Wednesday, October 16, 2019

Husam perlu selamatkan maruah rakyat Kelantan

Husam lah yang
memperjuangkan royalti
untuk Kelantan.
 
SUSUPAN PETANG

UNTUK jaga maruah dan air muka rakyat Kelantan yang sebelum ini dikenali dengan rakyat berbudi pekerti, reti menghormati orang, barangkali Husam Musa boleh mengeluarkan secebis kenyataan untuk ucap terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang bermurah hati memberi royalti petroleum kepada Kelantan.

Tidak jadi masalah kalau pun kerajaan Kelantan kini bukan lagi ikut sama dipimpin oleh beliau. Kerana orang semua tahu yang beria-iya memperjuangkan hak rakyat Kelantan untuk mendapat royalti petroleum; yang berunding, yang menggali akta petroleum 1974, yang naik turun ke pejabat peguam negara, dan yang membuat provokasi, yang merestui penubuhan NGO "R"" khas memperjuangkan royalti hak Kelantan adalah beliau.
Husam adalah "Hang Nadim" yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan sejak berpuluh tahun lampau. Meskipun selepas itu beliau dihina, dihalau dan "dibunuh" tidak berbangkit. Yang penting Husam telah melakukan sesuatu terbaik untuk rakyat Kelantan semasa berada dalam kerajaan lebih 10 tahun.

Jadi apabila Lim Guan Eng atas arahan PM (saya percaya juga atas gesaan dan permintaan Husam) berikan royalti sebanyak RM20 juta setakat ini, ia sesuatu yang wajar dibalas dengan ucap terima kasih bagi menunjukkan orang Kelantan tahu berterima kasih dan masih ada budi bahasa.

Kerana kerajaan Pam Kelantan kini miskin dengan budi, kering dengan akhlak, tak salah kalau yang mengucap terima kasih atas pemberian itu dilakukan Husam bagi pihak rakyat Kelantan yang mendapat manfaat dari pemberian itu. 

Setakat status ini ditulis tidak ada seorang pun pemimpin Kelantan, termasuk wakil rakyat bilis baik dari Pam maupun Umno mengucapkan terima kasih di atas pemberian itu. Trims. [wm.kl. 6: 50 pm 16/10/19]

No comments:

Post a Comment