NOTA PAGI
KATA Anwar Ibrahim isu peralihan kuasa apa yang penting ialah pendirian parti (Keadilan) dan Pakatan Harapan. Dua entiti inilah yang menjadi penentu bila dan kepada siapa peralihan itu berlaku. Usah dengar caka-cakap daripada mana-mana pihak.
Pihak yang cuba campur tangan dalam isu itu lebih kepada membawa kemusnahan kepada kerajaan dan PH. Misalnya kerja parti agama dan Umno untuk mengekalkan Mahathir sebagai PM sehingga habis penggal jelas usaha untuk menghancurkan kerajaan PH.
Makanya, mulai sekarang ketepikan semua pandangan dan usaha pihak yang tidak sepatut melakukannya. Selain daripada dua entiti itu, apa-apa usaha boleh menganggu konsesus PH yang sudah sedia difahami itu.
Sehubung itu mesyuarat majlis presiden dijangka 21 Februari ini penting. Ia boleh menuntaskan isu berkenaan yang kini "merusut" dengan ada campur tangan pihak-pihak desperado dan bernafsu bersa untuk jadi perdana menteri.
Kita berharap majlis presiden yang akan bersidang nanti membuat keputusan yang bijaksana. Setelah keputusan dibuat semua pihak hendaklah akur dan patuh. Jangan lagi selepas itu timbul dan berkecamuk lagi isu ini.
Dibimbangi kalau ia gagal dituntasi ia akan memberi kesan negatif kepada PH. Semua pihak khas pemimpin PH kena sedar dan faham, kegagalan kerajaan PH akan mengecewakan rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk menunjukkan kemampuan selama lima tahun.
Dan mesyuarat majlis presiden nanti juga adalah peluang terbaik untuk mana-mana individu yang sebelum ini terpancing dengan niat buruk musuh untuk kembali ke pangkal jalan.Jika anda bisa melakukan demikian, anda akan dianggap sebagai hero yang menyelamatkan keadaan. [wm.kl.10:10 am 16/02/2020]

No comments:
Post a Comment