Monday, September 30, 2019

Jangan ambil peduali dengan hewan pengawal

SUSUPAN SUBUH

Syed Husin pandangannya
dijadikan bahan untuk kecam
Anwar.
DALAM perjalanan pulang daripada menghadiri majlis meraikan Dr Siti Zainon Ismail yang yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN) ke -14 di Madrasah Seni Banda Dalam Gombak sekejap tadi saya dihubungi seorang Ahli Parlimen (MP) yang bertanyakan perihal kenyataan seseorang mengecam Anwar Ibrahim tanpa sebab dan kaitan jelas dengannya.

Seseorang itu biarlah saya tidak menyebut namanya, kerana namanya terlalu najis bagi tinta saya. Sejarah yang dilakarinya cukup memualkan. Cukup saya menyebut dengan "seseorang". Saya rasa penjengok blog ini tahu siapa seseorang itu?

Memang menjadi amalan saya, saya tidak akan menyebut nama seseorang yang saya membencinya. Mungkin cara saya salah, tetapi ini adalah amalan saya. Maaf. 


MP, itu bertanya pandangan saya mengenai apa yang dilakukan oleh individu itu yang padanya telah menyentuh secara langsung bosnya, Anwar Ibrahim. Wajar kalau beliau memberi reaksi, membalas balik apa yang dilemparkan oleh seseorang itu. Selama ini pun MP ini antara rakan yang setia membela Anwar, sifatnya juga boleh digolongkan sama dengan sifat seseorang itu. 

Anwar Ibrahim
Panggilan MP itu menyebabkan apa yang bermain dalam minda saya ketika itu, untuk mencatat peristiwa yang dilalui, merai Siti Zainon sekejap tadi itu terganggu. Mulanya saya bercadang sesampai di rumah terus akan mencatat mengulas acara di Marasah Seni itu dengan mengungkitkan sedikit kekalutan ekoran pemilihan Siti Zainon sebagai SN ke 14, yang ada dengau sumbang di sebaliknya. Katanya ada orang cemburu dan tidak mahu mengikhtiraf Siti Zainon sebagai SN?

Hajat itu termusnah, saya  jadi tertumpu kepada persoalan ditimbulkan oleh MP itu. Saya tahu MP itu mahu pandangan dan nasihat daripada saya, apakah beliau perlu melibas balik seseorang itu untuk mengajarnya. Memang kenyataan seseorang itu sudah melampau dan melebihi batas susila sepatutnya.

Setakat dia memberi reaksi atau membalas kenyataan Timbalan Penasihat PKR Syed Husin Ali masih wajar. Sebagai orang menganggap dirinya laksana hewan peliharaan, sesiapa pun ditaraf itu patut melindungi tuannya. Hewan peliharaan sering terperasan bahawa orang dilindunginya semua mengharapkan kepadanya melakukan pembelaan dan penjagaan. Kesetiaan hewan peliharaan seperti ini dia sanggup mati kerana tuannya walaupun tuannya, sekadar menjadi tuan kepadanya dan tidak lebih daripada itu. Tengok sahaja kerajinan beruk menurunkan nyiur yang hanya diupah dengan setempurung air.

Kebiadaban seseorang itu berpolitik bermula apabila Timbalan Penasihat PKR Syed Husin Ali menyentuh Dr Mahathir berdasarkan pengalaman dan sejarah dilalui merasakan tuannya itu (Dr Mahathir), sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai. Ketidakpercayaan Syed Husin ini berhubung penyerahan jawatan PM kepada Anwar.

Bukan setakat itu sahaja Syed Husin juga turut mempersoalkan pemimpuin dalam PH khasnya yang berada dalam Majlis Presiden tidak berani untuk mendesak Dr Mahathir agar berundur. Ini juga berdasarkan penghayatan Syed Husin dengan apa yang berlaku.

Bagi Syed Husin beliau melihat perlu Dr Mahathir berundur demi untuk menyegerakan proses peralihan kepimpinan negara seperti dikonsensus. Keperluan itu untuk menjamin PH akan menenag dalam Piraum akan datang. Beliau berpendapat kalau Anwar jadi PM hanya dalam tempoh menjelang Piraum PH akan kalah. Dengan mengira Dr Mahathir akan lepaskan jawatan selepas tiga tahun, bermakna ia seperti mahu melihat PH kalah. Betul juga kata Syed Husin apa yang boleh Anwar lakukan untuk menguatkan PH dalam tempoh dua tahun sebelum pilihan raya.

Selain itu Syed Husin juga mengeluarkan kenyataan berbau meragui Dr Mahathir apabila PM itu membuat kenyataan yang berbagai-bagai mengenai tarikh dan waktu peralih kuasa itu, sekali dua tahun, sekali selepas dua tahun dan terbaru tiga tahun. Kenyataan terbaru tiga tahun ini menjadikan Syed Husin senak perut.

