Thursday, November 24, 2022

Anwar PM ke-10

ULASAN 

Anwar Ibrahim angkat sumpah
sebagai PM ke-10.
 
AKHIRNYA penantian selama lebih 20 tahun Anwar Ibrahim untuk dinobatkan sebagai perdana menteri tercapai hari ini. Yang dipertuan Agong Al Sultan  Abdullah Riya'tuddin al Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk melantik Anwar. 

Perkenan itu dianugerahkan selepas Yang diPertuan Agong mengadakan persidangan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara untuk pemakluman dan mendengar apa-apa pandangan bagi menjamin perkenan itu sempurna.

Penantian dan kemelut pascara Piraum ke-15 berakhir hari ini apabila Anwar telah dijemput untuk mengangkat sumpah memberi janji memegang jawatan dan melindungi rahsia jam 5:00 petang. Upacara itu sudah selesai dengan selamatnya. 

Dengan berakhirnya penantian ini dan Anwar selamat mengangkat sumpah berakhirlah kemelut politik berlaruan selama empat hari. Walaupun proses itu rumit mendebarkan namun Alhamdulilah ia berakhir dengan baik. 

Konsensus untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan membabitkan BN, dan parti-parti bakal menjelma di bawah pimpinan Anwar. Itulah yang terbaik dalam keadaan negara masih bergelumang dengan pelbagai masalah khsusunya ekonomi dan masalah kenegaraan lain yang ditinggal kerajaan terdahulu. 

Cabaran besar menanti Anwar untuk menangani semua masalah negara masa kini. Pembentukan kabinet dan kerja sama semua pihak sangat penting bagi menjamin negara keluar dari kemelutan yang ada kini. Hendaknya tidak ada lagi mana-mana golongan bertindak menjadi anasir pengacau dan keputusan pilihan raya dan perkenan Yang diPertuan Agong melantik ahli Parlimen Tambun itu perlulah diterima tanpa prejudis. [wm.kl.5:46 pm 24/11/2022]

No comments:

Post a Comment