Friday, July 12, 2024

Siapa yang dangkal siapa yang songsang?

ULASAN LEWAT

Tan Sri Johari Abdul
SPEAKER Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mula merasi realiti cabaran sebagai seorang pengadilan perlawan dua pasukan yang sama hebat dan sama "jahat", apabila beliau dibelasah teruk oleh pembangkang ekoran keputusannya mengekalkan kerusi enam orang ahli parlimen Bersatu yang cuba disingkirkan oleh parti itu. 

Ahli parlimen Bersatu berang dan naik angin lantas cuba mengosongkan kerusi enam ahli parlimennya kerana bertindak menyokong perdana menteri. 

Johari dibelasah, diperendah sampai ada mengatakan beliau tidak sepatutnya berada di tempatnya (spekaer) kerana keputusan itu tidak sejiwa dengan kehendak pembangkang (Bersatu) yang mahu menggugurkan enam orang ahli parlimen itu. Pembangkang menuduh spekaer sebagai tidak adil gara-gara tidak sedia mengikut nafsunya.

Pembangkang berharap sangat keputusan memihak kepadanya, dengan cara itu Bersatu dapat mengajar (menghukum) keenam orang ahli parlimen itu.

Kerusi-kerusi yang dituntut kosong ialah, Bukit Gantang (Syed Abu Hussein), Labuan (Dr Suhaili Abdul Rahman), Jeli (Zahari Kechik), Gua Musang (Mohd Azizi Abu Naim), Kuala Kangsar (Iskandar Dzukranin) dan Tanjung Karang (ZulkafperiHanapi).

Pada 9 Julai menerusi sepucuk surat Johari ditujukan kepada Ronald Kiandee (Tuaran) yang mewakili Bersatu memberi tahu pihak bahawa kedudukan mereka tidak menjadi kosong.

Timbulkan kemarahan.

Enam MP yang selamat.
Keputusan itu benar-benar menimbulkan kemarahan pihak pembangkang. Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin berang dengan keputusan itu sampai mengatakan Johari tidak sepatutnya berada di kerusi Speaker. Untuk menjustifikasi kemahuannya, beliau mengungkit balik apa yang pernah yang disuarakan Johari semasa jadi ahli parlimen Sungai Petani, bahawa perbuatan melompat parti menjahanamkan negara. 

Konotasi boleh difahami dengan keputusan dibuat Johari itu, bahawa speaker juga adalah elemen yang menjahamkan negara. Selepas menghina dan mempersenda Speaker, ahli pembangkang bertindak keluar dewan. Hujahan dan bangkangan mereka tidak langsung mengoncang dan mengugatkan keputusan Sepekar, Johari mengekalkan apa yang diputus itu.

Memang semasa Johari mengulas kejadian langkah Sheraton menyebabkan tumbangkan kerajaan PH, beliau menyifatkan perbuatan iu sebagai mengkhiant negara. Mengapa tidak, gara-gara 20 ahli parlimen PKR diketuai Azmin Ali meninggalkan parti untuk bersama Mahiadddin kerajaan PH tumbang diganti dengan kerajaan Perikatan Nasionl ikuti disertai Pas dan Umno. Pengkhianat kubra itu juga membolehkan ahli parlimen Pagoh menjadi PM selama 17 bulan. 

Selain Hamzah, wakil Kota Bharu (Takiyuddin Hassan) dan Puterajaya (Radzi Jidin) juga menjerit bagaikan kera di "selongen", berang dengan tindakan Johari. Takiyuddin Hassan cuba memerangkap Johari sekaligus memberi dorongan kepada ahli parlimen lain menyertai mereka, dengan bertanya "apakah keputusan dibuat itu sebagai duluan untuk digunakan pada masa akan datang?" Maksud tersirat Takyuddin memberi signal ahli parlimen lain boleh bertindak keluar parti untuk bentuk kerajaan baru tanpa rasa gerun dengan tindakan terlucut kerusi.

Disini sekali lagi terserlah nafsu serakah dan dendam kesumat Takiyuddin menggalak untuk mengulang perngkhianatan sebelum ini berlaku sekali lagi. 

Manakala Mahiddin Yassin ketika mengadakan sidang akhbar, menyifatkan, keputusan Johari itu dangkal dan songsang bertentangan dengan perlembagaan. Kerana itu pihaknya akan menyediakan pakar undang-undang untuk melawan keputusan itu. Beliau berhujah Spekaer tidak berhak untuk mentafsir perlembagaan sebaliknya mahkamah lebih berhak. 

