PANDANGAN
Anwar jawab pertanyaan wartawan berhubung desakan terhadapnya. |
Walaupun desakan itu tidak langsung datang daripada komponen PH secara rasmi, hanya disuarakan oleh pemimpin kecil dan "sibecak" di bawah, tetapi ia telah memberi gambaran tentang wibawa Anwar berada di "cagak" itu sudah tidak relevan atau membawa hasil lagi.
Desakan ini atau rasa tidak berkenan atawa boleh dikatakan tidak yakin kepada Anwar ini sudah lama kedengaran. Ia kemuncak apabila Anwar gagal untuk menjadi perdana menteri melalui strategi untuk mengambil alih kuasa dengan sokongan ahli Parlimen (SD).
Racangan untuk mengambal balik kerajaan PH yang hilang dijadikan alasan utama untuk mengatakan Anwar sudah tidak relevan dan perlu berundur. Atau pun pengaturan dan pencaturan strateginya untuk mengambil alih kerajaan itu gagal dijadikan risiko. Apakah ada sosok lain yang mampu dan ampuh berbuat demikian?
Secara peribadi sebagai penulis kerdil dan pengamal politik bebas dan rasional, bukan sahaja tidak bersetuju dengan cara dirancangkan itu, tetapi yakin ia tidak akan mencapai kejayaan. Bagi saya Anwar tidak akan jadi PM menerusi cara itu sedang menerusi PH sendiri pun ia beliau gagal kerana dimainkan. Sebab itu saya tidak ghairah sangat mengenai angka dan nombor itu.
Selain itu saya melihat sebabnya kerana apabila rancangan itu membabitkan Umno, maka ia tidak boleh dipercayai sedangkan rancangan itu tidak boleh tidak mesti membabitkan ahli-ahli Parlimen Umno baharulah angkanya cukup. Tanpa sokongan Umno ia tinggal sebuah angan-angan semata-mata.
Kenapa saya berkata begitu, kerana kita arif dan maklum Umno mempunyai pakar-pakar penipuan yang licit yang tidak mudah ditandingi. Penipuan adalah pemainan Umno jadi tidak mudah ia akan ditipu. Jangan mengharap kesetiaan dan kejujuran dalam perjanjian untuk membentuk kuasa dengan Umno khususnya. Ia tidak akan berlaku kerana sejarahnya kebobrakannya sangat panjang.
Kenapa Pas hari ini lebih mempercayai Bersatu daripada Umno, juga kerana sejarah mungkar Umno itu sudah dihadami dan dihafali Pas sejak berdekad.
Apabila berkali-kali Anwar mengatakan beliau mempunyai nombor dan sokongan yang mencukupi, tiba-tiba ia meleset, di sinilah timbul rasa tidak senang dan tidak percaya dengan Anwar. Mereka yang mengharap ghanimah daripada kejayaan itu apabila ia gagal mereka jadi kecewa. Mereka marahkan Anwar kerana tidak dapat menikmati untung daripadanya. Anwar dijadikan bantal tibai bagi melepasi kekecewaan.Di sinilah bermula rancangan untuk menggeserkan Anwar. Adalah orang merangkanya. Ada yang memberi idea untuk mewujudkan grand coalition (new coalition) dengan tujuan menukar Anwar sebagai pemimpin utama opisisi.
Secara senyap-senyap dan penuh taktikal cuba digantikan dengan Dr Mahathir Mohamad. Orang ini mengulang-ulang jasa dan kehebatan Dr Mahathir. Kejayaan PH menumbangkan BN dalam Piraum ke-14 diperbesar-besarkan ia adalah atas sumbangan Dr Mahathir.
Orang menganggap demikian, mereka yang mudah melupai kekuatan diri sendiri atau sama sekali tidak mengenali diri. Selepas dapat duduk atas "basikal cabuk", maka mereka sudah tidak percaya kepada tenaga asal mereka yang boleh berjalan kaki beribu batu walaupun tanpa "basikal cabuk".
Mereka yang merancang untuk menggantikan Anwar dengan Dr Mahathir ini adalah mereka yang telah meminum setitik air budi daripada Dr Mahathir yang melantiknya menjadi memteri selama 22 bulan. Dalam tempoh 22 bulan mengenalkan mereka kepada Dr Mahathir dan melupuskan segala kebencian dan pengenalan mereka tentang siapa Dr Mahathir selama ini sampai tergamak mengatakan Dr Mahathir berhati kering.
