Monday, January 13, 2020

Tangkapan 17 individu menggemparkan negara

REAKSI

HARI ini negara dihebohkan dengan penangkapan 17 individu yang dikatakan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan perjudian haram di sebuah kondiminum. Penangkapan dalam kes sebegitu sebenarnya perkara biasa dalam negara ini. Hampir setiap hari kita dengar laporan penangkapan dan dakwaan terhadap aktiviti penyalahgunaan dadah dan pengedar bernilaian jutaan ringgit.

Dadah sudah jadi masalah dan musuh negara yang sukar untuk dihapuskan yang menghinggapi sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan. Fenomena dadah di negara ini sama hebat dengan fenomena politik kotor dan tidak beradab negara ini.

Tetapi kes yang dihebohkan hari ini, apa mengejutkan ia melibatkan invidivu yang dianggap sebagai ada nama dan ada kelas tersendiri. Salah seorangnya dikatakan Adun atau wakil rakyat. Yang lain-lainya adalah pegawai atau setiausaha kepada menteri.

Mulanya kes itu diingatkan sebagai fitnah politik seperti kerap dilakukan. Tetapi apabila ia ditangani sendiri oleh Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dengan membuat kenyataan media ia satu perkara mengejutkan dan sekaligus mencemarkan maruah kerajaan PH yang sebelum ini tersalut dengan pelbagai isu dan najis.

Menurut Abdul Hamid, dalam serbuan di sebuah kondominum di Jalan Puchong itu seramai 17 individu terdiri enam wanita ditangkap termasuk juga seorang warga asing. Bagaimana pun beliau tidak memperincikan nama individu berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

Dalam pada itu sejak dari pagi tadi lagi telah tersebar berita mengenai tangkapan terhadap sekumpulan individu berkenaan yang kononya sudah dibuat ujian air kencing dimana 16 daripadanya didapati positif dadah dan seorang sahaja negatif.

Hal ini diakui sendiri oleh Abdul Hamid dalam kenyataan akhbarnya.

Dalam pada itu Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamd telah memberi reaksi akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana ahli yang terlibat dalam kes berkenaan. Individu terlibat itu dikatakan Adun daripada PPBM.

Kita percaya kes ini sedang mendapat perhatian umum. Justeru pihak berwajib perlu tegas dan bertindak dengan penuh keadilan tanpa cuba melindungi mana-mana pihak. Keraguan kes ini juga akan terjadi seperti kes sebelum ini, misalnya kes video lucah menghantui minda umum.

Dan sekiranya individu berkenaan benar ahli mana-mana parti politik jika mereka disabitkan kesalahan mereka hendaklah dipecat daripada parti. Hanya tindakan sebegitu sahaja boleh menyakinkan rakyat kepada kerajaan PH yang melaungkan slogan telus, tegas dan mahu perubahan.  Kita tunggu perkembangan selanjutnya. [wm.kl.8: 17 pm 13/01/20]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.