Friday, September 9, 2022

Laporan polis oleh Dap terhadap Hadi tidak bijak

ULASAN 

KURANG bijak dan kurang untung. Itulah perkataan yang boleh diluahkan ekoran tindakan seorang
Adun Dap kerusi Seri Delima, Syerleena Rashid (foto) yang membuat laporan SPRM terhadap presiden Pas Abdul Hadil Awang kononnya presiden parti agama itu menerima wang hasil pengubahan wang haram RM90 juta.

Laporan Adun berkenaan dibuat berasaskan video Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang tular baru-baru ini, yang dikatakan “mengesahkan” dakwaannya bahawa Umno memberi rasuah RM90 juta kepada Pas untuk mendapatkan sokongan parti itu pada pilihan raya umum ke-14. 

Dari segi politik, laporan itu tidak memberi keuntungan pun kepada politik Dap apa lagi dalam konteks PH. Sebagai rakan dalam PH yang disertai parti berbagai kaum (Keadilan) dan parti alternatif Pas, (Amanah), laporan itu tidak memberi apa-apa keuntungan malahan boleh menjejaskan sokongan orang Melayu kepada kedua parti itu.

Politik persepsi yang diamalkan di negara ini tidak mudah untuk menyakini kejahatan Pas dengan laporan itu sebaliknya laporan itu menjadi back fire kepada PKR dan Amanah yang mana menyebabkan pengundi Melayu akan menjauhi kedua-dua parti itu.

Orang Melayu yang "jemeruk" atau "memeruk" dengan Pas tidak akan percaya dengan dakwaan Editor Sarawak Report lantaran itu usaha DAP itu akan dianggap sebagai satu perbuatan khianat, sengaja mahu memburukkan reputasi Pas.Dalam konotasi Melayu luar bandar mereka menganggapkan Dap sebagai parti anti agama dan Melayu. 

Jadi apabila Dap membuat laporan itu terhadap Hadi ia akan disuluh sebagai niat jahat Dap kepada parti Melayu, Pas ini menimbulkan cuak Melayu kepada Umno yang impaknya menimpa rakan Dap. 

Lagipun sebelum ini sudah ada laporan polis terhadap dakwaan Pas terima RM90 juta dan SPRM sudah pun memanggil oknum tertentu berhubung laporan kebejatan Pas itu, namun sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan undang-undang diambil terhadap Hadi atau mana-mana individu parti itu. Apakah Dap sengaja mengulang kerja sama menjelang pilihan raya untuk dijadikan modal?

Jadi apa dilakukan Adun Dap itu hanya ulangan kepada apa yang telah dilakukan sebelum ini dimana ia tidak memberi laba sebaliknya boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam kepada Dap. Bagi kita daripada cuba memberi imej buruk kepada presiden Pas itu, lebih baik Dap berusaha mematahkan persepsi atau tohmahan yang dilemparkan kepada parti itu sebagai parti ingin menerusi legasi Lee Kuan Yew daripada PAP.

Demikian juga tuduhan sebagai menguasai kerajaan PH selama 22 bulan perlu dituntaskan secara menyakinkan kerana tohmahan itu masih menyala dalam minda sesetengah Melayu dan menjadi api dalam sekam hingga sekarang. [wm.kl. 8:52 pm 09/09/2022]


No comments:

Post a Comment