Mereka yang mahu mengambil Dr Mahathir letak di hadapan, adalah orang yang tergesa-gesa dan kurang membuat penyelidikan. Tidak reti mengukur suasana dan ketika, sebaliknya lebih teruja dan teringat kepada setitik air yang dihulur Dr Mahathir sebelum ini. Dia lupa setitik air berupa jawatan itu, adalah diceduk oleh Dr Mahathir dari tasik yang dia sendiri gali dan awasi selama ini.
Pirena Melaka.
Desakan dari suara becak supaya Anwar berundur sekali lagi bergema selepas kegagalan PH dalam Pirane Melaka. Desakan itu adalah kesenimbungan daripada kegagalan Anwar untuk membuktiknya yang beliau mendapat sokongan angka yang cukup. Kegagalan Anwar untuk mengambil alih kerajaan selepas beberapa kali mendakwa cukup nombor benar-benar mengecewakan golongan ini. Sedangkan Anwar selamba sahaja dan menerima itu sebagai asam garam berpolitik.
Kenapa begitu? Adalah terlalu nihil dan personal sangat kalau marahkan kepada Anwar apabila beliau gagal untuk mengambil kerajaan dan jadi perdana menteri. Di sini mereka yang bersama Anwar tidak ikhlas melainkan ingin mengharap sesuatu daripadanya. Mereka itu sama dengan orang yang mengambil kesempatan atas kedudukannya untuk kepentingan diri. Kesempatan manusia oportunius sebegini nampak tidak berakhir dalam kehidupan Anwar.
Soal nombor dan permainan angka adalah taktik dan strategi sahaja. Ia bukan prinisp dan dasar perjuangan dan matlamat politik. Prinsip dan tujuan asalkan PH ialah mengalahkan musuh dalam pilihan raya. Kalau pun PH dan Anwar jadi PM dengan cara mengambil alih seperti Mahiaddin dan Ismail Sabri Yaakob lakukan ia adalah makruh dan tidak bermoral. Apakah mereka juga mahu dan sanggup melihat sesuatu tidak bermoral dilakukan asalkan dapat jadi menteri?
Bagi saya kegagalan Anwar menjadi PM dengan mengambil alih secara menciplak seperti Mahiaddin dan Ismail Sabri itu, sesuatu yang disyukuri. Setidak-tidaknya Anwar tidak terbabit dalam permainan politik kotor dan un democatic. Iya, nilai PM didapati daripada menjatuhkan diluar pilihan raya, dengan diambil dalam pilihan raya sama sahaja. Tetapi sejarah dan prinsip dan rukun demokrasi akan membelenggu mereka selama-lamanya.
Seperti kini kita pertikai dan mencemuhi Mahiaddin dan Ismail Sabri hari ini, begitulah yang akan melanda dan terpikul oleh Anwar. Apakah itu yang kita ingini? Kita menganjurkan politik bermoral, berhemah, tetapi tiba-tiba kita jadi terliur sama untuk melakukan kebejatan begitu?
Oh ada orang menyoal kenapa tidak boleh dilakukan begitu, bukankah mereka lakukan ke atas kita dahulu. Iya benar. tetapi kita perlu bertanya balik, apakah kita juga mahu berbuat keburukan dan kebejatan sama dengan mereka? Kita sudah mengetahui mereka salah, tetapi kita hendak benarkan kesalahan ke atas diri kita pula. Betulkah cara itu?
Pilihan raya masih berlaku dan demokrasi belum mati. Setiap lima tahun sekali pilihan raya diadakan dan sebaik-baik ruang dan kesempatan untuk mengambil alih ialah menerusi pilihan raya. Gunakan pilihan raya untuk mengambil balik kerajaan. Biar rakyat yang membuat penentuan dan menghukum yang salah. Melainkan selepas mereka mengambil alih kerajaan, pilihan raya sudah diisytiharkan sudah tidak diadakan. Ketika itulah baru kejahatan perlu diperlakukan untuk menentang kejahatan.
Semua orang kena ingat kita menerima prinsip dan nilai-nilai demokrasi.
Mengenai kagagalan PH di Melaka ia tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kepada Anwar. Kalau kekalahan itu disebabkan salah strategi mengambil bekas wakil rakyat Umno bertanding, ia bukan keputusan Anwar secara mutlak. Adly Zahari yang kita harapkan sebagai bakal jadi Ketua Menteri Melaka juga perlu disabitkan sama. Setidak-tidaknya Adly juga ikut bertanggungjawab dan kena dipesalahkan.
