Friday, November 11, 2022

Kebangkitan rakyat Kelantan makin menyerlah

CATATAN

Anwar, Husam dan lain-lain mengaminkan
doa dibaca Haji Mokhtar.
NEKAD dan semangat rakyat Kelantan untuk melakukan perubahan di negeri ini terserlah malam tadi apabila ribuan rakyat Kelantan keluar hadir ke majlis himpunan bersama pengerusi PH Anwar Ibrahim di beberapa lokasi. 

Walaupun cuaca buruk di Kelantan ketika ini, hujan lebat turun sepanjang hari yang akan membawa banjir, namun ia itu tidak sedikit pun menghalang orang ramai hadir. Semangat berkobar-kobar untuk merubah Kelantan melawan segala kesulitan itu. 
Semua majlis himpunan yang diadakan petang dan malam semalam dipenuhi orang ramai, mereka seolah-olah tidak memepdulikan fenomena alam itu dan sekaligus mencabar pihak yang menetapkan pilihan raya diadakan di musim tenkujuh. Bahawa strategi mengadakan pilihan raya dalam bah tidak melemahkan semangat mereka.  

Di bawah khemah penuh sesak.
Majlis jelajah presiden bermula di Machang kemudian Tanah Merah di sebelah petang. Manakalah ia berakhir di majlis Gerakan Rakyat Pasir Mas. Sebaik tiba di lapangan terbang Anwar terus bergegas ke Machang dan Tanah Merah. 

Di Machang dan Tanah Merah beliau disambut ribuan rakyat yang hadir untuk memberi sokongan kepadanya sebagai perdana menteri. Anwar diiringi calon PH di kerusi Machang Dr Rosli Alani dan calon PH di Tanah Merah Supardi Muhammad Nor. 

Himpunan di Machang adalah himpunan "membalas dendam" oleh rakyat yang tidak sempat bersua muka dengan Anwar pada kunjungan pertama ke Kelantan Khamis lalu selepas sehari penamaan calon. Dalam kunjungan minggu lepas beliau yang dijadualkan berucap di Macahang tidak sempat hadir kerana kesuntukan masa. 

Justeru kehadirannya petang semalam, sebagai memenuhi kedahagaan rakyat Machang untuk mendengar pidato presiden PKR itu dan bersua muka serta berselfie dengannya.

Kehadiran di Machang memberangsangkan sekali. Masyarakat Tionghua di bandar Machang keluar beramai-ramai untuk mendengar ucapan Anwar. Masyaraat Tionghua di Macahang khabarnya memberi sokongan padu terhadap Dr Rosli. 

Demikian juga di Tanah Merah sambutan juga sama hebat dengan apa yang berlaku di Machang. Di Tanah Merah paling ketara yang menanti dan menunggu Anwar ialah kaum wanita. Hanya berhenti rehat untuk solat Maghrib dan Isyak sekejap, sebelah malam Anwar menyambung misi jelajah Kelantan dengan bergerak dari Tanah Merah menuju ke Bachok, bagi menemui masyuarakat di sana. Selepas Bachok beliau menghadiri program Jelajah Presiden di kawasan parlimen Pengkala Chepa sebagai meraikan calon PH di Dr Hafizah Mustakim yang bertanding di kerusi Kota Bharu. 

Sambutan di sini berkali ganda berbanding daripada di Machang dan Tanah Merah. Kehadiran ramai ini menunjukkan masyarakat bandar tidak ragu-ragu untuk memberi sokongan kepada agenda PH sekaligus merubahkan kerajaan Kelantan. Pengkalan Chepa sebagai rekod, kubu kuat Pas sejak tahun 1960.  

Tekun dan asyik mendengar pidato Anwar.
Di dalam kawasan kubu kuat Pas ini, Anwar diberi sambutan luar biasa dimana kehadiran orang ramai lebih tiga ribu.  

Destinasi akhir beliau ialah di Pasir Mas, sebagai kemuncak segala himpunan. Kehadiran di sini sangat memberi gambaran kesediaan PH untuk melakukan kejutan di Kelantan sekali gus ia memukul jumlah kejadiran di empat lokasi. 

Walaupun di Pasir Mas hujan lebat turun sejak pukul 9:45 malam, tetapi ia sedikit pun tidak menghalang orang ramai hadir. Seluruh khemah yang mampu memuatkan 2,000 penuh sesak melimpah hingga ke luar. Keadaan melimpah hingga ke tepi jalan raya. Orang ramai berteduh di sepanjang koridor di jalan raya. Anggaran jumlah di Pasir Mas lebih 4,000. 

Ketika calon Pasir Mas, Husam Musa berucap sementara menanti ketibaan Anwar, hujan berserta angin menyelubungi Pasir Mas dan membaham khemah tempat berhimpun di perkarangan setesen keretapi (KTM) Pasir Mas. Satu ketika lampu padam menjadi keadaan sedikit kelam kabut dan kipas syiling bergoyangan membahayakan keadaan. 

Orang ramai ambil peluang merakam
detik bersejarah dengan Anwar.

Hujan yang turun seperti mengabulkan doa dan permintaan musuh-musuh dan mereka yang benci PH, Anwar dan Husam. Pun begitu ia tetap dianggap rahmat kerana secara tidak langsung ia dapat menguji sejauh mana kegigihan dan semangat para hadirin. 

Huan lebat menyebabkan sebahagian dalam kehemah ditakungi air menenggelamkan kaki setengah yang hadir. Namun itu tidak menjadi masalah, tidak ada seorang pun melarikan diri meninggalkan majlis itu. 

