteri sahaja sehingga melupai pemimpin lain kurang baik. Moderator tidak perlu timbalan menteri tetapi bagilah kepada yang lain.
Yang rakyat dan ahli hendak dengar apakah komitmen menteri untuk masa depan negara, masa depan parti dan juga ahli? Ahli dan penyokong datang dari jauh seharusnya dibekalkan keyakinan mengenai Amanah sebagai sebuah parti masa depan, kalau pun tidak sampai akan mematikan Pas tetapi akan menjadi altenatif kepada parti itu. Amanah akan jadi maju dan besar apabila rakan-rakan dalam Pas dan mereka tidak berparti terliur untuk bersama Amanah.
Banyak hal-hal teknikal lain yang cacat dan tidak seharusnya berlaku memandangkan Amanah sebahagian parti kerajaan. Kesempatan yang ada nampaknya tidak dimanfaat sepenuhnya. Parti itu boleh menggunakan ahlinya yang profesional dari seluruh negara untuk menjayakan majlis itu. Persiapan dan pemasangan banting mengalu-alukan para yang hadirin di pasang di jerung-jerung jalan masuk ke bandar Temerloh ia tidak menggambarkan majlis Amanah nasional tetapi lebih kepada menunjukkan kehebatan Amanah Temerloh? Gambar Anuar tahir lebih besar daripada gambar presiden.
Satu peristiwa yang boleh menenggelamkan segala kelemahan acara itu semalam ialah mengenai sikap hamba ditunjukkan oleh seorang menteri yang tidak malu-malu untuk menumpang bilik air kerana ingin kencing. Dari segi protokolnya tidak seharusnya tetamu bertaraf menteri tidak disediakan persinggahan untuknya. Tetapi itulah yang berlaku dan apa yang berlaku itu menggambarkan kerendahan diri pemimpin Amanah.
Dengan kapasiti kehadiran ramai semalam tidak sepadan dengan pengisiannya. Kegahan majlis Amanah sebagai parti kerajaan juga belum menyerlah. Untuk lain kali persiapan secara ad hoc begitu tidak boleh diulangi lagi. Majlis bersifat nasional harus dipastikan ia berwajah nasional.
Bagi saya pemerhati kerdil, jika begitulah cara majlis itu disusun ataur, adalah elok ia tidak diadakan dan cukup untuk meraikan hari jadi Amanah dengan membaca doa selamat dan solat hajat sahaja tanpa ada program hebat yang tidak gah jika matlamat majlis itu tidak kesampaian tujuannya. [wm.kl.9:09 23/09/18]
SAYA pulang awal dari Temerloh semalam tanpa menunggu acara kemuncak sambutan ulang tahun ke - 3 Parti Amanah Negara pada sebelah malamnya.
Sebahagian hadirin di acara pembukaan majlis. |

Komen yg perlu diambil Kira agar ada pembaikan akan datang
ReplyDelete