Berbalik kepada soal Anwar yang mahu beliau berundur. Anwar tidak menolak desakan itu tetapi mengingatkan agar jangan angkuh. Boleh sahaja kalau Anwar hendak diundurkan. Beliau sebagai seorang ahli politik berprinsip dan moral, masakan tidak tahu bila sepatutnya beliau berundur? Saya yakin jadual itu ada dalam dirinya.
Tetapi yang sering menjadi persoalan dan kebimbangan siapakah yang boleh dan berkelayakan untuk mengambil alih tempatnya? Ini yang menjadi persoalan. PH ketandusan pemimpin sekualiti Anwar Ibrahim sekurang-kurangnya buat masa ini. Bagi saya kalau dikapuh Mat bin Sabu, Guan Eng, Khalid Samad, Salahuddin Ayub, pun tidak sama nilainya dengan Anwar.
Justeru saya ada formula tersendiri dalam hal ini, untuk PH. Anwar tidak perlu berundur, tetapi perlu penyusunan kepimpinan baru dalam PH. Anwar tetap perlu ada sebagai orang tua atau selaku spiritual leader dalam PH.
Mungkin untuk berlari ke hulu ke hilir Anwar sudah kepenatan, tetapi untuk merangka idealisme perjuangan PH dan juga memastikan politik kemajmukan kekal, beliau masih mampu dan diperlukan. Kepercayaan masyarakat majmuk kepadanya masih ada. Tanpa memikirkan itu jangan lakukan. Mungkin itu dimaksudkan Anwar agar jangan angkuh mendesaknya berundur tetapi biarlah secara taktik yang berhemah.
Bagi saya persoalan masih lagi siapa orang yang layak untuk mengambil alih dan memainkan peranan sebagai ketua pembangkang dan pemimpin PH? Sepanjang saya melihat mereka yang mencemuhi Anwar yang mengemukakan formula itu dan ini tidak menamakan pengganti Anwar. Ertinya mereka juga "bole".
Ada baik juga kalau diaturkan satu persatu sosok yang layak dan berkarisma untuk mengambil alih tempat Anwar itu. Kalau diperhatikan dalam hierarki parti hari ini orang-orang yang boleh dijadi pengganti Anwar, seperti Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah). Itu sahaja dua nama yang boleh disebut dan ada signifikannya. Tetapi apakah mereka dapat menandingi populariti, peneriman masyarakat majmuk seperti diterima Anwar? Usah tanya dengan dunia antarabangsa, tanya penerimaan dalam negara sahaja dahulu.
Tepuk dahi geleng kepala jawabnya.
Apakah ada cadangan untuk membawa orang luar daripada PH? Rasanya kalau orang luar ia membuang masa dan menimbulkan huruhara sahaja. Lebih baik dikekalkan Anwar. Semisalnya kalau hendak tarik Mahathir atau Shafei Apdal, seperti cuba dibuat sebelum ini, ia tidak mengubah keadaan apa-apa. Kepada mereka yang masih bernostalgia terhadap Dr Mahathir, selama mana lagi hendak bergantung kepada Dr Mahathir. Seolah-olah Malaysia ini tidak ada puaka lain selain Dr Mahathir.
Kesimpulannya untuk mengundurkan Anwar bagi saya tidak perlu. buat masa ini sebelum ada sosok yang benar-benar dapat menandinginya kalau pun tidak kanan, tetapi cukup kiri-kirinya. Seperti disebut tadi penyusunan kepimpinan dan pengaturan strategi mampan dalam PH khasnya untuk menghadapi pilihan raya perlu dipercepatkan.
Dalam konteks Piruam ke-15 Anwar masih relevan tetapi peranan tidak seperti hari ini lagi. Jika PH melihat Anwar menjadi masalah kepada sesetengah pihak dalam PH, maka komponen itu perlu duduk berbincang dan membuat naratif baharu. Cara itu lebih tertib supaya tidak nampak akan keangkuhannya. Jika tidak mahukan Anwar pun, jadikan beliau sebagai kerusi antik dalam PH yang boleh menarik daya sentimental orang ramai kepadanya. Jangan buang terus.
Didalam politik apa juga masalah, kebencian, kecemuahan dan ketidak-percayaan kepada seseorang perlu dilayan dengan baik. Tingkah untuk mengatasinya buatlah seperti kata pepatah; "kalau hendak menarik rambut dalam tepong, rambut tidak putus tempong tidak terburai". [wm.kl.1:07 pm 24/11/2021]
Glossori:
Bole = buta, tidak nampak, kabur
Cagak = posisi, kedudukan, jawatan.
No comments:
Post a Comment