(Bahagian Pertama)
Umum tahu kisah hubungan dan persahabatan beliau dengan Anwar bukan baru. Ia berputik sejak di alam kampus lagi. Bahkan mereka juga bersekolah di sekolah menengah sama, di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sebuah maktab dianggap tempat budak-budak bijak pandai belajar.
Dengan sejarah itu bolehlah dianggap Hishamuddin merupakan rakan Anwar sejak dari sekolah menengah sampai ke kampus, walaupun di universiti mereka bukan mengambil kurus atau berada di fakulti sama. Namun mereka berada dalam kumpulan mahasiswa yang anti establishment. Mereka bangkit menjadi pemimpin pelajar, menggerakkan mahasiswa menentang establishment, menentang golongan borjuis dengan berpaksikan perjuangan untuk membela nasib rakyat marhaen.
Nasib petani, setinggan, buruh menjadi modal mereka untuk mengganyang kerajaan Razak Hussein sekaligus mempamerkan bakat kepimpinan mereka.
Gerakan pelajar meledak pada tahun 1960an dan memuncak pada tahun 1970an telah "mengapuhkan" mereka berdua dalam satu perjuangan realistik dan mudah mendapat dukungan anak-anak muda ketika itu.
Ketika bertemu Hishamuddin di Lumut Perak masa road show Mahathir jelang Piraum 2018. |
SEPERTI mana dijanjikan lewat satu status di FB semalam saya akan membuka rahsia atau menjawab kemusykilan sesetengah pihak kenapa Hishamuddin Rais tidak menyenangi Anwar Ibrahim atau dalam konotasi bambastik tidak mahu melihat Anwar jadi perdana menteri? Rahsia ini berpangkal kepada perbualan saya dengan sdr Kamaruzaman Yaacob petang semalam.
Semua orang merasa pelik apabila mendengar atau mengetahui Hishamuddin bersikap demikian terhadap Anwar sedangkan mereka diketahui dua sahabat yang pernah berjuang atas landasan sama. Kempen atau (sinisme) secara senyap dilakukan Hishamuddin melalui beberapa tulisannya ketika mengulas pergolakan dalam PH khasnya ketegangan hubungan Dr Mahathir dengan Anwar, menunjukkan blogger Tukar Tiup itu skeptikal terhadap Anwar untuk jadi perdana menteri?
Catatan-catatan itu Hishamuddin secara tidak langsung cuba damage kan Anwar dengan merendah-rendahkan Anwar dengan menceritakan perilaku dan sikap Anwar yang dikenali olehnya. Untuk apa Hishamuddin merendahkan Anwar kalau bukan kerana sesuatu tujuan? Sementelahan Anwar tidak pernah sama ada dalam tulisan atau depan publik mempertikaikan Hishamuddin?
Malahan dalam pertemuan paling akhir saya dengan beliau semasa menghadiri perasmian mesyuarat Pemuda Parti Amanah, (2019) beliau ada menyampaikan atau mengeluarkan pendapat yang menjelaskan akan ketidaksenangan beliau kepada Anwar. "Apa you fikir Sayuti, Anwar boleh jadi PM ke tak?' begitulah tanya beliau sambil mencebek mulut. Pertanyaan itu mendedahkan unsur skeptikal beliau kepada Anwar.
Umum tahu kisah hubungan dan persahabatan beliau dengan Anwar bukan baru. Ia berputik sejak di alam kampus lagi. Bahkan mereka juga bersekolah di sekolah menengah sama, di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sebuah maktab dianggap tempat budak-budak bijak pandai belajar.
Dengan sejarah itu bolehlah dianggap Hishamuddin merupakan rakan Anwar sejak dari sekolah menengah sampai ke kampus, walaupun di universiti mereka bukan mengambil kurus atau berada di fakulti sama. Namun mereka berada dalam kumpulan mahasiswa yang anti establishment. Mereka bangkit menjadi pemimpin pelajar, menggerakkan mahasiswa menentang establishment, menentang golongan borjuis dengan berpaksikan perjuangan untuk membela nasib rakyat marhaen.
Nasib petani, setinggan, buruh menjadi modal mereka untuk mengganyang kerajaan Razak Hussein sekaligus mempamerkan bakat kepimpinan mereka.
Gerakan pelajar meledak pada tahun 1960an dan memuncak pada tahun 1970an telah "mengapuhkan" mereka berdua dalam satu perjuangan realistik dan mudah mendapat dukungan anak-anak muda ketika itu.
