Thursday, August 8, 2024

Pirake Nenggiri beri beberapa petunjuk awal

ULASAN AWAL NENGGERI 

Azmawi Fikri 
GHALIBNYA dalam pilihan raya kecil, parti yang memerintah akan menang. Pengundi akan lebih berpihak kepada parti pemerintah daripada pembangkang. Dalam konteks pirake Nenggeri itu, PN adalah mewakili kerajaan Kelantan, manakala BN mewakili kerajaan Perpaduan. 

PN adalah kerajaan peringkat negeri manakala BN kerajaan diperingkat Persekutuan. Senario ini kedua parti mempunyai kekuatan dan ada aset masing-masing. 

Kemenangan parti kerajaan dalam Pirake di Kuala Kubu Baru lalu memberi kelebihan kepada BN di Nenggiri. Begitu juga kemenangan di Sungai Bakap pula akan memberi kelebihan kepada PN. Cuma bezanya di Sungai Bakap, Pas bertanding untuk mempertahankan kerusinya. Manakala di Kuala Kubu Baru, DAP bertanding mewakili PH untuk mempertahankan kerusinya. Di Nenggeri ini kerusi itu sebelum ini milik orang lain Bersatu.

Rizwadi Ismail
Manakala di Nenggeri Bersatu bertanding untuk mempertahankan kerusinya, yang tidak ada kena mengena dengan Pas, seperti pirake di Sungai Bakap tidak ada kena mengenakan dengan Umno kerana kerusi itu diserahkan kepada Keadilan. 

Kedudukan dibeberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas piraum ke 15, PN dan PH/BN seri, sama gagah. Belum ada kerusi dimenangi mana-mana parti bertukar tangan menerusi pilihan raya kecil. Apakah Nenggeri ii akan catat sejarah dan menjadi indikator berlaku perubahan total politik?

Berbanding dengan pilihan raya kecil di kawasan lain, di Nenggeri ini berbeza sedikit dimana pilihan raya diadakan apabila berlaku kejadian di luar jangka apabila kerusi dimenangi Azizi Abu Naim atas tikit PN (Bersatu) diistyharkan sebagai kosong oleh Speaker Dun Kelantan kerana teknikal. 

Mengikut quota PN kerusi itu adalah milik Bersatu (PN). Maka Bersatu tentu berusaha keras untuk mempertahankan kerusi itu kesungguhannya sehingga terpaksa memegang pajak bekas timbalan ketua Pemuda Pas Gua Musang Rizwadi Ismail sebagai calonnya. 

Apakah Bersatu kebangsatan calon sehingga terpaksa pajak ahli Pas? Atau Bersatu sudah disailang oleh Pas. Itu bacaan umum tanpa menyedari permainan halus politik licit Pas. Calon PN Rizwadi pula terpaksa berkhilaf kononnya keluar Pas untuk membolehkan dia menjadi calon Bersatu. Walhal semua orang tahu, dia mewakili Pas. Timbul pertanyaan tidak haramkan tindakan Rizwadi itu? Bukankah sebelum ini ada fatwa sesat daripada Pas jika keluar atau meninggalkan parti itu hukumnya haram.

Berbagai persoalan timbulkan dengan masalah ini. Ada mengatakan Bersatu tiada calon, ada yang kata Pas tidak percaya kepada kekuatan Bersatu menyebabkan mereka terpaksa mengirimkan calonnya, dengan berkhilaf calonya telah keluar daripada Pas. Apapun hakikatnya yang bertanding di Nenggeri itu melawan Umno/PH, Pas bukan Bersatu. Situasi ini menunjukkan awal-awal lagi PN menghadapi masalah calon untuk diletakkan bertanding di Nenggeri.

Dalam hal ini BN dilihat ada sedikit kelebihan apabila tidak menghadapi masalah calon. Azmawi Fikri Abd Ghani adalah satu-satunya calon tunggal BN. Azmawi tidak mendapat apa-apa masalah dari pihak PH. Azmawi mendapat sokongan padu dari semua fraksi dalam PH, Amanah, Keadilan dan juga DAP. 

Dengan apa yang berlaku itu boleh difahami pertandingan dalam pirane di Nenggiri itu adalah langsung di antara Pas dengan Umno. Walaupun Umno dari Harapan, tetapi tidak menggunakan lambang Harapan sama seperti juga PN tidak menggunakan lambang PN tetapi gunakan lambang Pas. Jadi Bulan dan Dacing berentap di Nenggiri. 

Justeru pilhan raya Nenggiri adalah unik, penting dan sangat menarik. Pilihan raya itu akan memberi jawaban kepada umum untuk melihat kekuatan kedua-dua parti itu mutakhir ini.

Menarik dikatakan kerana kedua parti itu, (Umno dan Pas), pernah menjadi kerajaan di Kelantan dengan Umno menguasai sejak pilihan raya pertama tahun 1955 lagi yang bertanding atas nama Perikatan dan lambang Kapal Layar. Perikatan menjadi kerajaan di Kelantan sehingga tahun 1959 apabila Pas berjaya merampas kerajaan itu.

Pas memerintah Kelantan sehingga tahun 1978, apabila Umno yang menggunakan jenama baru BN menang dalam pilihan raya 1978. Selama 12 tahun Umno-BN menguasai di Kelantan. Tahun 1990, Pas kembali menguasai dan perintah Kelantan sehingga hari ini. Harus diingat kejayaan Pas itu kerana Umno berpecah dan tertubuhnya Semangat 46. Kejayaan kali kedua Pas itu atas bantuan tokoh Umno Tengku Razalegih Hamzah. Hari ini tokoh itu kembali semula ke dalam parti Umno.