Syed Husin memberi respon dengan kenyataan dan sikap Dr Mahatthir itu sebagai memperingatkan Dr Mahathir agar berpegang pada janji. Itu sahaja marfumnya. Tetapi lain dilihat individu berkenaan. Bermula dari kenyataan Syed Husin yang dianggap telah mengusik tuannya itulah maka seseorang yang menjadi hewan pengawal itu bertindak ganas menyerang, bukan sahaja Syed Husin tetapi Anwar.

Untuk membalas Syed Husin dan membela Dr Mahathir tidak jadi masalah. Salahnya disini kerana dia terlanjak begitu jauh. Sepatutnya individu itu mengigit Syed Husin sahaja bukan turut sama mengekah Anwar yang tidak ada dosa dengannya. Disinilah kemelampauaan. Lebih melampau lagi apabila dia secara terangan mempersoalkan kemampuan Anwar untuk jadi PM dan ditambah pula dengan ugutan dan ancaman akan membongkar sesuatu apabila sampai masanya. Nak bongkar apa?

Kenyataan balas itu berisi dendam kesumat dan hasad dengki sangat kohong.

Bagi mereka yang sudah kenal individu ini tidak perlu takut dan bimbangnya. Tarafnya sama sahaja dengan orang yang digelar "J" Jamban. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Apa yang dilakukan terhadap Anwar sebelum ini sudah cukup untuk dirinya menjadi kekesing yang perlu dijauhi. Busuk dan hampak.

Kekesing.
Berbalik kepada MP tadi, saya menasihatnya supaya tidak membuat apa-apa kenyataan balas. Tidak perlu mengulas kenyataan yang kotor dan tidak bermoral seperti itu. Bagi saya kenyataan individu itu bukan bertaraf intelektual politik yang perlu pun diberi perhatian. Untuk apa kita turut menjadi kekesing sama dengannya.

Kata saya kepada MP itu biarkan sahaja dia melalak sesuka hatinya. Orang yang tidak ada kekuatan dan keyakinan diri dia akan melakukan sebegitu untuk menarik perhatiannya. Bak haiwan pengawal dia akan menyalak dan melaung untuk memberi tahun tuannya yang dia bekerja dengan mengharap seteguk air sejemput nasi.

Majlis meraikan Siti Zainon di Gombak.
Jangan takut dan percaya kepada kata-kata dan ancamannya. Yang menentukan Anwar akan jadi PM bukan ditangannya tetapi ditangan Tuhan. Tuhan cukup mendengar doa-doa suci daripada rakyat yang mahukan Anwar.  Tuhan lebih mengenali siapa yang lebih jahat, lebih bersih dan lebih ikhlas. Sebagai orang bertuhan kena yakinkan itu. Yakin peringkat kul haqul yakin. Dalam menghadapi hal-hal seperti itu, perlu banyak berserah kepada Tuhan. Berbalas kenyataan dengan orang seperti itu seperti bergaduh dengan orang bodoh dan bebal, yang ketara bodohnya kita.

Saya juga memberi tahu MP itu, hak Anwar sebagai PM sudah ditentukan dalam konsensus. Tidak ada sesiapa yang boleh membatalkan konsensus itu hatta Dr Mahathir sendiri. Perlu difahami Dr Mahathir walaupun mempunyai kuasa mutlak, tetapi dia dikawal oleh Majlis Presiden. Ini hakikat yang kena diketahui. Kita jangan takut kepada sesuatu yang tidak ada, kena yakin dengan apa yang ada dan termeterai.

Tidak timbul kalau ahli Majlis Presiden tidak berani untuk bertindak ke atas Dr Mahathir seperti dakwa Syed Husin sehingga menyebabkan hewan pengawal tadi menyalak. Saya yakin dan percaya ahli Majlis Presiden tidak "dikembirikan" oleh Dr Mahathir. Satu hal yang cukup kena faham, bahawa Dr Mahathir masih dalam edah yang dipersetujui. Semua orang kena sedar Dr Mahathir jadi PM hanya baru 16 bulan. Belum pun cukup dua tahun lagi. Mendesak Dr Mahathir berhenti sebelum cukup tempoh satu kesalahan dan tidak relevan. 

Nampaknya ramai orang tidak mempercayai yang Dr Mahathir. Kenapa? Berilah kepercayaan dan waktu kepadanya. Bukankah kita sejak mula menerima beliau untuk bersama menyakini dengan bantuannya dapat tumbangkan kerajaan kleptokrasi dan Najib Razak? Kenapa tiba-tiba sesudah dapat berkuasa kita jadi "lorak gaduh", hilang pedoman dan bercelaru? Semua pihak kena duduk atas landasan betul.

