Friday, November 8, 2019

Apa khabar Tanjung Piai?

RINGKAS
BARU mendapat maklumat mengenai Pirake Tanjung Piai daripada seorang teman wartawan veteran yang bermukim di sana sejak Isnin lalu. Kempen Pirake Tanjung Piai sudah memasuki hari ke lapan hari ini, bermakna sudah lebih separuh ia berjalan. 

Hari mengundi pada 16 bermakna ada enam hari sahaja lagi.

Daripada laporan teman itu, kedudukan dan peluang di Tanjung Piai di antara PH dengan BN masih belum berubah. Apa yang saya gambarkan sebelum ini, PH akan kecundang masih kekal.

Apa yang ketara berlaku di Tanjung Piai pengundi berbangsa Cina sudah berpihak kepada BN. Undi Cina untuk BN ada peningkatan. Adapun undi Melayu masih kekal seperti Piraum lalu. Kenapa ini berlaku seperti saya katakan, Cina tetap mengundi Cina walaupun di mana mereka berada. Inilah perbezaan dengan orang Melayu yang sangat diplomasi dalam berpolitik dan sedia bertolak ansur.
Ertinya keputusan Umno menyerahkan kerusi itu kepada MCA adalah betul. Sebab kalau kerusi itu ditandingi oleh Umno, undi Cina akan mengalir kepada calon PH atau ada yang mengambil sikap tidak mahu keluar mengundi.

Hanya satu cara sahaja untuk PH mengekalkan kerusi di Tanjung Piai itu. Orang Melayu hendaklah bersikap seperti orang Cina juga. Orang Melayu kena undi calon Melayu. Jika sikap ini tidak ada kepada orang Melayu maka PH akan kalah.

Apakah orang-orang Melayu Umno dan Melayu Pam akan mengubah sikap mereka yang "wala" dengan kata-kata pemimpin itu meniru sikap orang Cina? Tepuk dada tanya selera. 

Dan saya tidak yakin orang Melayu mempunyai responsif yang hebat untuk bangsa dan kepentingan mereka sendiri. Orang Melayu hanya kuat membebel, dan ada kalanya boleh mengamuk sesama sendiri. Prinsip orang Melayu macam batang keladi celor sahaja.

Sehingga hari ini saya meramalkan calon MCA Wee Jeck Seng yang dijinjing tangannya oleh Hadi Awang akan menang sekitar 300 hingga 500 undi. Perhatian secara menyeluruh akan dilakukan Ahad ini apabila saya akan turun ke sana dan melihat sendiri dari dekat. Trims. [wm.kl.10:49 am 08/11/19]

No comments:

Post a Comment