Peristiwa sebegini jarang berlaku dan saya terkenang sewaktu di era Mohd Asri Muda. Pendengar tidak akan lari dan berganjak daripada mendengar pidato Asri walaupun hujan membasahi baju dan seluar mereka. Nah, begitu jugalah suasana malam tadi apabila dengan semangat luar biasa, Husam memberi pidato kepada hadirin. Kritikan dan teguran Husam kepada kelemahan kerajaan negeri menyebabkan orang ramai leka dan tidak mempedulikan suasana hujan lebat dan tipuan angin. Seraya itu kedengaran laungan Undi Husam.. Undi Husam...

Kerana hujan dan berlaku kesesakan jalan raya, perjalanan Anwar dari Pengkalan Chepa ke Pasir Mas tergendala. Anwar sedikit lewat tiba namun orang ramai sabar menantinya. Sebaik ketibaan Anwar kira-kita jam 11: 16 malam bergemalah lauangan reformasi, Kita Boleh, Undi Husam dan dan juga lagu pengenalan, Aduh Malaysia nyanyian Altimid dimainkan.

Anwar menyantun rakyat dengan turun 
dari pentas. 
Orang rami mengermumi dan berpusu-pusu untuk bersama dengan Anwar. Anwar cuba melayani orang ramai tetapi kerana keadaan sesak beliau terus ke pentas. Dari pentas beliau cuba turun lantaran melihat orang ramai yang ingin bersalaman dengannya, tetapi tidak dapat dilakukan kerana keadaan orang ramai yang makin ghairah.

Anwar terus diberi tepukan dan sorakan dan suasana malam tadi seolah-olah PH sudah menang di 112 kerusi dan sudah berjaya membentuk kerajaan tanpa berkolaborasi dengan mana-mana gabungan. Aksi dan suasana Anwar yang bergambar sambil menjulang tangan Husam dan yang lain-lain memberi isyarat bahawa PH akan menang besar.  

Lautan manusia di Pasir Mas.
Sambutan dan semangat orang ramai khsusnya di Pasir Mas itu mengkagumkan. Mereka yang hadir terdiri dari berbagai golongan, kakitangan kerajaan, warga emas berkerusi roda hingga kepada anak-anak muda yang mengenakan baju merah tertulis Harapan akan mengundi pertama kali. 

Mereka yang hadir tidak lagi mempedulikan apakah isu yang dibawa oleh Anwar dan apakah isu atau bahan ceramah pihak lawan memburukkannya. Yang penting dan terpampang di wajah setiap yang hadir ialah mereka mahukan Anwar jadi perdana menteri dan Husam menang di Pasir Mas. Mereka yakin kalau Husam menjadi wakil mereka, banyak perkara dilunaskan.  

Lauangan Anwar PM, Anwar PM terus bergema mengiringi titik hujan yang jatuh menimpa khemah seolah-olah ikut sama menyorak dan memberi sokongan kepada Anwar dan PH.

Mereka tidak pedulikan hujan di luar.
Anwar sendiri dilihat bersemangat lain macam. Beliau sedikit pun tidak menunjukkan penat atau lelah walaupun sepanjang hari menemui rakyat di seluruh negara. 

Saya lihat Anwar sudah jadi seperti sebuah mesyen yang bergerak walaupun tidak ada engeri, minyak atau bateri. Beliau bergerak dan bangkit dengan semangat dan rakyat yang mneyokongnya sebagai energi buatnya.

Bayangkan beliau perlu hadir dan menyampikan ucapan di lima lokasi yang jaraknya antara satu lokasi ke lokasi antara 20km hingga 35km. Kekuatan yang ada kepada bakal PM ke-10 itu menakjub dan mengkagumkan. Dan beliau lakukan itu semua bukan untuk dirinya melainkan kerana insaf dan bertanggung jawab untuk menyelamatkan rakyat dan negara. 

Orang ramai melimpah hingga
ke atas jalan raya di Pasir Mas.
Kesimpulan yang dapat saya rungkaikan di sini, kehadiran bapak Refromasi ke Kelantan selepas enam hari berkempen, telah berjaya memecahkan ketepuan minda sesetengah rakyat Kelantan yang masih menganggap kerajaan Pas Kelantan terbaik dan Islamik. 

Ucapan dan penjelasan Anwar dan Husam telah merasionalkan pemikiran dan fahaman mereka agar menerima politik itu sebagai suatu wadah perjuangan bukan sebuah agama yang perlu berpegang dengan hukam-hukum dan peraturan yang tidak boleh dirubah. 

Tanpa disedari malam tadi dua orang ustaz dan tokguru juga turut hadir memberi sokongan dan semangat kepada Husam dan PH. Mereka ialah Tuan Guru Haji Mokhtar merupakan murid terulung Tokguru Haji Abdullah Lubuk Tapah, dan seorang lagi ustaz muda Khairul Ikhwan yang juga menantu kepada Siti Zailiah Yusuf bekas ahli parlimen Rantau Panjang. 

Konklusi dengan lawatan Anwar semalamn, saya menjangkakan sekurang-kurangnya akan berlaku perubahan pengisian jawatan untuk empat atau lima kerusi parlimen di Kelantan. Di sini saya tidak mahu menyebutnya terlebih dahulu, cuma memberi gambaran atas keyakinan berdasarkan pengalaman mengikut perkembangan politik, sekurang-kurang Pas akan kehilangan dua atau tiga kerusi parlimen yang dimenangi sebelum ini. 

Kenapa perubahan itu akan berlaku tentulah kerana rakyat yang sudah muak, loya dan hendak muntah dengan cara dan gelagat Pas mentadbir negeri Kelantan Darunaim serta para pemimpinnya yang merajakan kepada tembolok. [wm.kl.8:32 am 11/11/2022]

Keadaan orang ramai melimpah ruah dari bawah khemah ke luar.



No comments:

Post a Comment