Sunday, July 2, 2023

Keterjaminan makanan sebahagian pertahanan negara

ULASAN

Prabowo Subianto capress 2024.
SEMALAM saya menonton ulangan rancagan Narasi di saluran Mata Najwa yang dikelolakan pengacara hebat Najwa Shabib yang menemuramah Prabowo Subianto salah seorang capres (calon presiden) Indonesia tahun 2024. 

Prabowo juga merupakan Menteri Pertahanan (Menhan) dalam kabinet perpaduan Jokowi Widodo. Beliau juga merupakan ketua umum parti Gerindra.  

Ada sesuatu yang boleh dipetik daripada temuramah berkenaan untuk digunapakai atau dijadikan perbandingan dengan apa yang berlaku dalam kerajaan kita yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kini khasnya oleh anggota kabinet Perpaduan. Dalam temuramah itu Prabowo menceritakan bagaimana pengalamannya sebagai seorang anggota kabinet Jokowi yang diminta melaksanakan sesuatu yang berat demi negara.

Katanya sebaik dilantik menyertai kabinet Jokowi beliau dipanggil menghadap presiden Indonesia itu. Jokowi mengarahnya merangka pelan pertahanan negara selama 25 tahun. Menurut Prabowo dia terkaget serta sedikit cemas dengan arahan berkenaan. Tetapi kerana itu adalah tugasan dan tanggungjawabnya dia siap melaksanaan.

Prabowo saat diintervie Najwa Shabib.
Beliau memerah otak untuk merangka pelan yang dikehendak oleh bapak presiden itu. Beliau telah menumpukan kepada tiga aspek; makanan, (food security), energi (tenaga) dan juga water (alam sekitar). 

Agak pelik bunyinya kenapa tiga aspek itu diberi tumpuan dimana ia tidak ada kaitan langsung dengan keselamatan (pertahanan) dan tanggungjawaban  sebagai Menhan. 

Biasanya bila disebut pertahanan kita akan menjuruskan kepada kekuatan tentera dan peralatan perang yang canggih. Tetapi bagi Prabowo tidak ke situ maksudnya kerana beliau melihat negara bakal berhadapan dengan tiga fenomena itu dimasa akan datang. Bahkan masalah makanan (food security) energi dan air (alam sekitar) merupakan masalah global di hadapi seluruh dunia. Dunia akan berhadapan dengan ancaman krisis tenaga dan juga pemusnahan alam sekitar. Semua negara sedang membangunkan pertahan dalam aspek berkenaan. 

Maka dalam perhitungannya Indonesia perlu mempersiapkan kelengkapan serta keperluan untuk menghadapi tiga aspek itu. Di sini memperlihatkan minda dan tanggapan Prabowo sebagai seorang anggota kabinet bukan hanya berfikir di sekitar kewajipan khusus porfolio dipikulnya. Namun dia melihat kesiap siaga yang lebih melebar dan luas. Secara tidak langsung beliau meletakkan tiga aspek berkenaan merupakan ancaman baru kepada semua negara di dunia. 

Maka untuk itu beliau mencadangkan agar dibangunkan food estate di Kalimantan. Beliau memberi alasan kenapa Indonesia memerlukan simpanan makan yang secukupnya. Kerana apabila berlaku peperangan makanan menjadi masalah. Apabila terjadi peperangan negara-negara yang sebelum ini mengeksport barangan makanan akan menghentikan pengeksportan mereka. Saat ini negara yang bergantung kepada bekalan dari negara pengeksport akan menghadapi masalah.

Hurainya selalunya apabila terjadi sesuatu peperangan menyebabkan negara mula mengambil langkah penjimatan dan tidak mengeksport barangan mereka. Sebagai contoh, menurutnya apabila berlaku peperangan di antara Ukrain dengan Russia, banyak negara-negara pengimport telah menghentikan penghantaran keluar barang makanan mereka. Kesannya negara pengimport menghadapi masalah mendapatkan makanan. Jika ini berlaku negara yang kaya raya juga bermasalah.  

Sebagai persiapan ditimpa permasalahan itu maka Indonesia perlu menyediakan barangan makanan mencukupi. Dalam hal ini "keselamatan dan pertahanan" tembolok rakyat harus dijamin. Bertolak dari situ maka beliau mencadangkan kepada pemerintah Indonesia membangunkan food estate di Kalimatan secara besar-besaran.

 Ada dua perkara boleh dipelajari daripada apa dilakukan oleh Prabowo itu. Menteri pertanian kita harus menyediakan pelan keselamatan yang sama atau memikirkan kemungkinan hal sama. Begitu juga kepada perdana menteri kita harus memanggil menteri pertanian kita dan meminta menyediakan pelan pembangunan dan keselamatan? Apakah ia sudah ditindakan?  Harap sudah.

Tanpa arahan langsung seperti dibuat oleh Jokowi Widodo terhadap Prabowo itu kita tidak dapat membuat justifikasi apakah menteri pertanian dan keterjaminan makanan kita ada idea dan tanggungjawab atau tidak. Apabila beliau tidak mendapat arahan khusus daripada perdana menteri mungkin menyebabkan menteri pertanian kita leka dan merasakan beliau tidak mempunyai tanggungjawab untuk berhadapan dengan permasalahan makanan dan sebagainya. Maka itu beliau boleh seronok-seronok menunggang lembu sado sambirin mengenang masa bocahnya. [wm.kl.11:35 am 02/07/23]

No comments:

Post a Comment