Friday, July 8, 2022

Politik kita makin tidak dipercayai

PANDANGAN 

Disalah satu port politik di Kelantan.
KEGHAIRAHAN sebilangan warga politik untuk memilih parti (simbol) dalam pilihan raya akan datang sudah tidak sehangat dahulu. 

Berlaku perubahan sikap atau persepsi kalangan orang ramai terhadap politik dan oknum kini. Kejadian lompat parti, mengkhianati kerajaan, perbuatan jatuh menjatuh, amalan politik wang memberi kesan besar kepada mereka, menjadikan mereka tawar hati serta hilangan kepercayaan kepada politik. 

Nilai penghormatan dan kekaguman mereka kepada individu politik sebelum ini sudah relai. 

Kejatuhan kerajaan PH kerana pengkhianatan, kemudian kemusnahan kerajaan PN yang mengambil alih, meninggalkan kesan pisikologi tinggi kepada umum. Kejadian atau tragedi itu menyebabkan mereka tawar hati kepada politik dan kurang berminat untuk berpilihan raya. Masing-masing mengakui kali ini mereka lebih mahu menjadi pemerhati daripada bertindak sebagai pemain.   

Kejadian-kejadian tragis dalam dunia politik tadi, juga menjadi trauma kepada sebilangan rakyat menyebabkan mereka serik. Bertolak dari situ mereka jadi tidak bersemangat atau hilang keyakinan kepada orang politik. Mereka mula menganggap orang politik dan parti politik sama sahaja, kalau pun berbeza dari segi warna dan bentuk simbol sahaja. Pendekatan, perangai dan nafsu mereka sama sahaja, dua kali lima.   

Justeru politik bukan sesuatu yang penting dan perlu diberikan keutamaan lagi. Natijahnya mereka jadi malas untuk berpolitik seperti sebelum ini, menerima seadanya sahaja atas kewajiban sebagai warga negara yang ditetapkan perlembagaan. Kerana itu ada yang telah mengisytiharkan untuk pencen dari politik dan tidak mahu aktif bahkan ada yang terus zip mulut dan beralih ke bidang lain. Tidak kurang juga meninggalkan parti yang lama, atau baru disertai untuk menjadi individu yang "independent". Mereka seperti dituba oleh orang politik menyebabkan hilang arah dan tidak tahu mana satu yang benar. 

Fenomena itu membimbangkan kerana ia boleh "mengurus"kan politik dan demokrasi negara. Apakah politik kita sedang menuju kemusnahan, keyakinan dan kepercayaan rakyat yang boleh mencacat dan menghilangkan makna dan erti politik demokrasi yang diamalkan selama ini? Kewalangan itu, menyebabkan pihak tertentu yang bertanggungjawab dengan sosial dan politik, pentadbiran dan negara mungkin perlu membuat kajian dan mengambil langkah-langkah membina kembali keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi ini, sekiranya kita mahu negara ini terus dibentuk melalui sistem politik demorkasi. 

Kecuali kita mahukan sistem lain membentuk negara mungkin kerosakan itu tidak perlu diperbaiki. Membiarkan politik kita terus parah tidak mustahil akan wujud sistem baharu untuk mentadbir negara.  

Tinjauan rambang.

Seminggu lepas dalam perlajanan ke Kelantan, Kedah dan Perak sewaktu singgah dibeberapa port
politik di negeri-negeri itu, saya sempat menemui seberapa ramai kawan-kawan termasuk tokoh politik veteran dari berbagai rahang parti dan meninjau pendapat mereka mengenai pilihan raya serta feel mereka kepada politik. 

Berintraksi dengan sebuah badan 
kebajikan.
Daripada perbualan itu dapat saya maklumi bahawa sebahagian besar mereka kurang berminat dengan politik dan kecewa dengan tingkah laku individu politik. Mereka jadi keliru kerana politik kita seperti sudah tidak ada paksi dan hala tuju jelas. Politik kita jadi sangat tidak bermoral dan tidak berpertaruan dalam pemainannya. 

Justeru masing-masing menaruh harapan besar agar suasana dan pendekatan politik kita diperbaiki dan individu politik perlu lebih bertanggungjawab dan berintegriti. Bagi mereka, apa yang berlaku telah mencacat dan melemahkan tunjang hakikat politik demokrasi. 

Rata-rata berpendapat nilai politik kita sudah jatuh dan kepercayaan kepada individu politik juga tidak setinggi dan seghairah dahulu. Mereka sudah hilang rasa kagum dan hormat kepada orang politik. Bagi mereka tidak ada pengecualian, semua orang politik sama baik mereka dari golongan agamawan, akademik, professional dan sebagainya, sebab semua terikut dengan nalui dan nafsu politik kebendaan masa kini. 

Orang yang mereka anggap ada integriti dan berakhlak selama ini turut sama terpalik dengan arang dan serakah politik. Paling lantang mereka menzahirkan kekesalan apabila orang politik menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik. Walhal itu hanya omong kosong dan modal politik murahan semata-mata.

