Wednesday, April 5, 2023

Parlimen: gelagak pembangkang masih mengecewakan

ULASAN

Anwar Ibrahim semasa bentang Bajet 2023.
MESYUARAT pertama parlimen penggal ke-15 telah pun tamat semalam. Sidang bermula 13 Februari dan berakhir 30 Mac tetapi disambung dua hari hingga 4 April. Selain pembentangan Bajet 2023 beberapa Rang Undang-Undang sempat diluluskan.

Sidang kali ini memang menjadi tumpuan umum untuk melihat sejauh mana parlimen yang dalam era reform dibawah kerajaan Perpaduan ini berjalan. Umum mengharap parlimen penggal ke-15 ini berbeza dengan penggal sebelum ini khasnya sejak penggal ke-12 hingga ke-14 lalu.

Selain itu barisan pembangkang yang sebelum ini pernah menjadi kerajaan hasil projek "curitokrasi" terdiri daripada wakil-wakil yang hebat menyebabkan ia diharap ada perubahan positif. PN menguasai parlimen dengan 74 orang anggota. 

Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) dan juga Pas mendominasi dean selau pembangkang sejak beberapa penggal. Parlimen ke-15 ini adalah dilihat berbeza "konsikuans" berbandng sebelum ini, justeru ia diharap berlaku perubahan.

Justeru sesuatu perubahan dan pembaharuan diharap menjelma sekaligus merubah tempo demokrasi Malaysia. Parlimen diharap mempersembahkan sesuatu yang baharu dan ahli parlimen akan menampilkan kualiti serta keperibadian luar biasa serta cuba menjadikan dewan itu sebagai dewan mulia tempat menggubal undang-undang demi kesejahtraan rakyat dan negara bukan sebagai padang politik sempit. 

Sidang tentu tidak seperti dahulu yang riuh randah dengan sikap dan gelagat ahli parlimen yang bertengkar dan bertikam lidah dengan pihak kerajaan mengenai isu-isu "sepele" dan dangkal. Sebelum ini adakalanya suasana dan parlimen seperti dalam pasar riuh randah dan membosankan. Mereka yang ke parlimen untuk melihat persidangan kecewa dengan apa yang berlaku.

Setelah berlangsungnya mesyuarat pertama itu, apa diharapkan tidak seperti diimpikan. Namun nampaknya apa diharapkan itu tidak menjadi kenyataan. Masih ada watak, perangai ahli-ahli parlimen di musim dahulu mencelit dalam parlimen kali ini. Ada yang mewarisi perangai ahli parlimen sebelum ini. Apa lagi ada saki baki ahli parlimen dahulu masih diberi tempat dalam pilihan raya membolehkan mereka meneruskan budaya brutal dan menjadi idola pula oleh yang baru.

Badi ahli parlimen dahulu yang bertindak macam orang sawan dan kerana seperti kera kena belacan masih diwarisi beberapa ahli parlimen penggal ke-15 ini.

Pembangkang terutamanya yang diharap bertindak lebih professional mengecewakan. Pembangkang gagal menampilkan mereka selaku block yang professional dan berusaha untuk meletakkan parlimen sebagai dewan legislatif semulia-mulianya. 

Malahan dari sesetengah aspek, perangai beberapa kerat ahli pembangkang lebih teruk daripada sebelum ini. Isu-isu dibangkitkan lebih menyinis daripada membahas secara rasional untuk mencapai solusi baik demi rakyat dan negara. Boleh dikatakan setiap isu dibangkit dilakukan dengan penuh emosional yang tersimpan elemen dendam kesumat tidak sudah.

Isu-isu yang boleh dibincang dengan waras demi kepentingan rakyat dilakukan dengan penuh emotif. Sindir menyindir mengiringi setiap kali ucapan yang dilemparkan. Hatta sindiran dimula sebaik sahaja ahli parlimen menyebut soalan yang perlu dijawab. Sikap bertanggungjawab juga tidak ada, bila mana mereka melontarkan soalan tetapi tidak bersedia untuk mendengarnya tanpa tidak hadir atau berada di luar dewan.

Perbahasan atau apa dibangkitkan bukan untuk mendapat jawaban atau mencari penyelesaian, tetapi lebih kepada ingin mengena dan mengkritik pihak kerajaan. Sikap dan situasi inilah yang berlaku hampir setiap hari masa persisangan berlangsung. Kehadiran sesetengah ahli pembangkang ke parlimen juga tidak sampai 20 peratus pun. Mereka melupai tanggungjaab dan kewajiban hakiki sebagai ahli dewan.  

Jarang sekali sesuatu cadangan dikemukakan kerajaan diterima baik dan terbuka oleh wakil pembangkang. Malahan mereka membuat provokasi huduh sampai menghina dan menjatuhkan maruah diri sendiri. Misalnya konsep atau "projek" (idea) Menu Rahmah diperkenalkan kerajaan untuk membantu meringan beban golongan B40, ada wakil pembangkang mengejek program itu sebagai tidak berkualiti dan mendatangkan penyakit kanser atau autisme kepada rakyat.

Demikianlah begitu huduh sekali tanggapan pembangkang kepada program berkenaan. Walhal Menu Rahmah yang dipopularkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup, mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat dan juga para peniaga atau usahaan. Dengan ada program  berkenaan, semua pihak mendapat keuntungan dan manfaat daripadanya. Ribuan syarikat atau peniaga mendapat faedah dari program berkenaan. Namun itu dinafi oleh pembangkang hanya kerana dendam.

Tidak ada paksaan mana-mana untuk menaja program berkenaan. d dilakukan secara sukarela. Apabila berduyung-duyung menyertainya itu membuktikan mereka mendokong kerajaan Perpaduan.

