Monday, September 18, 2023

Hikmah disebalik pengharaman Darul Arqam

CATATAN

JEMAAH gerakan dakwah sosial-ekonomi dan pendidikan Darul Arqam sudah 29 tahun diharamkan. Darul Arqam ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Ashaari Muhammad bersama beberapa rakannya. Tahun 1994 ia difatwakan sebagai sesat dan diharamkan. Setelah 20 dekad pengharamannya baru ia tersedar akan kewujudannya dan terasa sesuatu kehilangannya apabila ia diharamkan. Mereka yang sebelum ini pesimis kepada jemaah itu baru merasakan sesuatu yang hilang. 

Sering kali terdengar ada yang merunggut dan merintih mengenai nasib Al Arqam apabila membicaarkan perihal nasib pertubanan dan gerakan Islam. Apabila timbul situasi cemas dalam masyarakat, maka nama Arqam disebut sebagai badan atau pertubuhan yang boleh jadi penyelamat. 

Kekosongan ditinggal Al Arqam sebagai gerakan atau jemaah dakwah dan sosial-ekonomi masih tidak terisi sampai kini? Walaupun ada berbagai NGO yang ditubuhkan atas niat untuk membela Islam dan mengamalkan syariah Islam dalam kehidupan tetapi tidak kemampuannya tidak sampai seperti apa dicapai Darul Arqam.

Sudah lumrah dunia, sesuatu itu baru dikesani apabila ia sudah tiada. Selalu terjadi kepada manusia, ia akan dikenang apabila sudah tiada. Jasa, budi dan pengorbanan seseorang itu akan dikenang setelah dia tiada. Pingat dan darjah kebesaran juga diberikan sesudah menjadi gemula. Saat ini menangis keluar airmata darah sekali pun ia tidak berguna lagi. Asal kapas menjadi kain.

Apa dihadapi Allahyarham Ashaari Muhammad demikian juga. Beliau meninggal dunia setelah 16 tahun jemaahnya diharamkan tahun 1994. Ashaari dikenali dengan Abuya meninggal pada 13 Mei 2010 dan dimakamkan di kampung kelahirannya di Pilin Negeri Sembilan. Sepanjang menghidupkan jemaah itu beliau berhadapan dengan berbagai tribulasi dan halangan sehingga ada yang menuduhnya sesat, pembohong dan sebagainya. Kemuncaknya beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama enam pemimpin lain. 

Pengaharaman Darul Arqam disambut gembira oleh sebahagian yang lain terutamanya seterunya yang melihat menjadi ancaman dan oleh mereka menerima fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan jemaah tersebut sebagai sesat, bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jemaah dan melakukan amalan dan kepercayaan syirik. Perngharaman secara rasmi ini dinyatakan dalam fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.

Menimbulkan Kontroversi.

Pengharaman jemaah Arqam yang mengamalkan aurad Muhammadiah itu menimbul kontroversi dan persepsi yang subjektif. Ada pihak yang meragui kebenaran dan ketepatan fatwa berkenaan dan melihat ia dibuat lebih kepada masalah atau bermotif politik. Tanda tanya berhubung pengharaman itu tertanya-tanya sampai kini. 

Apa pun selagi fatwa yang telah diwartakan itu; mengatakan kesesatan Aurad Muhammadiah yang jadi pegangan dan amalan jemaah berkenaan itu tidak ditarik balik, maka pendirian dan sikap umat Islam negara ini kekal menerima ajaran aurad Muhammadiah itu sebagai sesat dan menyeleweng.

Pengharaman Darul Arqam mendatangkan musibah besar kepada anggota jemaah berkenaan yang berdekad hidup dengan cara dan syariah diperkenalkannya. Para pengikutnya dikejutkan dengan sesuatu diluar dugaan. Kehidupan ahli berjumlah kira-kira lebih 5,000 yang mengamalkan cara hidup berjemaah; menjalankan pelbagai aktiviti terburai dan hancur. Jemaah Darul Arqam dalam sekelip mata sahaja menjadi puing-puing berterbangan. 