Apabila diselidiki semua perubahan ini berlaku kerana perubahan dan tragedi yang menimpa dalam politik negara sejak 2018, ekoran tumbangnya kerajaan Umno - Barisan Nasional (UBN). Walaupun kerosakan ini sudah ada sebelum ini, tetapi kejatuhan kerajaan BN menjadi faktor utama yang ditokok pula dengan kejatuhan kerajaan PH yang dicoplok secara khianat oleh rakan sendiri pada 2020 menyebabkan kerajaan PH bertahan 22 tahun sahaja.

Mulanya orang ramai menanti dengan optimis mahu melihat hasil dan perubahan kerajaan PH itu, tetapi gagal kerana ia dikhianti. Mereka mengira kerajaan baru akan membawa aspirasi baru. Tidak cukup itu, baharu 17 bulan kerajaan PN yang dibentuk menggantikan kerajaan PH, ia juga musnah apabila muncul pula lanun membentuk kerajaan Keluaraga Malaysia yang dilihat sebagai kembalinya semula UBN menguasai negara.

Hasil penelitian dan pengamatan saya kepada tinjauan secara tidak langsung itu memberi konklusi berikut terhadap penerimaan orang kepada politik hari ini dan kesannya kepada sistem demokrasi.

1. Orang ramai hilang kepercayaan kepada parti politik. Bagi mereka semua parti-parti politik sama sahaja. Idealilisme dan matlamat perjuangan bukan lagi keutamaan sebaliknya hanya tinggal dalam perlembagaan dan dijadikan slogan retorik semata-mata bukan sesuatu yang akan diperjuangkan seperti mana dijanjikan. 

Mana-mana wawasan dan janji politik pula luput bersama manifesto yang dijanjikan semasa kempen, tidak sampai 30 peratus apa dijanjikan dilaksanakan. Lantaran itu mereka menganggap tidak ada parti yang benar-benar memperjuangkan gagasan parti serta mempertahan idealisme. Lantas itu mereka menghukum parti politik bukan lagi instrumen yang baik untuk negara. 

Kejadian lompat parti kerana mengejar pangkat dan kedudukan, mereka mengira telah memusnahkan kemurnian nilai dan erti politik selama ini. Justeru mereka menganggap mereka tertipu dan dipermainkan dengan golongan politik. Orang politik termasuk wakil rakyat, adalah golongan munafik yang tidak boleh dipegang janji dan ucapan mereka. 

2. Kerana kecewa dan hampa dengan keadaan itu, maka untuk kali ini mereka akan membuat pilihan berdasarkan calon, tidak lagi berdasarkan parti atau idealisme. Mana-mana calon yang mereka kenal, ada integriti tanpa mengira warna parti diwakili, ada hubungan kekeluargaan atau kawan, mereka akan pilih sebagai wakil mereka. 

Ertinya mereka tidak lagi memilih berdasarkan calon diletak oleh parti, melainkan calon yang diletakkan itu sejajar dengan kriteria yang mereka tetapkan itu. Mereka akan memilih berdasarkan saksyiah calon berkenaan atau calon yang mereka kenal hatibudinya.  

3. Dalam menanti hasil pilihan raya akan datang, kebanyakan mereka tidak yakin akan ada parti atau gabungan akan berjaya membentuk kerajaan selepas piraum ke-15 nanti secara bersendiri. Semua gabungan tidak akan dapat simple majoriti untuk membentuk kerajaan. Mereka sependapat, mana-mana gabungan terkuat hanya mampu menguasai antara 50 hingga 90 kerusi sahaja. Jadi untuk membentuk kerajaan penggabungan antara dua atau tiga gabungan diperlukan.  

Mereka berpendapat piraum ke-15 adalah satu pilihan raya yng kritikal dan tidak memberi kemenangan mutlak kepada mana-mana parti atau koalisi. 

Berdasarkan pendapat itu keadaan politik negara terancam, hilang kredibiliti dan integriti. Keadaan itu juga akan mempengaruhi seramai 5.8 juta pengundi 18 yang pertama kali akan mengambil bahagian. Anak-anak muda atau undi 18 yang masih mentah dalam politik, tidak akan mengambil kira idealisme atau pun integriti parti dan individu politik, mereka akan bertindak mengikut trend dan memilih calon populis. Ini jelas, walaupun Najib Razak sudah divonis 12 tahun penjara dan didenda RM210 juta namun generasi muda masih tetap mengagung dan mengkultusnya sebagai boss.

Pemaduan sikap dan persepsi terkini orang ramai terhadap politik dengan sikap anak muda yang membuat pilihan berdasarkan trend dan populis sangat membahaya dan makin menjadikan politik kita hilang identiti dan terkeluar dari garis siasah yang kita harapkan yang bersendikan adat, budaya, kemanusiaan dan agama. [wm.kl. 9:22 am 08/07/2022]

No comments:

Post a Comment