Keduanya aktif dalam gerakan mahasiswa dengan masing-masing memimpin persatuan mahasiswa; Hishamuddin jadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia (PMUM), dimana Presidennya Kamaruzaman Yaacob, manakala Anwar pula sebagai presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, (PBMUM) yang tentunya menjadi sekutu dalam PMUM. Barangkali kelainan berpesatuan inilah diungkit Hishamuddin yang dia tidak bersama Anwar?
Untuk dikatakan mereka senonimas dalam perjuangan mungkin tidak tepat kerana semangat dan nuansa perjuangan mereka sedikit terpisah. Anwar mirip kepada Islam moderat (liberal) manakala Hishamuddin kepada sosialis, beliau menganggotai kelab Sosialis.

Tetapi dari konteks matlamat dan tujuan, sama untuk membela masyarakat marhaen, mereka berkongsi nilai jihad sama. Cuma idealisme atau aliran pemikiran itu dipisahkan oleh perwatakan, berpakaian, uslub dan juga rangkaian dengan dunia luar.
Anwar berhubung dengan tokoh reformis Islam moderat sementara Hishamuddin dekat dengan tokoh sosialis yang dianggap tidak sesuai dengan bangsa Melayu kerana sosialis didempetkan dengan komunisme yang menjadi racun pula kepada Melayu.
Keduanya ditangkap.
Sewaktu gerakan mahasiswa memuncak dan menggoncang pemerintah Malaysia yang ketika itu dibawah Abdul Razak Hussein yang baru mengambil alih daripada Tunku Abdul Rahman (yang terpaksa melepaskan jawatan kerana mengambil tanggungjawab serta desakan atas berlakunya tragedi 13 Mei,) kedua mereka jadi sasaran. Situasi itu juga melonjakkan nama mereka dan mereka menjadi ikon perjuangan di kalangan mahasiswa.
Situsi itu menjadi mereka dibimbangi Razak akan menggugat kerajaan baru dipegangnya, lantas itu mereka dikenakan tindakan. Ramai pemimpin pelajar termasuk Hishamuddin, Anwar, Kamaruzaman Yaacob, Ibrahim Ali dan lain-lain termasuk juga Syed Husin Ali yang menjadi cikgu kepada mereka diburu dan ditangkap.
Keuletan dan "kebugisan" jiwa perjuangan dan penangkapan mereka itu tidak sedikit pun melemahkan mereka. Penentangan terhadap kerajaan dianggap sebagai zalim dan tidak mempedulikan kemiskinan kian menjadi akhirnya membawa kepada tindakan kerajaan terhadapan golongan pelajar semakin agresif. Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), (1974) sementara Hishamuddin sempat ditahan kemudian berjaya meloloskan diri ke luar negara. Kamaruzaman tidak tahu apa tujuan dengan tindakan diambil Hishamuddin melari ke luar negeri itu.
Itulah latar belakang atau sinopsis ringkas persahabatan dan peranan mereka dalam menggerakkan perjuangan untuk membela rakyat. Jika dilihat kepada akar bermula perjuangan mereka, mereka pasti akan dilihat bersama sampai ke akhirnya. Keduanya kebetulan anak kampung yang bukan dari golongan bangsawan, dilihat sangat memahami hati budi dan keperitan rakyat. Hishamuddin datang dari Kampung Jemapoh, Jelebu sementara Anwar dari Ceruk Tok Kun. Dipangkal nama mereka tidak ada gelaran ningrat seperti Tengku, Tuan atau pun lengkap dengan nama bapa bergelar Datuk atau Tan Sri, mereka orang biasa.

Bagaimana persamaan latar belakang ini cuba ditangkis oleh Hishamuddin bagi menunjukkan dia dan anak tidak mempunyai persamaan.
Tetapi anehnya kenapa setelah masing-masing dewasa dan meninggalkan kampus mereka tidak meneruskan "pengapuhan" mereka dalam membela rakyat dalam satu wadah (politik). Anwar meneruskan perjuangan dengan gerakan Islam politik Angkatan Belia Malaysia (Abim) sementara Hishamuddin tidak menyertai mana-mana wadah. Keberadaan beliau di luar negara kerana melarikan diri begitu lama menyebabkan dia dianggap Kamaruzaman sebagai pengembara yang tidak tahu tujuan.
Ini yang menjadi pertanyaan dan menghairankan. Kenapa sikap Hishamuddin ke belakangan dan menyongsang ia pelik. Pertemuan saya dengan sdr Kamaruzaman Yaacob semalam, yang banyak tertumpu kepada cerita kehebatan gerakan mahasiswa turut tersentuh tentang Hishamuddin yang kelihatan jengkel dengan Anwar itu. Bersambung. [wm.kl.3:54 pm 15/08/2020]
Glossori:
Kapuh, berapuh = berpadu, bergabung, berpakat.
No comments:
Post a Comment