Bagi saya Dr Mahathir belum membuat apa-apa kesalahan. Setakat beliau nak cakap, setahun, dua tahun atau tiga tahu, bahkan 22 tahun, biarkan kepadanya. Itu gurauan yang boleh bertindak menjadi suplimen buat dirinya. Dr Mahathir selain dikepung oleh Majlis Presiden, beliau juga dikejar oleh usianya. Dr Mahathir kini sudah berusia 94 tahun, 94 tahun saya ulangi. Beliau sudah keletihan dan sudah tidak berenergi seperti dahulu lagi. Fizikalnya kita dapat melihat sendiri. Sepatutnya dalam suasana begitu kita membantu beliau bukan membuat singgungan dan gangguan kepadanya.

Tidak salah kalau kita tidak ada kepercayaan buatnya. Tetapi perkara itu perlu ada garis tamatnya. Jika Dr Mahathir sudah melanggar lampu merah, nah saat itu boleh bertindak dan menyalahkannya. Kalanya itu kalau hendak berdemostrasi melaungkan lagu kalis Undur Mahathir Undur sekali lagi pun dihalalkan.

Selain Majlis Presiden dan faktor usia, rakyat juga memegang kepada konsensus dan janji itu. Rakyat yang mengikut denai perjuangan PH dan perjalanan kerajaannya, yang mengenali Dr Mahathir dan mengkagumi Anwar, mengharapkan dan ternanti-nanti presiden PKR itu jadi PM. Mereka semua meneliti perkara ini. Jangan fikir rakyat melihat dengan mata terkulat-kulat sahaja. Hari ini mereka bungkam, tetapi saya percaya kalau Anwar sudah mengangkat sumpah, mereka akan bangkit bersorak gembira sekaligus menjadikan kerajaan PH kuat dan gagah. Azmin Ali pun akan terliur untuk kembali. Mujurlah...

Demikian juga dengan dunia luar, khasnya para pelabur. Kita mempersoalkan dan merintih kenapa pelabur enggan masuk. Dr Mahathir ke China dan Jepun berkali-kali. Tentu ada sesuatu mendesak.  Kenapa nilai ringgit rendah dan sebagainya. Mereka juga sudah bersiap sendia untuk masuk dan datang ke negara kita. Tunggu lagi mereka menanti peralihan kuasa. Mungkin mereka mempunyai keyakinan dan sudah diberi harapan oleh Anwar apabila beliau sudah mengangkat sumpah, mereka akan berduyung-duyung masuk. Kita tidak tahu situasi ini.

Perkembangan dan senario itu, sepatutnya diambil kira dan dinilai untuk tidak menimbulkan suasana tidak enak antara Dr Mahathir dengan Anwar. Saya sudah katakan, mereka yang sengaja tidak yakin kepada keikhlasan dan janji Dr Mahathir untuk serahkan jawatan kepada Anwar adalah mereka yang mahu menyusahkan PM itu. Dalam masa sama mereka mahu melihat bagai mana Anwar berada dalam resah dan gelisah sepanjang masa.

Itu adalah kerja dan strategi musuh Dr Mahathir dan Anwar, serta musuh kerajaan PH. Mereka percaya dengan menjadikan Dr Mahathir dan Anwar sebagai sang jaguh yang berlaga sesama sendiri mereka akan mendapat untung. Mereka akan bersorak untuk mencuri kemenangan. Saya tetap yakin dan percaya Dr Mahathir akan menunauikan janjinya.

Setahu saya hanya dua orang sahaja yang istiqamah tidak mahukan Anwar jadi PM, individu menjadi hewan pengawal itu dan presiden parti agama (Pam). Mereka mungkin ada masalah diri, sementara orang lain semua ingin melihat Anwar jadi PM. Mereka juga tidak yakin kepada Anwar tetapi merasakan Anwar berhak dan perlu diberikan jadi PM walaupun sehari. Pengorbanan, jasa dan budi Anwar harus dibalas.

Selepas kena lecture MP tadi terdiam, dan mengakhiri perhubungan telefon dengan mengatakan; Oh begitu yakin sekali sdr MSO yakin Anwar akan jadi PM. Huh...!" katanya kuat sambil mengucapkan terima kasih banyakkk.

Sesampai di rumah saya tidak dapat melelapkan mata kerana menyiapkan catatan ini sehingga menganggu hajat untuk menyinggung perihal Siti Zainon yang penganugerahan kepadanya ada yang mempertikaikannya. Tunggu dalam catatan lain mengenainya. [wm.kl.7:14 am 30/09/19]

No comments:

Post a Comment