Friday, June 18, 2021

Memahami permasalahan waktu ini

TAZKIRAH JUMAAT

SEMANGAT dan desakan orang ramai yang mahukan Mahiaddin Md Yassin meletak jawatan meluas
dan jadi hangat selepas Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan seakan tidak mempertahankannya lagi.

Namun bukan perkara senang untuk melihat Mahiaddin sebagai seorang yang tidak ada malu aib dan maruah diri untuk berbuat demikian. Ini kerana kuasa yang ada kepadanya untuk terus memegang jawatan itu tergenggam dalam tangannya.
Mengenai situasi berlaku kini kena memahami sistem pentadbiran negara ini yang dilihat songsang dan aneh(?); Yang diPertuan Agong ada kuasa melantik perdana menteri menurut Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak ada kuasa untuk memecatnya. Undang-undang atau amalan itu seperti budak yang tahu panjat pokok tetapi tidak tahu turun.

Yang boleh memecat Mahiaddin hanya parlimen sahaja? Seperti budak yang panjat pokok tadi yang boleh menurunkannya tangga atau dengan menebang pokok tersebut. Tetapi kalau pokok itu ditebang bukan budak itu saja naas, pokok itu juga musnah.

Mahiaddin pula licit dalam hal ini. Beliau sudah dapat membaca apa yang bakal dihadapinya, sejak awal-awal dia memasang niat melakukan kejahatan (mengkhianati kerajaan PH) lagi. Selepas beliau membawa barang curi beliau perlu melindunginya. Di sinilah beliau mencari "kawat duri" bernama Akta DARURAT untuk melindungi dirinya dan barang yang dicuri.

Beliau bernasib baik kerana Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk proklamasi darurat. Permohonan beliau kali pertama ditolak, tetapi berjaya pada permohonan kali kedua. Jangan kira dengan alasan apa, Mahiaddin dapat proklamasi itu, itu cerita lain. Pokoknya dia berjaya mempunyai segulung kawat duri.

Kunci ditangannya.

Hari ini Mahiaddin menutup parlimen, yang kunci berada ditangannya. Apa yang boleh berlaku, Mahiaddin akan jatuh apabila parlimen bersidang. Itu sahaja. Persoalannya bila? Apakah beliau akan membuka pintu parlimen kalau beliau tahu akan jatuh di dalamnya? Oh tidak.

Semasa pengisytiharan darurat hendak dilakukan, ada disebut tempoh darurat setakat 1 Ogos 2021, selepas itu kononnya ia ditamatkan. Apabila darurat ditamatkan, maka parlimen tidak boleh ditutup lagi. Soalnya apakah benar darurat akan ditamat pada 1 Ogos?

Selalunya seseorang yang terdesak dan terjepik akan memilik akal panjang. Ia sanggup menggunakan apa sahaja helah dan ikhtiar untuk melolos diri. Mahiaddin akan melakukan itu.

Disinilah akan menguji sejauh mana kebijaksanaan, keadilan dan kemurnian Yang diPertuan Agong serta tafsiran kuasa wewenang miliknya. Apa kata kalau Mahiaddin mohon perkena untuk melanjutkan darurat ke suatu tempoh yang kali ini tidak disebut tarikh luputnya?

Dengan menggunakan alasan direkayasa seperti sebelum ini kononnya untuk cegah Covid maka diperlukan darurat? Mahiaddin mempunyai pakar statistik dan unjuran untuk mempersembahkan angka-angka atau statistik yang menggerumkan rakyat dan Yang di-Pertuan Agong. (Diharap Agong tidak akan tersihir untuk memberi perkenan kali keduanya).

Kita bimbang Yang di-Pertuan Agong akan ikut sama terkunci dengan kuasa Perlembagaan yang menyebut, Agong perlu mendengar nasihat perdana menteri. Kerana hal ini pernah dibangkitkan oleh Rais Yatim apabila Agong menolak permohonan pertama Mahiaddin hendak daruratkan negara.

Melihat kepada tahap degil dan babil yang ada kepada Mahiaddin, nampaknya beliau terus berusaha untuk mengekalkan kedudukannya. Beliau seperti berpegang kepada pepatah Melayu, "alang-alang mandi biar basah", "seluk perkasam biar sampai bukan ke pangkal lengan lagi tetapi ke tekak." Beliau tidak akan undur.

Berhubung dengan kesongsangan undang-undang atau perlembagaan berhubung kejadian "naik pokok tidak boleh diturunkan," elok kalau perlembagaan negara berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal melantik perdana menteri dipinda dengan memperjelaskan kuasanya untuk memecat. Perkara atau klausa yang berbunyi Yang di-Pertuan Agong hendaklah dengar nasihat perdana menteri, keculikan dalam urusan pemecatan.

Atau pun sebaiknya kuasa pelantikan perdana menteri diletakkan sepenuhnya kepada parlimen dan begitu juga urusan memecatnya. Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menyampai watikah atau mengesahkan pelantikan sahaja. Sekaligus bagi mengelakkan Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan serba salah.

Mengenai Mahiaddin tadi, jika beliau tetap berdegil dan terus menggunakan kuasa prerogatif sebagai PM yang ada itu, rakyat tidak ada pilihan, kena bersabar tunggu masa dan ketika sampai. Sekuat mana Mahiaddin berlari, dia akan kelelahan juga akhirnya. Dia akan berhenti, tidak hari ini esok, tidak minggu ini bulan depan tidak tahun ini tahun depan.

Kita sekali lagi akan melalui jalan dan keadaan sama semasa kita menanti OT95 berundur, Najib Razak tumbang sebelum ini yang sungguh dramatik dan menyeksakan batin. Kalau untuk melihat dua "gerabak buruk itu" berlalu kita boleh sabar menunggu kenapa tidak dengan "gerabak" yang satu ini.

Kesimpulannya mala petaka, bencana, kesangsaraan, rasa sakit hati, kecewa semua datang daripada kekhilafan kita belaka. Jadi kalau kita merasakan pedih dan sakit dengan keadaan negara kini, nah, marahlah kepada diri sendiri. Bukan salah ibu mengandung. [wm.kl. 10:33 am 18/06/2021]

No comments:

Post a Comment