Sunday, April 21, 2019

Sang bangsawan dan lelalat

Orang ramai mengelilingi Najib di satu tempat.
SUSUPAN PAGI
MUNGKIN ada yang berasa pelik dan teruja dengan apa yang berlaku kepada Najib Razak kini. Ke mana dia pergi dia akan dihurung, dikerumui. Najib dah jadi macam seketul najis dikloni lelalat. Hebat.

Laungan "bossku, malu apa", juga akan bergema ke setiap jerung yang ditujuinya. Walhal Najib kini sudah tidak siapa siapa lagi. Najib hanya sang jalak yang kalah sabung kerebehan sayap saja, tidak lebih dari itu.
Namun bagi mereka yang memahami dan reti dengan budaya Melayu tidak pun terasa apa-apa dengan Najib itu. Fenomena dilalui Najib itu biasa dalam dunia orang Melayu. Sesiapa pun yang pernah menjadi orang besar bila sudah jatuh, dia akan dibantu dan disimpati tanpa menyelidiki apa sebab musab kejatuhannya.

Orang Melayu malas dan tidak suka menyelidik dan suka pula kepada sesuatu yang glamour, termasuk berselfie dengan orang besar. Sikap ini menyebabkan orang Melayu selalu keliru.

Segala tuduhan jenayah dilupakan. Lebih ironis lagi tuduhan itu akan dipasak sebagai fitnah. Fitnah, bodek dan bohong ialah hidangan lazat kehidupan orang Melayu. Para ustaz juga ikut nembaptis Najib. Pelik.

Dari sudut lain pula kenapa Najib dihurungi kerana selama ini kakinya tidak pernah cemar, tapak kasutnya tidak pernah aus. Kakinya tidak pernah memijak selut dan car, dia tidak pernah duduk dibangku dan makan diwarong sompek di bawah pokok. Najib nun jauh di kota raya dan tinggi di awan biru sepanjang waktu.

Selama dia jadi PM rakyat dihalang bukan untuk bersalam hatta untuk melihatnya. Jadi apabila sudah tidak ada kawat duri mengelilinginya, maka rakyat yang selama ini kompunan untuk melihatnya mengambil peluang terbuka.

Rupa dan ketampan Najib berbibir lipstik merah sebagai anak bangsawan dipuja dan dimanjakan juga jadi tarikan. Bagi orang Melayu kehadiran anak raja atau orang besar merupakan salah satu bahan hiburan buat mereka. Bagi gadis-gadis pingatan pula tidak boleh memeluk tuan, peluk gambar di akhbar buruk pun sudah puas. Justeru Najib ini adalah sebahagian badut buat mereka.

Demikian naif dan rendahnya jiwa kehambaan orang Melayu. Selagi sikap ini wujud dalam jiwa Melayu selama itulah mereka akan terus menjadi lalat dan langau, keliru dan kabur mengenali mana intan dan kaca di hadapan mata. Trims. [wm.kl.10:29 am 21/04/19] Perkongsian dari Fb.

No comments:

Post a Comment