Thursday, August 1, 2019

BUKU BARU DALAM KEMARAAN

SUSUPAN SUBUH


TIDAK ada saat paling gembira bagi seorang penulis apabila kerja-kerja penulisan dan pengeditan bukunya sudah selesai. 

Apabila buku sudah dihantar ke percetakan, ia seperti berada dalam tempoh seperti isteri tercintanya dibawa masuk ke labouroom untuk bersalin. 

Penulis bagaikan sang suami yang ternanti-nanti penuh debaran akan tangisan bayinya. 

Nah, begitulah saya hari ini tatkala buku baharu berjudul PENJARA BUKAN PUSARA: Anwar Ibrahim PM Didambakan, yang dikerjakan beberapa bulan lalu sudah memasuki era terakhir, dicetak. Buku yang memperkatakan ruang, peluang dan cabaran Anwar dalam mengejar jawatan PM ini merupakan buku saya ke 53.

Kepada penjenguk khasnya yang mengikut penulisan dan catatan dunia politik di blog ini yang mahu memiliki buku ini diharap dapat mengikut perkembangan lanjut mengenai buku ini yang akan dihebahkan lewat blog ini. Terima kasih atas sokongan dan semangat yang diberikan. Untuk direct berhubung dengan saya boleh WhatsApp ke nombor 019 2336996 atau jika sukar ke nombor 013 2336776. [wm.kl.7:07 01/08/19]

1 comment:

  1. Assalamualaikum, tuan. Tahniah atas kejayaan menghasilkan buku ke-53. Didoakan tuan sihat dan terus mampu menulis, insya-Allah. Amin.

    ReplyDelete