Segala aktiviti dakwah, projek perekonomian, seperti pertanian, perniagaan, media massa dan hiburan yang mereka bangunkan dengan titik peluh hancur berkecai. Bagi anggota jemaah itu tindakan itu persis gempa bumi dan tsunami berskala tinggi yang berlaku secara sekaligus.  

Kerajaan berjaya meleburkan Darul Arqam daripada menjadi sebuah badan dakwah dan gerakan Islam terkemuka selama kira-kira hampir 30 tahun kewujudannya. Tindakan ke atas Arqam itu dibuat semasa Malaysia ditadbirkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Tindakan Mahathir itu dilihat sebagai anti Islam. Sebab itu bekas anggota Arqam tidak boleh memaafkan Mahathir dan menerimanya sebagai pemimpin negara walaupun menjadi PM selama 24 tahun. Ironisnya selepas lebih 15 tahun diharamkan, Mahathir berkunjung dan membuat lawatan ke perkampungan baru bekas anggota Arqam yang telah bertukar nama kepada GISB di Country Homes di Rawang.

Hikmah. 

Pengharaman alias kiamat buat anggota Darul Arqam itu tidak melunturkan terus pegangan dan keyakinan spritual yang ditanamkan selama ini ke dalam diri mereka oleh guru mereka, Abuya Ashaari. Mereka tidak berputus asa sebaliknya menjadikan pengharaman itu sebagai cabaran baru yang perlu diatasi. Pengharaman itu adalah ujian keimanan dan ketakwaan yang menjadi penapisan kepada anggota yang tidak suci dan jujur. Selepas diharamkan nama Darul Arqam ditukar kepada Rufaqa yang diwujudkan sebagai sebuah jemaah baru. Disinilah persediaan jiwa dan mental dibentuk oleh Syaikul Arqam itu menjadi azimat jemaah untuk meneruskan perjuangan.

Disebabkan nama Arqam telah diharamkan, maka wujudlan nama Rufaqa yang mengambil alih jemaah berkenaan. Segala aktiviti jemaah itu yang sebelum ini tidak didaftarkan dengan ROC, dilakukan. Tanpa mengambil masa terlalu lama, jemaah Arqam hidup kembali atas nama Rufaqa Corperation Sdn Bhd (Rufaqa). Rufaqa adalah duplicate Darul Arqam. Situasi ini menyebabkan pihak pemerintah terus memantau kegiatan dan pergerakan jemaah berkenaan.

Melihat Rufaqa mendapat keyakinan dan sambutan umum, sekali lagi kerajaan terpaksa melakukan penggerudian terhadap Rufaqa. Pihak berkuasa menyedari Rufaqa adalah nama baru Al Arqam dan membuat kesimpulan ianya adalah usaha untuk menghidupkan semula Darul Arqam. Justeru sekali lagi kerajaan bertindak ke atas Al Arqam alias Rufaqa. Kali ini tindakan lebih ganas dan kejam lagi dengan membuat tangkapan dan pengelidahan di seluruh perkampungan Darul Arqam.

Semua aktiviti perniagaan, pendidikan, multi media dan hiburan diarah ditutup dan dihentikan. Apa juga atiribut (lambang dan nama mengaitkan Al Arqam) dilarang daripada dipergunakan. Beberapa orang ahli juga didakwa di mahkamah. 

Penggerudian kali kedua ke atas Al Arqam itu tidak juga boleh mematikan semangat para jemaahnya. Mereka yang sudah dipasak dengan semangat perjuangan dan keyakinan, meneruskan usaha baru mereka. Namun ketika ini kekentalan dan ukhwah jemaah Arqam sudah retak dan terbelah. Mereka yang menerima seratus peratus hujah kerajaan dan sangsi kepada ajaran dibawa Ashaari lalu mengundurkan diri perlahan-lahan. Tidak cukup setakat itu sahaja ada yang mencemuhi Ashaari sebagai penipu dan pembohong. 