Anwar jadi mangsa.

Ahli parlimen yang tidak habis-habis dikritik dan disinis ialah wakil Tambun Anwar Ibrahim. Apa yang dikemukakan oleh Anwar dikritik dari berbagai sudut untuk menunjukkan perdana menteri itu lemah dan semua dilakukan tidak kena. Misalnya konsep Madani yang dibawa oleh Anwar dituduh tidak Islamik dan ia istilah yang entah datang daripada mana. Konsep itu tidak lebih daripada retorik seorang Anwar Ibrahim semata-mata. Pembangang sengaja mencari istilah atau padanan konotasi buruk terhadap konsep Madani itu. 

Tuduhan dibuat terlalu rakus dan langsung tidak cuba menghayati apa yang berlaku dan dilakukan. Walhal konsep Malaysia Madani itu membawa perubahan jelas dan nyata kepada mereka yang tidak terlalu prejudis kepadanya. Dalam tempoh tidak sampai enam bulan, kita sudah dapat melihat perbezaan dan kelainan kerajaan Perpaduan berbanding kerjaan sebelum ini termasuk kerajaan PH terdahulu apa lagi kerajaan Perikatan Nasional.

Begitu juga dengan bajet dibentang Anwar yang bernilai RM338.1 billion dengan RM289.1 billion untuk belanja mengurus dan RM99 billion belanja pembangunan, banyak membantu rakyat tidak diterima dengan baik malahan ada yang menimbulkan kesangsian ia adalah retorik. Di luar dewan pula ada manusia gergasi yang mempertikaikan dari mana Anwar dapatkan wang. Mereka ini adalah yang membenci Anwar sejak lama dahulu dan terus merendahkan kebolehan dan kemampuan Anwar.

Saking jahatnya peruntukan diagihkan Anwar untuk negeri-negeri pembangkang tidak dinilai dengan baik dan waras, bahkan cuba mengelirukan kononnya kerajaan Perpaduan masih melakukan diskriminasi. Hakikatnya peruntukan untuk negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (yang dikuasi pembangkang) diberi peruntukan lebih tinggi berbanding dengan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.

Namun kerana terlindung oleh prejudis melampau realiti itu tidak nampak dan dinafikan. Kita harap pihak pembangkang mulalah belajar berpolitik secara rasional dan kurangkan rasa prejudis.  

Perlu disedari sikap dan pendekatan diambil pembangkang menentang kerajaan secara membuta tuli tidak menguntungkan golongan berkenaan. Dengan sikap begitu rakyat gagal untuk melihat ketrampilan pembangkang yang profesional. 
Pembangkang sepatutnya tidak terus bersikap kolot begitu sebaliknya mengubah arca politik. Pembangkanglah yang sepatutnya berpolitik lebih professional, beretika berhemah sebab apa-apa tindak tanduk mereka akan dinilai dimana sekiranya mereka lebih kompeten daripada kerajaan, dalam pilihan raya akan datang tentu mereka mendapat perhatian rakyat.

Selain itu sikap ketua pembangkang ahli Parlimen Larut (Hamzah Zainuddin) dalam menjalakan tugas sebagai ketua pembangkang juga gagal. Penampilan sebagai ketua pembangkang yang seharusnya memberi pandangan kedua kepada apa-apa cadangan kerajaan gagal dilaksanakan. Selaku ketua pembangkang Hamzah tidak bertindak membimbing 73 ahli parlimen lain agar bertindak sebagai ahli yang professional sebaliknya memberi dorongan agar terus berpolitik secara kolot. Kehematan ketua pembangkang langsung tidak ada.

Yang tampak jelas pembangkang memasuki dewan seakan tidak bersiap sedia meakili suara rakyat sebaliknya membawa emosi dan cuba menanamkan kebencian kepada rakyat terhadap kerajaan. Soalan atau apa-apa dibangkitkan tidak tepat dan mengelirukan. Ini persis disengajakan. Ketika Perdana Menteri hadr untuk menjawab persoalan merea ponteng sidang. 

Kegagalan membentuk kerajaan selepas pilihan raya ke-15 lalu nampaknya masih menguasai ahli parlimen pembangkang menyebabkan mereka tidak mudah bertindak rasional menerima hakikat mereka tidak cukup nombor. Kegagalan itu tidak dapat diterima. Ini disahkan apabila wakil Marang Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan menegaskan kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat. Hadi juga seperti belum sedar dari igau mimpi untuk jadi perdana menteri.  
Pun begitu ahli pembangkang ini tidak semua bersikap kolot dan prejudis. Hanya ada beberapa kerat sahaja. Tetapi mereka inilah yang menonjol dan mendominasi dalam setiap perbahasan. Dukacitanya mereka yang bergelagak demikian terdiri daripada ahli parlimen yang sudah senior atau lebih sepenggal berada dalam parlimen. Ini sesuatu yang malang sekali. Mereka patut jadi abang guru tetapi sebaliknya jadi seperti "pengheret beruk panjat kelapa" sahaja.
Adalah diharap fenomena buruk pembangkang ini akan berubah dalam sessi atau persidangan akan datang. Diharap ketua pembangkang dapat mendidik anak buahnya di samping menghafal ayat Quran betul-betul kalau hendak petik firman Allah dalam ucapan. Politik dibenarkan sepanjang masa tetapi menjadikan parlimen sebagai ruang untuk terus bermain politik sentimen dan kepentingan sesuatu yang tidak baik dan tidak halal. [wm.kl. 11:44am 05/04/2023].

No comments:

Post a Comment