Friday, February 17, 2023

Retak itulah keindahan gading

Jelang 100 hari Anwar jadi PM

Anwar melawat gempa bum d Turkiye. 
Foto: Bernama.
TIGA hari lagi genap100 hari Anwar Ibrahim jadi perdana Menteri. Sebaik sahaja beliau angkat sumpah jadi PM ke-10 pada 24 November 2022 lalu, maka detik, minit dan jam seterusnya meletakkan beliau dalam perhatian umum. Beliau berada dalam mata publik. Semua mata dan telinga rakyat negara ini khasnya dari pemerhati politik apa lagi pihak pembangkang tidak berkelip memerhati setiap tindak tanduk dan kata-katanya.

Semua aksi, cakap dan perbuatannya menjadi sorotan dan diulas menurut persepsi masing-masing. Pasti mereka atau golongan yang mendokong dan taksub kepadanya melihat semua tindak tanduknya sebagai baik dan ideal. Sebaliknya yang menjadi seterunya, semua dilihat tidak kena, cacat dan sumbang.

Perubahan dan pendekatan yang dilakukan, dilihat sebagai satu pembaharuan dan reform yang bersadarkan iltizamnya untuk mengubah sistem pentadbiran negara ke arah integriti dan pola kehidupan rakyat negara ini dinamik. Baik dari segi perekonomian, pentadbiran, gaya bekerja, hidup, berpakaian, kelestarian, sistem perundangan dan parlimen serta sebagainya. Ia sedangg menghala ke jalur yang objektif. 

Berlainan bagi pembencinya, beliau dicemuhi, diejek, dipersenda sebagai retorik dan bersandiwara. Misalnya, usahanya membentuk masyarakat Malaysia menjadi komuniti Madani, yang berlandaskan kepada ketamdunan ulung Islam, dikeji sebagai ia satu penipuan. Masyarakat atau konsep dan dasar Madani yang diwacanakan itu kononnya tidak mengikut Madani sebenarnya. Saking bencinya sampai ejaan Madani kononnya tidak ikut versi Arab. Maka Anwar dituduh penuh keji dan sadis sebagai cuba menipu dunia. Dahsyat. 

Nah, begitulah betapa bencinya penseteruan Anwar kepadanya sehingga sanggup mencemuh dan berkata demikian. Sanggup dan tergamak membuka hadith dan mentafsir al-Quran dengan memberi pemahaman baru bersifat politik jahiliyah dan penuh dendam kesumat. Hilang kewarasan sebenar.

Ayat-ayat al-Quran dan hadith yang dipakai semasa bersama sebelum ini tiba-tiba tidak relevan atau “termansuh” apabila berada di sempadan ideologi politik berbeza. Demikian teruknya cara kita berpolitik dan membiarkan diri ditunggang nafsu atau amarah siasah. 

Dalam tempoh 93 hari Anwar jadi PM, sudah terhitung beberapa pembaharuan atau pendekatan yang diambilnya sangat progresif dan menakjubkan. Ia berbeza dan berlainan dengan apa yang berlaku atau dilakukan di era kepimpinan sebelum ini. Jika diteliti satu persatu walaupun masa itu relatif pendek, tetapi ia sudah menunjukkan dampak yang baik. 

Ia mengarahkan kepada pelaksanaan atau pemancuan kerajaan yang prihatin kepada nasib bangsa rakyat, kerajaan sedarhana dan bergerak mengikut kemampuan yang ada. Dalam kata lain, kerajaan yang penuh realiti dan keinsafan. Integriti dan tatakelola yang baik sangat ditekankan untuk keluar dari tempurung kekolotan sejak berdekad lampau.

Misalnya Anwar menegaskan sepanjang pentadbirannya beliau tidak akan menumpukan kepada pembangunan fizikal, tidak ada mercu tanda baru yang tinggi menjulang langit. Sebaliknya beliau akan lebih kepada membela nasib rakyat dan membangun kemanusiaan. Dalam erti kata lain beliau ingin membangun jiwa dan diri manusia, memerdeka dan mendaulatan keinsanan rakyat. 

Ini konsep yang berbeza dengan naluri dan cita-cita pemimpin sebelum ini yang menerkam (obses) kepada pembangunan fizikal sehingga lupa kepada pembangunan insaniah yang natijahnya membina kebobrokan dalam pentadbran dan sosial. 

Secara kasar dalam tempoh hampir 100 hari ada beberapa perubahan ketara dilakukan perdana menteri ke-10.

Antarantaya:

1. Mengambil langkah penjimaatan di Kementerian dan Jabatan.

Tidak ada pengubahsuaian pejabat dan juga pembelian kereta (kenderaan) baru untuk menteri dan timbalan menteri. 

Sebuah kereta Marcedez baru yang telah ditempah zaman PM lalu dibatalkan. Langkah ini boleh menyelamatkan wang rakyat. Sebenarnya langkah penjimatan ini dimulakan dengan pembentukan jemaah kabinetnya yang kecil berjumlah 25 orang menteri berbanding sebelum ini mencecah 32 menteri. 

Pengecilan jemaah menteri itu telah dapat menjimatkan banyak wang rakyat.

2. Menangguhkan segala projek mega yang diberikan secara runding terus dan dibuka semula tander secara terbuka atau terbuka. Kerana polisi ini kerajaan dapat menyelamatkan berbillion ketirisan wang kerajaan. Sebagai contohnya projek tebatan banjir bernilai RM15 billion apabila dibuka tander terpilih ia dapat menjimatkan RM1.8 billion. 