Sidang akhbar Bersatu yang tidak membawa
apa-apa maknda.
Hujah Mahiddin lagi, Perkara 49A(1)(a)(ii) (Pindaan) menyebut dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan
Rakyat itu hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik, dimana beliau ingin mengaitkan keenam orang itu terlucut sebagai wakil rakyat kerana mereka sudah dipecat. Apa diharap keenam mereka itu akan terpakai dengan Perkara 49A itu. 

Persoalan yang boleh diragui dan dipertikaikan, pemecatan mereka itu dibuat setelah parti itu menggubal undang-undang untuk memecat mereka selepas mereka telah menyatakan sokongan kepada perdana menteri. Ertinya Bersatu menyediakan sarang setelah burung terlepas. Atau mengaku si burung miliknya selepas ia terbang bebas.  

Bukan itu sahaja, kepelikan dan apa boleh dipersoalkan, mereka tidak pernah bertindak meninggalkan parti pada bila-bila masa pun, jadi macam mana mereka boleh dikenakan tindakan dipecat. Lagipun penggubalan peraturan Bersatu itu pula dibuat setelah mereka sudah pun dipilih rakyat ke parlimen. Perkara inilah yang dibahaskan dan menjadi pro kontra tindakan berkenaan.

Jadi kebiasaan.

Sudah menjadi kebiasaan orang politik waima kerajaan atau pembangkang tidak akan selari dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain sepanjang masa. Mereka seperti rel keretapi yang selari tidak akan bertemu diantara satu sama lain kandatipun sampai ke hujung. Masing-masing ada agenda dan terus mencipta persepsi tersendiri untuk kepentingan jangka pendek dan jangka panjang. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. 

Umum mengetahui bahawa tindakan enam orang ahli parlimen itu dibuat demi rakyat apabila mereka dinafikan peruntukan oleh kerajaan kerana berada di sebelah pembangkang. Kerana mereka berjuang untuk rakyat, mereka peru melalakukan apa sahaja termasuk ditentang oleh partinya. 

Cara mereka berenam itu mereka mendahului rakyat daripada segala-galanya. Inilah kebaikan dan ketawadukan mereka. Apa yang penting mereka dapat gunakan kedudukan mereka untuk bantu rakyat, kuasa undi diberikan rakyat harus dibalas sebaik-baiknya. 

Mungkin mereka berfikir, hanya segelintir sahaja pengundi tidak senang dengan tindakan mereka, tetapi sebahagian besar akan menyanjungi mereka kerana meletakkan keutamaan rakyat dari diri sendiri. Sebelum buat keputusan sudah pasti mereka mengambil kira pandangan pengundi mereka. 

Namun keputusan mereka itu tidak disenangi oleh parti yang mahu mereka digugurkan. Itu hal lain. Parti pula bertindak berdasarkan Perkara 49(a) akta anti lompat (pidaan). Akta ini diwujudkan pada tahun 2022 ekoran berlakunya Sheraton move. Semua ahli parlimen bersetuju dengan pindaan dan akta berkenaan untuk melihat tidak akan berlaku lagi peristiwa lompat parti seperti di Sheraton itu.

Semua sama.

Memang ahli politik dari semua parti sepakat dengan akta berkenaan dan menganggap melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan sebagai perbuatan terkutuk. Pada dasarnya begitu, tetapi dalam menerima dan melaksanaan akta berkenaaan ia tidak semudah persepkatan itu kerana undang-undang adalah sesuatu yang kompleks dan bersifat subjekif yang boleh ditafsrikan mengikut akal (pengetahuan) masing-masing apa berlaku sebelumnya. Pentafsiran itu tidak dapat tidak akan ada merit.

Suatu hal yang wajar diketahui, enam orang itu dikenakan hukuman mengikut perlembagaan parti sebelum parti mengadakan peraturan. Bersatu tergesa-gedsa membuat pindaan perlembagaan untuk bertindak ke atas mereka. Setelah mendapat kelulusan ROS, parti terus megambil tindakan setelah diberikan beberapa peringatan tetapi tidak diendahkan.

Namun mereka enggan dan tetap dengan pendirian mereka. Justeru parti tidak ada pilihan lain, memestikan mereka akan terhukum dibawah Perkara 49(a) yang menyebabkan kerusi mereka menjadi kosong. Songsang dan tidak berpandangan jauh Bersatu di sini menggubal undang-undang selepas berlaku peralihan sokongan. 

Namun harapan itu tidak menjadi. Perancangan Bersatu tidak mencapai, ketatapan dipihak lain. Speaker Johari Abdul menggunakan kedudukannya (prerogetif) sebagai Sepeaker mengumukan ia tidak menjadi kosong. Keputusan itu benar-benar membengang pembangkang. Keputusan dibuat Johari itu tentulah mengambil kira spirit dan roh perlembagaan bukannya dangkal atau songsang. 