Mereka yang takut dan tidak sedia menghadapi tentangan atau "sunnah" perjuangan pamit kepada jemaah Darul Arqam kembali kepada masyarakat dan sistem hidup, dengan meninggalkan jubah, serban, kayu sugi dan tasbeh yang sebelum ini akrab dengan diri mereka. 

Untuk seketika suasana menjadi tenang dan kerajaan khasnya menerusi Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang dulunya dikenali Pusat Islam dikira berjaya. Ahli yang masih menyakini apa diajarkan Ashaari meneruskan sisa-sisa perjuangan dengan menganggap itu adalah tanggung jawab selaku khalifah di atas muka bumi. Kali ini mereka menyesuaikan diri dengan realiti semasa. Kegiatan perniagaan, dakwah dan sebagainya mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada dengan mendaftarkan peremis dan kegiatan mereka dengan pihak berwajib.

Ekoran tindakan mengharamkan Arqam atas tujuan memulihan akidah itu, anggota jemaah berpecah pecil mencari jalan kehidupan sendiri-sendiri. Ada membangun kehidupan sendiri. Mereka yang tidak ada kebolehan dan kepakaran terus bersama jemaah yang dibentuk dengan pelbagai nama atau kumpulan. Ada yang kembali ke tengah masyarakat memulakan penghidupan baru. Yang profesional memulakan perniagaan sendiri, mencari rakan-rakan sebaya yang sudah berjaya untuk membantu mereka. 

AFT Station Restoran dan Cafe
milik AFT bertaraf tiga bintang.
Yang berjiwa dakwah membentuk kumpulan atau grup sendiri ataupun mencari sumber rezeki hidup sendiri termasuk menjadi pendakwah bebas atau tubuh syarikat motivasi. Mereka yang concern dengan perjuangan Islam tidak mudah mengalah, membentuk kumpulan sendiri. Antaranya wujudlah Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (Adam), NGO atau syarikat motivasi, menulis buku dan juga berjualan di pasar malam. 

Apapun pun paling menonjolkan ialah Global Ikhwan Sendirian Berhad (GISB) yang menjadi badan korporat menjalankan semua kegiatan yang dipraktiskan dalam jemaah Arqam sebelum ini. GISB berpusat di Country Homes di Rawang, Selangor.

Bandar baru itu yang mulanya senyap sepi seperti bandar berhantu tiba-tiba menjadi sebaliknya. Rumah-rumah kediaman dan kedai yang tidak terjual mula diduduki dan kedai perniagaan dibuka. Semuanya bermula apabila GISB menjadikan bandar itu sebagai pusat gerakan mereka.

Kewujudan GISB ini dilihat sebagai meneruskan perjuangan dakwah dan gerakan sosial ekonomi yang dipelupur Arqam. Tampak kerajaan tidak lagi bertindak ke atas duplicate kedua Arqam ini, kerana GISB bergerak memantuhi peraturan undang-undang dan tidak ada elemen spritual seperti amalan aurad Muhammadiah dan wirid-wirid diamalkan sebelum ini. 

Mereka yang bergabung dalam GISB ini juga turut menukar pakaian seragam mereka daripada berserban, berjubah dan berjanggut, kepada rupa wajah masyarakat umum. Kupiah mereka juga ditukar kepada songkok yang beridentiti sendiri, kayu sugi yang digunakan membersihkan mulut setiap kali sebelum solat dibuang. 

Pasar Basah milik AFT di Medan Nusari


Namun rata-rata kalau ditanya kepada umum mereka akan melihat GISB itu adalah Arqam dalam wajah serba baharu namun rohnya sama. Hal ini disedari pihak berkuasa tetapi kerana ia tidak meneruskan amalan dianggap syirik dan sesat itu ia dibiarkan. 

