Monday, November 19, 2018

Hari Falsafah Sedunia mengiringi kerajaan baharu Malaysia

LAPORAN

Barisan kepimpinan tertinggi WPF.
SETENGAH orang sinis dan skeptikal apabila disebut falsafah. Falsafah dianggap atau dikonotasikan sama dengan tasawuf, tetapi hakikatnya ia berbeza. Ilmu tasawuf diterjemahkan dari penghayatan seseorang kepada ajaran dan petunjuk agama (para Nabi) manakala falsafah berdasarkan pemikiran manusiawi.

Namun dari segi persepsi kepada kedua-dua perkara ini hampir sama. Dalam terminologi agama, ilmu tasawuf atau hakikat diterima penuh berwaspada dan menganggap ia dikhususkan kepada ahlinya sahaja. Orang awam dikatakan tidak layak untuk mempelajari atau mengamalkan tasawuf. Tanggapan itu tidak benar dan ia adalah kepercayaan konservatif yang perlu diperangi.


Kelihatan Dr Halo-N merai tetamu. 
Begitu juga dengan falsafah atau ilmu falsafah - ilmu kebijaksanaan, sesuatu yang mendasarkan al haq (hakikat kebenaran). Ia dianggap tinggi dan sesuatu yang bersifat idealis tanpa berpijak pada bumi nyata.

Antara ahli politik dan ilmu dari Malaysia.
Kerana itu orang mencintai falsafah dianggap manusia yang hebat dan mempunyai gagasan-gagasan unik, pelik, ganjil dan istimewa (karomah) tidak tercapai oleh orang lain. Bahkan ada yang bergurau mereka adalah penyuara suara Tuhan yang sebenar.

Sebenarnya bukan begitu, falsafah adalah menyelami hakikat kehidupan dan segala macam aktiviti insaniah. Falsafah ilmu yang mengamankan, ilmu yang menidakkan berlaku sebarang krisis peribadi, menolak hasad dan dengki, penuh keehsanan dan kasihani sesama kemanusiaan dan mencintai duniawi ia sejajar dengan anjuran agama, bahkan semua agama. Kehidupan ini sendiri adalah suatu falsafah yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Subky Latif penulis dan ahli politik turut hadir.
Lantaran sikap dan persepsi itu, maka kedua disiplin; tasawuf dan filosofi atau falsafah jarang diterjuni malahan takut untuk didekati kerana bimbang ia terpesong atau tergelicah. Walhal hakikat hidup dan kehidupan tergaul dalam aspek atau kewujudan yang disiap-sediakan. Ada dan tiada. Dunia ini dipenuhi dengan segala apa yang kita ingin cuma memerlukan kebijaksanaan kita untuk mencapainya. 

Sebenarnya kita ini tidak sedar yang kita berada dalam senario yang menakutkan disebabkan kejahilan serta "kebolean" kita. 

Dunia ini sudah terang benderang dengan pelbagai nur dan cahaya, mani dan manikam menyimbah kita. Tetapi kerana kejahilan serta kemalasan untuk mengenali nur dan cahaya serta imbasan-imbasan mani manikam itu menyebabkan kita masih kaku dalam kegelapan.

Justeru terserah atas kebijaksanaan bagi kita memilihnya. Boleh dikatakan mereka yang takut kepada falsafah adalah orang yang jahil mengenai kehidupan - mereka yang mengakui dia berada diatas jalan kebesaran sebaliknya ia dalam sebuah kembara kesesatan. Dalam kata lain juga mereka yang belum mengenali diri sendiri.

Suasana majlis makan malam perdana.
Kemurnian, kebenaran, kejilahan filsafat itu boleh diumpamakan cahaya dalam cahaya dimana jika kita memperolehi dan mengamalnya ia lebih terang daripada nur mantari atau bulan. Cahaya atau kebijaksanaan yang mendasar hakikat sangat penting dalam kehidupan, laksana tanpa cahaya tidak mungkin kita dipimpin kepada jalan kebenaran.

Konvensyen mengetuk pintu ilmu. 
Sdr Mohd Hafizul selaku pengerusi WPF Malaysia bersama
Dr Steven.

Tanggal 14 November kelmarin telah berlangsung satu Konvensyen Falsafah yang diadakan sempena menyambut perayaan hari falsafah sedunia (World Philosophy Day). Majlis itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur dengan penuh gilang gemilang dan mahabbah. Ianya dianjurkan oleh World Philosophical Forum (WPF). 