Begitu juga projek dibawah Jana Wibawa bernilai RM5.7 billion diarah ditangguhgkan untuk meneliti semula perlaksanaan projek itu apakah ia mengikut peraturan atau tidak. Diragui tander projek itu dibuat tidak telus. 

3. Berjaya meminta Bernas membantu petani. Atas kebijasaknaannya sebanyak RM60 juta Bernas sedia kongsikan keuntungan dengan para petani. Keuntungan konglomerat sedikit sebanyak dapat dikecapi oleh para petani hasil kebijaksanannya.

4. Memotong cukai taksiran kediaman di Puterajaya sehingga 30%. Rakyat B40 dapat merasai langsung akan keprihatinan Anwar oleh rakyat marhen. 

5. Memperkenalkan skim internet serendah RM5 untuk rakyat B40.

6. Menjadikan kediaman rasmi perdana menteri di Sri Perdana sebagai pusat pengilmuan untuk rakyat. Setiap minggu dianjurkan majlis ilmu berupa majlis wacana agama dan sebagainya diadakan di kediaman rasmi PM itu. Sri Perdana bukan lagi menjadi venue pertemuan para VVIP atau tetamu negara dengan PM, sebalik menjadi “residensi” rakyat marhen.

7. Memenuhi tuntutan dan desakan rakyat di Sabah dan Sarawak agar memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 (M63). Ia telah dimulakan dengan beberapa langkah, seperti mengembalikan hak kawal selia gas kepada Sabah serta menambah peruntukan untuk Sabah dan Sarawak sehingga RM300 juta.

8. Bantuan persekolah (BAP) ditambah daripada sebelum ini sebanyak RM100 kepada RM150. Walaupun kecil tetapi ia memberi maksud keperihatinan kepada nasib rakyat miskin.

9. Menurunkan tarif gas kepada 5 hingga 9% serta tidak membenarkan tarif eletrik dinaikan yang sebelum ini sudah dicadangkan agar dinaikan.

10. Menyalurkan bantuan untuk mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu sebanyak RM100 juta, dan lain-lain. 

11. Mewujudkan Menu Rahmah yang diuruskendalikan oleh kementerian Perdagangan Dalam Neger dan Sara Hidup untuk rakyat B40 dengan skim ini rakyat telah mendapat faedah dan mengecapi kerahaman kerajaan Perpaduan secara langsung. 

Selain itu banyak lagi perubahan ataupun bantuan untuk rakyat diperkenalkan sebaik beliau jadi PM. Secara umumnya Anwar menumpukan kepada kepentingan rakyat, memastikan tidak berlaku rasuah megelakkan negara terus kehilangan wang. 

Dalam soal ini beliau sesekali tidak membenarkan kegiatan mengutip habuah dari kalangan orang politik atau pegawai kerajaan dengan menetapkan kos tambahan terhadap sesuatu projek dan juga melarangkan amalan menerima hadiah.

Dalam pada itu beliau beriltizam untuk mengembalikan dana negara yang telah dicuri dan dipunggah oleh pemimpin negara tertentu yang bernilai cecah ratusan billion ringgit. Langkah kerajaan bawah pimpinannya menyiasat pemimpin yang disebut menyembunyikan wang yang disembunyikan di luar pesisir seperti didedahkan dalam laporan Pandora  Papers menunjukkan iltizam dan ketegasan beliau tidak berkompromei dengan penyangkat wang negara. Setakat ini bekas Menteri Kewangan di era Dr Mahathir Mohamad jadi PM telah pun disiasat ekoran laporan Pandora Papers itu.

Bagi mereka yang terbuka atau tidak membenci Anwar boleh membandingkan apa yang dilakukan Anwar itu dengan apa dilakukan PM sebelum ini. Mereka yang waras menerima baik pendekatan atau dasar kerajaan diperkenalkan Anwar. Tetapi kenapa di celah-celah itu ada suara sumbang yang mempertikaikannya? Beberapa pembaharuan atau langkah agresf demi kebaikan rayat dilakukan Anwar sebenarnya boleh mengambus sedikit kesilapan beliau lakukan seperti melantik Nurul Izzah sebagai penashat ekonomi dan kewangan tempoh hari. Namun kerana kanta musuh hanya nampak kejahatan, maka itulah yang mereka tampak.

Sebagai manusia Anwar bukan seorang PM yang maksum. Tetapi perubahan, pendekatan dan janji awal beliau untuk diaplikasi dalam pentadbirannya sesuatu yang postif dan sedang dilaksanakan secara berperingkat. Mereka yang prejudis kepadanya ialah musuhnya. Mereka yang tidak dapat menerima karektor Anwar yang sepertinya. Sebenarnya karektor itu sifat semula jadi yang tidak perlu dijadikan ukuran dan perbandingan pun, apa lagi alasan menolaknya.

Apa yang ingin kita lihat hasilnya. Itu hakikatnya. Seperti pokok jika bentuk tumbuhnya tidak menyenangkan atau sekata dengan kehendak kita itu adalah kesemulajadian yang sukar dibentuk, namun yang penting di sini ialah buahnya; matang, manis, enak dan bergizi. Itu lebih penting.

Tidak dinafikan ada juzu-juzu tertentu ada yang tidak sempurna tertampang kepada diri Anwar, itu hal biasa. Tetapi sebagai manusia nisbinya beliau tetap ada cacat celanya seperti mana juga gading, betapa cantik dan utuh, tetapi retaknya tetap ada kerana retak itulah keindahan dan kesempurnaan sebagai sebatang gading. Apabila kita melihat Anwar sebagai hodoh, periksalah apakah objek yang terlihat itu hodoh atau mata kita sebenarnya yang cacat. [wm.kl. 1:41 pm 17/02/2023]

No comments:

Post a Comment