Namun disebalik kewujudahan GISB dan beberapa kumpulan yang lahir dari perca Arqam, ada lagi sebuah kumpulan yang memain atau pun penubuhan yang sama maksud dan tujuannya tetapi tidak disedari menjadi popular seperti  GISB. 

Kumpulan atau harakah itu ialah Albab Family Trading (AFT) yang berpusat di bandar baru Sendayan Seremban Negeri Sembilan. AFT yang ditubuhkan dibawah akta syarikat bergerak melakukan aktiviti seperti sama dengan GISB dan ia juga akan meneruskan apa yang terdidik dalam Arqam. Landasan AFT ini adalah sebuah pertubuhan persaudaraan Islam dimana pengasasnya ialah Hashim Muhammad adik kepada Abuya Ashaari. 

Sejarah AFT.

Sejarah penubuhan AFT ini cukup tragis. Kebanyakan atau semua yang terbabit menubuhkan atau bersatu dalam AFT ini adalah bekas jemaah Darul Arqam dan juga menyertai Rufaqat di Country Homes. Tetapi mereka adalah kumpulan serpihan yang disingkir dari GISB di Rawang. Kenapa mereka disisih agak personal untuk diceritakan. Kewujudan AFT lebih kepada keperluan untuk dijadikan perlindungan (khariah) kepada sebahagian anggota Arqam khususnya para zuriat Abuya Ashaari. 

(Insya-Allah dicatatan lain akan dijelaskan). Namun kejadian itulah yang merupakan rahmat dimana menyebabkan Arqam yang dihancurkan itu tumbuh balik dengan rupa dan semangat berlainan serta lebih realitik.

Penulis bersama pengasas AFT
di AFT Station.

Dalam tempoh 11 tahun penubuhan AFT ia berkembang pesat. Dengan pendekatan secara sederhana dan tidak mencampur elemen-elemen tidak disenangi, AFT mendapat sambutan dan disenangi oleh masyarakat di bandar berkenaan. Bahkan pengusaha bandar Sendayan itu sendiri telah menyerahkan seunit kedai untuk diuruskan oleh AFT secara percuma. 

Hari ini AFT telah menakluki bandar baru Sendayan itu dengan wujudkan pelbagai premis yang memenuhi oleh masyarakat setempat dan juga masyarakat berdekatan bandar moden itu. Di Medan Nusari  AFT menjadi lokasi kegiatan perniagaan AFT seperti apa berlaku di Country Homes di Rawang. Di sini ada sebuah sebuah surau yang berkapasiti lebih 200 jemaah berhawa dingin, pekilangan, restoran, cafe, pertukangan dan sebagainya. 

Begitu juga ada sekolah dari peringkat pre sekolah, tahfiz hinggalah ke peringkat menengah. Mengapa AFT mendapat sambutan dan menjadi kebanggan masyarakat setempat ialah pendekatan dan kemesraan mereka dengan masyarakat, bukan sahaja kaum Melayu tetapi Cina dan India juga. 

Antara kegiatan rutin dilakukan AFT setiap bulan ialah mengadakan kenduri jamuan makan untuk masyarakat dan asnaf yang tidak berkemampuan. Setiap kali tiba hari-hari mulia dalam Islam akan dianjurkan kenduri kendara yang membabitkan semua penduduk. Sungguh pun begitu AFT tidak segah GISB yang sudah menguak ke semua benua dengan mewujudkan markaz dan menjalinkan perniagaan di seluruh dunia. 

Kesimpulannya pengharaman Darul Arqam telah membawa banyak rahmat yang mungkin tidak tersuloh oleh banyak orang. Dengan runtuhnya Darul Arqam sebagai rumah pergerakan dakwah dan perjuangan almarhum Ashaari terbinanya serambi yang lahir dalam pelbagai bentuk. GISB dan AFT adalah dua "mercu tanda" atau anak klon Jemaah Darul Arqam yang dilihat saling bersaingan. [wm.kl. 7:06 pm 18/09/2023]




No comments:

Post a Comment