Wednesday, December 8, 2021

Najib perlu tenang hadapi sunatullah

REAKSI

HARI ini tanggal 8 Disember 2021 mencatat sejarah tersendiri khasnya buat bekas perdana menteri Najib Razak apabila Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM240 juta kerana disabit bersalah atas pertuduhan melakukan rasuah.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020. Najib dituduh berkaitan dengan aliran wang milik SRC International berjumlah RM42 juta ke dalam akaunnya. 

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang mendengar rayuan Najib, Abdul Karim Abdul Jalil, Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas Najib yang dibuat oleh Nazlan Ghazali. 

Najib dalam satu sidang akhbar selepas pendengaran rayuannya itu melahirkan rasa kesal atas keputusan itu dan telah mengarahkan team penguam belanya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Kita tidak mahu komen panjang, cuma pengakuan Najib yang beliau tidak bersalah dan banyak melakukan kebaikan untuk membantu negara, mungkin benar, tetapi sama ada beliau bersalah atau tidak biarlah mahkamah menentukannya. Rakyat pula mengharapkan perbicaraan yang adil dan telus. 

Lazimnya sesiapa juga yang dihadap ke mahkamah sukar untuk mengaku kealahannya, lebih-lebih lagi apabila mereka mampu untuk menyediakan team penguam yang handal. 

Apa yang sedang dilalui oleh Najib kini sudah menjadi sunahtullah sebagai seorang pejuang atau ahli politik. Perasaan yang tertanggung di atas pundak Najib pernah dilalui dan dipikul oleh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin politik sebelum ini. 

Hal sama juga sedang dihadapi oleh sahabat baiknya Zahid Hamidi dan juga beberapa yang lain.

Dalam pada itu Dr Mahathir Mohamad seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dan menimpa Najib itu dengan menyindir Najib mungkin akan kembali menjadi perdana menteri sekali lagi. Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri itu? 

Apakah beliau mengira apabila Najib membawa rayuannya ke Mahkamah Persekutuan dan kini masih berada di luar penjara kerana dibenarkan jamin, ia memberi gambaran Najib akan lepas? 

Sekiranya Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua, Mahathir tidak pun perlu berasa aneh kerana ia telah melakukannya sebagai pendahulun. [wm.kl.5: 35 pm 08/12/2021]

No comments:

Post a Comment