MASALAH rasuah yang melanda negara dan sekaligus menyebabkan negara terkesan apabila dipandang buruk oleh dunia luar, antara kesannya, para pelabur berhati-hati untuk melabur terus mendapat perhatian Raja Nazrin Muizuddin Shah (foto) apabila baginda menekankan masalah rasuah tidak boleh dibiarkan dan mengibaratkannya sebagai barah.
Raja Nazrin Muizuddin Shah antara sultan yang kerap memperkatakan mengenai bahaya rasuah dan meminta ia diberi pehatian serius, jujur dan berani untuk menangani serta tidak berhelah.
Titah baginda, rasuah sudah menjadi sesuatu yang membantutkan pertumbuhan ekonomi negara seraya baginda menitah semua pihak hendaklah memandang berat tentang rasuah.
Kata baginda jangan tunggu rasuah menjadi barah atau menjadikan ia sebagai gajah di hadapan mata.
Baginda meluahkan pandangan itu ketika bertitah merasmi buku Korupsi dan kemunafikan dalam politik Melayu oleh sarjana M Kamal Hassan di Shah Alam semalam.
Bagi menggambarkan keparahan indeks rasuah negara, Raja Nazrin mengutip kedudukan negara dalam penilaian persepsi rasuah oleh Transparency International di tempat ke-57 dengan mencatat skor 52 skor pada tahun 2020 dan kedudukan ke-62 dengan skor 48 pada 2021.
Menurut baginda Malaysia kini tergolong dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50.
"Oleh yang demikian kita tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian, memikirkan segala justifikasi; bersilat dengan segala helah mahu menindakkan kewujudan gajah rasuah di hadapan mata,” titah baginda.
Bertitik tolak daripada keprihatinan dan kewalangan Sultan Perak itu parti-parti politik yang kini sedang bergulumang untuk memperolehi kuasa menerusi pilihan raya umum ke - 15 wajar menyediakan pelan khas menyeluruh untuk membasmi rasuah.
Menurut baginda Malaysia kini tergolong dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50.
"Oleh yang demikian kita tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian, memikirkan segala justifikasi; bersilat dengan segala helah mahu menindakkan kewujudan gajah rasuah di hadapan mata,” titah baginda.
Bertitik tolak daripada keprihatinan dan kewalangan Sultan Perak itu parti-parti politik yang kini sedang bergulumang untuk memperolehi kuasa menerusi pilihan raya umum ke - 15 wajar menyediakan pelan khas menyeluruh untuk membasmi rasuah.
Parti politik harus menjadikan pembenterasan rasuah sebagai agenda penting dalam usaha untuk mendapat mandat rakyat bagi menubuh kerajaan selepas Piraum ke-15 nanti. Biarlah mandapt diberikan nanti mencerminkan ketegasan dan keseriusan untuk membendung rasuah.
Parti politik yang mengambil bahagian dan berhajat untuk membentuk kerajaan Malaysia selepas ini perlu menyediakan pelan khusus yang jelas bagi membendung kebejatan rasuah. Parti politik diharap tidak lagi beretorik dan berslogan untuk membendung rasuah seperti mana retorika dalam aspek-aspek lain seperti sosial, ekonomi, pelaksanaan hukum Islam atau mengurangkan kadar pengangguran.
Dalam masa sama juga rakyat (pengundi) perlu bijak untuk memilih parti bagi membentuk kerajaan di masa akan datang. Pilihan biarlah dibuat berdasar agenda yang disiapkan khusus untuk membendung rasuah. Sekiranya semua parti memasukkan agenda rasuah dalam manifesto mereka, pilihlah yang lebih boleh diyakini.
Pilihlah parti yang membariskan kepimpinan yang berintegriti, berpengetahuan dan mempunyai azam dan iltizam yang tinggi ke arah itu serta mempunyai rekod bersih.
Untuk mencapai hasrat ini pengundi tidak perlu memilih parti mengikut kaedah lama, yakini terus bernostalgik dengan masa lampau, atau mengambil kira sejarah sesebuah parti atau pun berasaskan sentimen yang tidak mampu untuk membawa negara keluar daripada gejala rasuah seperti sentimen agama dan bangsa.
Langkah terbaik ialah meneliti sejauh mana parti yang bertanding nanti mempunyai kredibiliti dan iltizam untuk mencegah rasuah serta mereka yang berprinsip.
Mungkin parti yang telah ada rekod dimana pemimpinnya atau pegawai didakwa atau dipenjara kerana kesalahan rasuah tidak sesuai atau layak diberi perhatian apa lagi diangkat sebagai kerajaan. [wm.kl. 6:54pm 22/09/2022]
No comments:
Post a Comment