Perayaan hari falsafah sedunia di negara ini adalah julung-julung kali diadakan dan ia boleh dianggap sebagai satu penghormatan kepada kerajaan Malaysia yang berkebetulan pula baru dipimpin oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Majlis itu sangat sesuai dengan dasar dan prinsip  kerajaan PH yang menekan soal ketelusan, keterbukaan dan berintegriti. Sesungguhnya kerajaan mendasarkan asas itu, kerajaan yang perlu ilmu. Semacam ada kebetulan dan ditakdirkan Tuhan, perayaan itu diadakan di negara ini ketika kerajaan baharu terbentuk mengganti kerajaan lama 61 tahun. 

Banyak manfaat dan rahsia yang dapat dikutip oleh rakyat Malaysia khasnya di kalangan ilmuan, cendekiawan dengan berlangsungnya perayaan itu. Konvensyen dan makan malam perdana yang diadakan sempena perayaan itu menyedikan satu ruang untuk para ilmuan negara ini berkumpul, berbincang disamping mengenali rakan seilmuan mereka dari seluruh dunia. Menemukan filosofi-filosofi baharu dan merumuskannya untuk panduan dan semangat kehidupan.

Dalam konvensyen itu dibentangkan empat kertas kerja oleh ahli filosofi Malaysia dan luar negeri.
Ia sangat bermanfaat dan konvensyen itu mengemukakan sesuatu yang baharu. Empat kertas kerja itu ialah;

1. Promoting Peace Globolly: The Review of Peace in Global Context oleh Dr Wan Mohd Nazdrol Wan Mohd Nasir, 2. EurAsian Philosophical Bridge Athens - Belgrade-Kuala Lumpur in Search Practical Solution Malaysia Philosophizes oleh Dr Jeffrey Levett.

3. Malaysia in the Context of World Philosophical Forum - The Philosophy of Wealth, Well-Being and Life Fulfilment oleh Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad, dan 4. Universal Socialization of Humanity And The Fight Against Social Dementia by Means of Civic Education and Enlightment oleh Prof Dr Steven Voazianos-Roy.

Bukan itu sahaja, perayaan itu turut mengenal dan memmaklumati kita bahawa tanpa riuh randah Malaysia kini menjadi negara ke 54 yang mempunyai komiti WPF sendiri yang menjadi cawangan nasional kepada WPF yang beribu pejabat di Athens, Greece. Komiti atau WPF Nasional Malaysia itulah yang bertindak menjadi tuan rumah dan penganjur. 

Lebih 250 orang menyertai konvensyen sehari suntuk itu dimana para pesertanya terdiri daripada cendekiawan dan ilmuan dari berbagai bidang dan profesyen, mahasiswa, pensyarah, jurutera, pengamal undang-undang, budayawan, penulis, politis dan sebagai.

Penyertaan para ilmuan dari beberapa universiti tempatan khususnya sesuatu yang membanggakan. Sudah pasti kehadiran mereka itu akan mengembangkan lagi ilmu kefalsafahan di pusat-pusat pengajian mereka serta memperkenalkan akan peranan dan kewujudan WPF khasnya cawangan Malaysia. 

Dr Halo-N berucap mengalu-alukan para tetamu.
Paling bererti sekali perayaan itu juga turut dihadiri sama oleh Presiden yang juga selaku CEO World Philosophical Forum (WPF) Dr Igor Kondrashin, timbalannya Dr Jeffrey Levett serta Dr Halo-N yang juga merupakan Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung WPF yang juga bertindak sebagai tuan pelaksana. Kehadiran mereka itu memberi titik tanda baharu kepada Malaysia khasnya dalam bidang falsafah. 

Sementara itu perayaan Hari Falsafah Sedunia di Malaysia buat pertama kali itu menjadi sangat bermakna kepada penulis buku politik Syed Hussein Alattas apabila beliau dianugerahkan sebagai penerimaan anugerah WPF pertama dari negara ini dan menjadi individu yang ke 36 di dunia.

Sedikit mengenai WPF.
Syed Hussein menunjukkan sijil
pengikhtirafan daripada WPF.
Mungkin setengah kita baharu pertama kali mendengar nama ini. Sebenarnya ia bukan hal asing lagi. Di peringkat dunia WPF sudah menjadi sebutan dan kebangaan negara yang mengasaskanya di Athens. WPF sudah lama wujud atau muncul dari aspirasi resolusi yang diputuskan dalam satu persidangan umum UNESCO di Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Paris tahun 2005.

Dalam persidangan pada itu dideklarasikan Khamis pada minggu ketiga pada bulan November diadakan hari Falsafah Sedunia. Atas semangat dan aspirasi itulah WPF ditubuhkan menjadi sebuah NGO yang tidak bermatlamatkan kebendaan sebaliknya mengagasan kedamaian dan keharmonian sejagat.

WPF didaftarkan di Athens, Greece pada tahun 2009 sesudah empat tahun deklarasi oleh UNESCO. Pengasasnya ialah Dr Igor I Kondrashin yang kini menjadi presiden dan CEOnya. WPF membawa visi memelihara kehidupan di dunia ini dari awal sehingga ke hari ini. Mempercayai dan mengagaskan segala itu perlu dijaga dan ditadbir dengan baik dengan penuh kebijaksanaan, bermoral, bertanggung jawab tanpa ada diskriminasi, korupsi dan kepalsuan.

Kerana ia diwujudkan selepas pengistyharan Hari Falsafah Sedunia, bermakna WPF zahir seiringan dengan cita-cita dan aspirasi dan tunggak asas UN-UNESCO yang menganjurkan keamanan kepada dunia dan semua bangsa serta memelihara setiap artifak ketamadunan manusia.

WPF mempunyai tanggungjawab dan peranan lebih signifikan daripada itu dengan mengumpul para ilmuan dan menyediakan wadah (forum) untuk para filosofi berwacana mengenainya mencari rumusan-rumusan terbaik untuk kehidupan manusia di muka bumi berdasarkan falsafah lama dan moden. Lebih jauh dari itu tujuannya mendidik manusia hari ini mengenal falsafah dan mengamalkan falsafah dalam kehidupan demi mengurangkan kebobrokan kehidupan. 

Seperti mana digariskan oleh pengasasnya Dr Igor Kondrashin, badan ini ada beberapa tujuan khas seperti:

1. Untuk memperbaharui dan mengekalkan komitmen setempat (sub-serantau), serantau, kebangsaan, antarabangsa dan super nasional terhadap Falsafah.

2. Untuk memupuk analisis Falsafah, penyelidikan dan kajian mengenai isu-isu utama kontemporari, bagi bertindak balas dengan lebih berkesan kepada cabaran yang dihadapi umat manusia kini.

3. Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peri pentingnya falsafah dan suasana kritikal dan praktikalnya dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul untuk kebaikan manusia, kesan globalisasi atau dalam dunia moden.

4. Untuk menghebahkan kepentingan dan keperluan Falsafah kepada generasi akan datang.

Mengenai sambutan Hari Falsafah Sedunia ini ia telah dimahsyornya oleh UNESCO pada tahun 2005 dalam persidangannya yang ke 33 pada tahun 2005 di Paris.  Kepentingan dan signifikan WPF itu sendiri adalah sejajar dengan pernyataan atau deklarasi UNESCO, bahawa "Tidak ada UNESCO tanpa falsafah". Deklarasi ini menunjukkan kepentingan dan keperluan ilmu Falsafah untuk kehidupan manusia dan dunia ini. 

Tidak dihargai. 
Dalam kita merasa bangga dan bertuah kerana WPF membawa perayaan itu ke Malaysia, tetapi apa sedikit mengilankan ialah ia tidak mendapat perhatian oleh kerajaan waktu ini. Apakah pihak kerajaan khasnya Kementerian Pendidikan tidak mendapat maklumat sebaik mungkin dengan WPF atau tidak berasakan perayaan itu tidak penting?

Khabarnya pihak penganjur ada menjemput Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik atau wakilnya untuk hadir sama sebagai merai sambutan berkenaan. Menteri itu dijemput untuk ke salah satu slognya bagai menyampaikan ucapan. Malangnya, jemputan itu tidak disambut bahkan surat pemakluman sama ada sedia hadir atau tidak, tidak diutus. Ini adalah satu kerugian. 

Dr Maszlee sebagai menteri walaupun senantiasa sibuk sepatutnya tidak melepas peluang untuk berintraksi atau berada sama dalam majlis para ahli filosofi kerana kehadiran itu sendiri menggambarkan kerajaan yang beliau ikut sama panggungi kini mencerminkan kerajaan yang cintakan ilmu dan falsafah.

Mungkin untuk masa akan datang jika ada majlis seumpama itu menteri atau pihak kerajan khasnya tidak skeptikal dan cuak untuk hadir sama memberi sokongan. Majlis bertaraf dunia apa lagi dalam aspek keilmuan di kelas tersendiri bagi menjamin keharmonian sejagat begitu adalah sesuatu merugikan kalau ianya sepi dari pandangan pihak kerajaan khas Menteri Pendidikan. [wm.kl.11:53 am 19/11/18]

No comments:

Post a Comment