SUSUPAN MALAM
Munasabah cadangan Senator Husam Musa agar penganjur himpunan kesyukuran menolak ICERD mengundang sama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan para menteri kabinet ke himpunan berkenaan.
Alasan diberikan Husam, kerana penolakan terhadap ICERD itu disuarakan sendiri oleh Dr Mahathir dan semua pimpinan PH mengambil langkah sama. Jadi tidak ada sebab untuk tidak mengundang Dr Mahathir dan jika diundang tidak ada sebab juga Dr Mahathir menolaknya.
Lagipun himpunan pada 8 Disember adalah halal apabila kerajaan sendiri memberi kebenaran. Datuk Bandar Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan himpunan di benarkan di Dataran Merdeka. Begitu juga dengan Ketua Polis Kuala Lumpur membenarkan himpunan berkenaan.
Kedatangan Dr Mahathir ke himpunan itu akan mencatat sejarah tersendiri dimana mana kerajaan berhimpun bersama pembangkang atas kepentingan bersama. Himpunan kesyukuran itu nanti akan mencerminkan perpaduan rakyat negara ini.
Justeru pihak penganjur hendaklah membuat jemputan khas kepada Dr Mahathir dan menteri kabinet.
Dan jika pun tiada diundang atas kapasiti beliau seorang muslim dan Melayu, Dr Mahathir dan anggota kabinet lain — beragama Islam wajar hadir sama.
Untuk Dr Mahathir hadir ke majlis sebegitu ia juga tidak mustahil sebab sebelum ini beliau bersedia menghadiri ke majlis yang dilihat kontroversi. Dalam satu forum di Karangkarf Perdana Menteri itu muncul apabila tersebar beliau akan dikecam oleh seorang ahli panel di majlis tersebut.
Kehadiran beliau ke dalam majlis itu menyebabkan ahli penal forum itu terkucil-kucil dan malu sendiri.
Satu lagi majlis di PWTC bertemakan Nothing To Hide, Dr Mahathir juga hadir untuk mengikuti forum tersebut yang berakhir mana beliau diminta keluar di majlis itu dan forum itu terpaksa dibatalkan.
Dua peristiwa itu tidak musahil kalau 8 Disember nanti beliau juga akan ikut sama hadir dan berada di pentas utama di Dataran Merdeka. [wm.kl.10:28 pm 05/12/18]

No comments:
Post a Comment