Begitu pun dalam melihat dan meneliti apa yang berlaku ini, kita tidak boleh percaya dan bersetuju seratus peratus baik kepada Spekar atau pun Bersatu, sebab mereka ada kepentingan masing-masing. Johari sebagai speaker tentu ada merit kepada kerajaan sebab beliau dilantik oleh kerajaan dan pernah jadi wakil rakyat PKR. Begitu juga kepada Bersatu, mereka mahu kepuasan hati mereka kerana bengang dengan tindakan enam ahli patrlimen itu tanpa melihat kepada rasionaliti.

Disini, perlu ada pihak ketiga memberi pencerahan berhubung apa yang berlaku dan riuh randah itu. Pihak ketiga biarlah bebas dari cenderung kepada man-mana parti atau kerajaan. Hanya daipada penjelasan, pendapat atau pemerhatian pihak kiga sahaja dapat menuntas perkara ini. 

Mereka mestilah yang arif atau pakar dalam undang-undang dan perlembagaan, tiada berkepentingan diri sendiri.

Semalam pengamal undang-undang terkenal  Mohamed Haniff Khatri Abdula telah membuat sedikit penjelasan berhubung polemik dan keributan menerusi siaran langsungnya. Saya mengikuti penuh minat. Haniff bercakap benar-bnar secara profesional tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Sikapnya yang berani, tegas dan jujur dengan iktisadnya itu menjadikan kita boleh percaya. Setakat ini pandangan Haniff boleh mewakili kedua pihak.

Haniff diketahui individu yang rapat dengan Dr. Mahathir dan juga Bersatu. Tetapi dalam hubungan isu beliau bersikap benar-benar adil dan professional. 

Beliau memberi huraian dan tafsiran panjang lebar terhadap apa yang berlaku dengan membentangkan kronologi awal semasa akta anti lompat itu hendak digubal. Menurutnya, awal-awal lagi akta itu sudah diragui akan keberkesanannya. Bahkan pada suatu masa beliau cadangkan agar rang RUU (Pindaan bagi mewujudkan Perkara 49(A) itu ditarik balik kerana ia tidak akan mencapai maksud. Baginya penggubalan akta itu bukan memenuhi inspirasi rakyat tetapi lebih kepada kepentingan politik.

Beliau pernah mengatakan pindaan itu menyebabkan ahli parlimen jadi boneka kepada parti kerana tidak boleh menyatakan pendirian. Sebab itu katanya akta berkenaan tidak selari dengan hak bersuara (kebebasan) yang diberikan oleh Perlembagaan. 

Lantaran melihat kelemahan itu, menurutnya para pengamal undang undang diluar sudah pun menasihat tetapi tidak dipedulikan. Akta itu katanya digubal atau dibentuk oleh 222 ahli parlimen yang tidak tahu atau masak mengenai undang-undang dan implikasi dengan perlembagaan.

Justeru katanya apabila undang-undang itu pertama kali hendak digunak pakai dan ia bermasalah ia menepati jangkaan awalnya. Dalam konteks ini, mereka (ahli parlimen) mengguna pakai akta berkenaan dan tidak memenuhi aspirasi mereka perlulah menyalahkan diri mereka sendiri. "Padan muka," kata Haniff. Sila kencing dalam tempung tengok muka sendiri kata saya. 

Secara peribadi dari sudut perlembagaan, menurutnya tindakan Johari Abdul mengumumkan tiada kekosongan untuk kerusi enam berkenaan adalah betul. Haniff bersetuju dengan tindakan Johari. Beliau berpandangan kerana akta anti lompat itu longgar atau tidak bergerak selari dengan Perlembnagaan. Ini berlaku kerana semasa digubal oleh 222 ahli parlimen tidak memahami konsep dan prinsip undang-undang.

Beliau pernah beri cadangan semasa untuk menggubal undang-undang berkenaan perlu melantik sebuah Jawatankuaa Khas terdiri daripada Peguam Negara dan mereka yang pakar bagi mengelak apa yang berlaku sekarang ini tidak terjadi, tetapi tidak dihiraukan.

Kesimpulannya apa yang dialami oleh Bersatu itu kerana kedegilan mereka sendiri yang bertindak menyediakan payung selepas hujan atau pun tidak memasang kelambu sesudah waktu malam tiba setelah nyamuk berkeliaran. Yang dangkal, songsang disini bukan Johari Abdul tetapi Mahiaddin dan kuncu-kuncunya. [wm.kl.12:28 pm 1`2/07/2024] 

No comments:

Post a Comment