Paling menarik lagi, Pas pernah ditewaskan Umno sehingga tinggal dua kerusi, (Sering dan Manek Urai) begitu juga Umno tewas dalam pilhan raya lalu (2022) sehingga tinggal satu kerusi di Galas.

Dari sejarah dan perangkaan itu menunjukkan Umno dan Pas adalah parti seimbang kekuatan, sama gagah penerimaan orang Kelantan. Walaupun disegi tempoh Pas memerintah agak lama berbanding Umno, tetapi hakikatnya mereka silih berganti dan tidak boleh mengakui akulah juara, akulah paling hebat.

Pilihan raya Nenggiri ini adalah pilihan raya pertama  pasca pilihan raya ke-15 lalu di Kelantan yang meningalkan kesan tragis buat Umno apabila parti itu menang hanya satu kerusi DUN dan gagal menang satu pun kerusi parlimen. Tetapi jika dibalik kepada sejarah, kejadian itu tidak pelik, jauh sekali akan menjadikan Umno kecewa kerana pernah melalui jalan sukar itu. Umno Kelantan sudah melalui sukaduta, menangkalah di Kelantan.  

Demikan juga dengan Pas, parti itu tidak boleh seronok dan selesa dengan keadaan yang ada sebab pencapaian dan kejayaan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sudah sampai ke bumbung. Sudah optimum. Prestasi Pas di Kelantan sudah berada dipuncak di mana tiada ruang lagi untuk naik. Apa yang berlaku kepada Pas mempertahankan pencapaian yang ada, dan itu bukan kerja yang mudah. Kata orang berusaha untuk capai kejayaan lebih mudah daripada berusaha untuk mempertahankan kemenangan. Ini perkara sedang dipikul Pas.

Bertolak dari senario itu secara umumnya situasi kini berpihak kepada Umno (BN), kerana Umno berada dipihak ofensif manakala Pas dipihak defensif.  Apa lagi jalinan mesra Umno dengan PH kian nampak keserasian yang makin mantap. Kerjasama di antara dua komponen itu makin terserlah. Manakala Pas pula walaupun mempunyai rakan taawun baru, Bersatu tetapi hubungannya tidak seintim mana. Pas seakan hilang kepercayaan kepada jaminan Bersatu untuk menubuhkan kerajaan di Kuala Lumpur. Tindakan Mahiaddin Yassin yang menolak tawaran Yang di-Peetuan Agung agar diwujudkan kerajaan Perpaduan mengecewa dan meragukan Pas terhadap keupayaan Bersatu. 

Lantaran itu pilihan raya Nenggiri ini memberi pertunjuk penting baik kepada PH/BN atau PN. Kedua-dua komponen itu cemas dan bimbang. Sekiranya kerusi Nenggiri berjaya dipertahankan Bersatu dengan calon dipajak daripada Pas itu, bermakna pengaruh dan kekuatan Umno di Kelantan masih belum kuat. Kerjasama dengan PH juga masih belum mantap dan menyeluruh. Dan kemenangan Rizwadi akan dicalim Pas bahawa kemenangan itu adalah hak mereka.

Kalau ikut sejarah Nenggiri merupakan kawasan Umno, parti itu tidak akan kalah dalam pilhan raya 17 Ogos nanti. Walaupun ada pemimpin dan penyokongnya bertukar arah setelah tertubuhnya Bersatu dan memberi sokongan kepada Pas, tetapi perkembangan muasir ini menunjukkan ahli dan penyokong Umno itu telah kembali semula ke pangkauan parti. 

Pengumuman kira-kira 400 orang ahli dan penyokong Bersatu yang kembali ke Umno di Nenggiri dan kira-kira 1,000 ahli dan penyokongnya di Jeli bertindak meninggalkan parti menunjukkan Umno Kelantan sedang dalam proses pemulihan. Perkembangan itu memberi petunjuk yang BN akan berjaya merampas balik kerusi Nenggiri yang dikuasainya sebelum ini.

Natijah daripada kemenangan BN kelak ialah kepada Pas. Paling terasa jika calon Bersatu dari Pas itu gagal mempertahankan kerusi Nenggiri menyebabkan Pas akan membuat mahasabah kembali taawun  mereka dengan Bersatu. Sudah ada desas desus terdengar khabrnya kalau Pas kalah di Nenggiri parti itu akan mebuat perhitungan baru kemungkinan akan menyertai kerajaan Madani walaupun tanpa memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Tindakan mereka itu bagi mengharmoni keadaan politik dan meletakkan negeri-negeri dikuasai Pas, Terengganu, Kedah, Perlis dan Kelantan berjalan dengan selamat tanpa mendapat diskiminasi daripada kerajaan Pusa. Ada cadangan dari pimpinan Pas sendiri mereka sedia memberi peluang kepada Anwar Ibrahim membuktikan keupayaan PM itu menjana negara. Beberapa pertemuan sulit melalui proksi masing-masing telah bertemu dan berbincang.

Khabarnya Pas bertindak rasional sesuai dengan kedudukannya kini, sebagai parti Melayu terbesar saat ini tetapi mengerti realiti politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa taawun. Pas sedar dan insaf kegilamgan mereka sudah sampai ke puncak dan berisiko untuk mempertahankan kedudukan itu. Justeru caranya ialah dengan mengurangkan politiking dan meletakkan kepentingan rakyat di negeri diperintah mereka menikmati kemudahan sama dengan negeri-negeri lain. Itulah alasan dan hujah besar apa yang sedang dikonsensus Pas kini. [wm.kl.12:45 pm 08/08/2024]

1 comment: