Saturday, January 28, 2023

Pemecatan ahli, keberanian Zahid

 SESUDAH SUBUH

Khairy, Hishammudin dan Razlan
antara dipecat dan digantung. Foto: FMT
PARTI Umno telah mencatat sejarah hitam terbesar semalam sejak penubuhannya 77 tahun lampau apabila memecat ratusan ahlinya termasuk empat pemimpin tertingginya. 

Tindakan itu diambil untuk membersihkan parti berkenaan daripada anasir yang mengkhianti parti yang dianggap keramat selama ini, apabila cuba melakukan sabotaj dan pengkhianatan kepada parti.

Empat pemimpin tertinggi terbabit dengan tindakan itu dibuat dalam mesyuarat MT Umno malam tadi; mereka adalah bekas Ketua pemuda Khairy Jamnaluddin Abu Bakar yang dipecat  terus daripada parti.

Yang lain ahli MT Umno Noh Omar yang mulanya digantung selama enam tahun tetapi turut sama dipecat apabila beliau "memohon" jasa baik Umno agar memecatnya terus dan permohonan itu direstui.

Pemimpin lain yang dikenakan tindakan digantung enam tahun, bekas Pemangku Ketua Pemuda yang juga bekas Nib Presiden Hishammmudin Hussein Onn, Naib Ketua Pemuda Shahril Hamdan Suffian, bekas Adun Tiram Mulizan Bujang dan bekas ahli Parlimen Jempol Salim Sharif. Lain-lain turut terbait ialah, lima ahli Umno Pasir Guang, sembilan ahli Umno Putrajaya, dua Tanjung Karang dan 26 ahli Umno dari Pahang. 

Mereka didakwa melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjadi calon bebas dalam pilihan raya lalu.

Pengerusi Umno Johor yang juga bekas MB Hasni Mohamad juga terbabit dengan tindakan itu apabila digugurkan sebagai pengerusi Umno Johor tempatnya diganti Khaled Nordin. 

Seingat saya tindakan dibuat Umno semalam sejarah sepanjang penubuhan parti bernuansa Melayu itu. Sebelum ini Umno juga telah memecat bekas bekas Setiausaha Agungnya Annuar Musa dan menggantung beberapa ahli yang sekongkol dengan bekas ahli Parlimen Ketereh itu. Belum pernah Umno mngambil tindakan memecat ahli atas tujuan pembersihan secara beramai-ramai begitu. 

Pada tahun 1987 Umno telah terbelah dua apabila tema B yang diwujudkan semasa perlawanan merebut jawatan prsiden Umno antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan Dr Mahathir Mohamad kemudian bertindak menubuhkan parti Semangat 46 bagi menentang Umno dan Dr Mahathir. 

Bagaimana pun tindakan mereka ketika itu bukan atas sifat mereka dipecat daripada parti, sebaliknya kerana Umno diisytiharkan sebagai tidak sah.

Peristiwa permecatan ratusan ahli malam tadi adalah satu sejarah buat Umno. 

Tindakan itu seprtti mana diramalkan sejak awal sesuatu yang berat dilakukan Umno khasnya presiden Zahid Hamidi tetapi terpakasa dibuat untuk menyelamatkan Umno dan juga kerajaan Perpaduan. Keutuhan kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada kehormonian dalam Umno. Tindakan itu bolehlah disifatkan ia dibuat mengikut usul fikh dimana sedia menghadapi mudarat kecil demi mengelakkan mudarat lebih besar.

Jika para anasir itu dibiarkan dalam Umno ia berpotensi untuk mencelarukankan parti itu dengan tindakan mereka lebih mementingkan kepuasan dan sahwat politik daripada kepentingan parti dan negara. 

Pucuk pimpinan Umno perlu menggambil tindakan itu apabila mereka yang dipecat itu disifat sebagai ansir boleh mencemar dan menimbulkan masalah kepada Umno. Tanpa menghuraikan lanjut sebab musabab mengapa mereka dipecat, setiap individu terbabit tahu dan mengerti serta merasa wajar mereka dipecapat. 

Justeru mereka tidak perlu bersoal dan mengungkitkan termasuk mempertikaikan iakan apakah pemecatan mereka itu mnggunakan undang-undang rimba atau hantu. 

Syabas kepada Zahid Hamidi atas apa yang berlaku. Meskipun beliau berat untuk menyaksikan keadaan itu berlaku dalam Umno ketika beliau menjadi presiden, tetapi itulah cara terbaik untuk beliau selamatkan parti. 

Persoalan kini ke manakah arah dan tuju mereka yng dipecat itu? Sebagai orang politik tidak mungkin mereka mendiam diri, sebaliknya akan terus bangkit sekurang-kurangnya untuk memuaskan hati sendiri. Di sini untuk masa ini saya tidak sedia mengulas dan membaca nasib politik mereka. Cuma apa yang ingin ditegaskan mereka tidak akan mendiamkan diri. Kalau pemecatan itu sesuatu menyakitkan mereka pasti akan berusaha mengubati diri mereka. 

Sebagai orang politik yang dinamik dan di dalam dirinya ada nafsu mereka akan tetap hidup dan berusaha untuk memasarkan diri mereka. 

Khairy Jamaluddin mengulas pemecatannya mengatakan dia setia dengan Umno dan tidak kecewa, tidak tunduk dan tidak terkesan. Kata-kata itu menggambarkan jiwa besar dan keegoaannya sebagai ahli politik. Dengan memahami sifat dan keperibadian Khairy beliau pasti akan melakukan sesuatu dengan tindakan itu. Saya akan cuba memberi pencerahana di masa lain. 

Cuma apa hendak disebut disini, mereka yang terbabit itu sekiranya sudah hilang kecintaan kepada Umno, ada ruang terbuka luas di luar sana. Jika mereka diibaratkan ikan, ada kolam dan lopak untuk mereka meneruskan kehidupan meskipun kena bernafas dalam lumpur. Mereka boleh menyertai Bersatu, atau Pas atau pun bergabung dengan rakan mereka yang lebih awal dipecat, Annuar Musa bagi menggerakan Ngo Mufakat Nasional (MN) untuk menukarnya menjadi parti politik. 

Parti-parti Bersatu dan Pas atau Gerakan akan mengetuk pintu kalbu mereka, memberi salam untuk bnersama mereka. Apakah mereka sedia menyambutnya terserah kepada mereka. Pokoknya di luar sana ada kolam dan lopak untuk survival mereka. [wm.kl. 9:04 am 28/01/2023] * tanpa edit. 



No comments:

Post a Comment