Sunday, November 24, 2024

Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu

RENCANA KHAS 

Anwar semacam tidak ghairah
di Kelantan dan Terengganu.

SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian rakyat menyenanginya. Rakyat berpuas hati dengan pencapaian kerajaan setakat ini. Dalam kerajaan sendiri, tidak ada tanda-tanda keretakkan berlaku dan ia berlalu dengan penuh persefahaman baik. 


Semua pihak berpuas hati. Sabah dan Sarawak juga berpuas hati dengan cara Kuala Lumpur melayani mereka. Sabah dan Sarawak mengauk bayak faedah dan keuntungan daripada kerajaan Perpaduan.


Banyak kepentingan dan benafit diperolehi kedua buah negeri itu dibawah kerajaan Madani ketimbang kerajaan sebelum ini. Langkah atau cara Sabah dan Sarawak berpolitik bijak, tidak seperti negeri-negeri pembangkang di Semenanjung, asyik berpolitik dari Subuh hingga ke Maghrib, menggunakan politik sebagai keldai tunggangan untuk memperolehi kepentingan peribadi.


Cara dan kebijakan orang Sabah dan Sarawak berpolitik jauh lebih maju dan berstrategi berbanding politik pembangkang negeri-negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Barang kali sudah sampai masanya untuk rakyat di ketiga buah negeri itu belajar politik daripada ethnik Dayak, Dusun, Bidayu, Kedazan, Murut di Sabah dan Sarawak. 


Pengakuan dan dakwaan mereka di negeri pembangkang kuat berpegang kepada agama adalah khilaf. Manakala hakikat syurga yang ditawarkan pula jauh daripada neraka.


Kesimpulannya, kerajaan hari ini dalam keadaan mantap, kerjasama padu dan semua pihak PH, BN, GRS dan GPS serasi dan harmoni. Pendeknya untuk penggal parlimen ke-15 ini kerajaan Madani dapat dipertahankan dengan Anwar Ibrahim selamat menjadi PM sampai ke tamat penggal. 


Anwar tiada masalah.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak ada masalah yang perlu gusar-khuatirkan. Dengan prestasi kerajaan kini, beliau dapat bertahan sehingga habis penggal. InsyaAllah. Suasana itu juga membolehkan beliau menumpukan perhatian untuk membangun negara yang ketinggalan atau tidak dapat dipenuhi selama suku dekad, yang tertangguh disebabkan pengkhianatan, manusia bernama Mahathir Mohmad. Dan dengan kuasa dan peluang yang ada kini beliau dapat memerjuangkan kemanusiaan sejagat.


Yang jadi kemusykilan sedikit ialah bagaimana selepas ini, dalam pilihan raya ke -16 nanti. Apakah Anwar dapat mempertahankan kedudukannya? Pertanya awal yang perlu disoal, apakah PH dapat mengekalkan kerusi yang sedia ada untuk jadi peneraju kerajaan membolehkan Anwar kekal sebagai PM?


Ini subjek yang menjadi perhatian para penganalisa. Buat masa ini Anwar seperti tidak begitu melihat suasana dan keperluan itu. Atau pun beliau tidak menumpukan soal itu, tidak sangat memikirkan Piraum 16. Beliau seakan tidak mempedulikan pilihan raya nanti kerana terlalu sibuk memenuhi impian peribadi untuk bangsanya, membangun negara dan membawa kedamaian universal. Beliau seakan tidak risau, perlu fikir hasil pilihan raya akan datang kerana terlalu sibuk melaksanakan cita-cita dan aspriasi lamanya. 


Silap dan rugi.


Adalah silap dan merugikan kalau Anwar langsung tidak memberi perhatian kepada pencapaian pilihan raya akan datang. Beliau perlu merangka sesuatu yang lebih kemas bagi menjamin pilihan raya ke -16 nanti berpihak kepadanya. Beliau kena fokus kepada pilihan ke-16 yang dijangka diadakan penghujung 2025 atau awal 2026. Perkara paling penting ialah memastikan bahawa PH akan memperolehi kuasa (kerusi) dengan mendapat kerusi lebih baik daripada yang ada hari ini. 


Hari ini PH hanya memiliki 82 kerusi dengan pecahan DAP 42, Keadilan 32 dan Amanah 8 kerusi, berbanding dengan PN yang memiliki 74 kerusi. Perbezaan tipis di antara PH dengan PN sangat merisaukan.


Dr Hafidzah

Apa paling penting Anwar perlu pastikan dalam pilihan raya akan datang PH menguasai paling rendah 80 kerusi mengekalkan kedudukan sedia ada bagi menjamin beliau atau PH diberikan kepercayaan untuk menerajui kerajaan. Tanpa jumlah kerusi sebanyak itu, peluang dan harapan Anwar untuk menjadi PM sepenggal nanti mungkin tidak akan kesampaian. 

Terbaik bagi PH ialah meraih sekurang-kurang 100 kerusi, sebagai modal asas, ini bermakna perlu pertambahan sebanyak 18 kerusi lagi. Anwar dan PH kena kejar 18 kerusi itu.

Walaupun beliau tidak akan hadapi persaingan daripada BN, namun itu bukan keadaan yang menyelesakannya. Perlu ada rasa cuak dan curiga terhadap BN, bukan sahaja bimbang parti itu akan kehilangan kerusi, tetapi juga akan membawa kerusi kemenangannya nanti ke arah lain. Dalam politik serba kemungkinan boleh berlaku. 


Perlu diingat dalam bersahabat, BN juga ada cita-cita lain. BN tentu ada agenda tersendiri. Kebergantungan Anwar kepada BN lebih kepada persahabatan beliau dengan Ahmad Zahid Hamidi. Tertakdir selepas ini, dalam pilihan raya nanti Zahid bukan menerajui BN, ia sesuatu hal lain buat Anwar. Justeru Anwar perlu ada kekuatan sendiri, caranya dengan memastikan PH memiliki 100 kerusi dengan apa cara sekali pun. 


Untuk itu maka Anwar perlu perkukuhkan kedudukan PH, terutamanya partinya sendiri.


Dalam melihat ini, saya tidak nampak Anwar memberi fokus atau bergerak serius ke arah memperkukuhkan kedudukan PH terutamanya partinya sendiri. Hal ini jelas apa yang berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu, yang di kedua negeri itu PH tidak mempunyai satu kerusi parlimen pun pada masa ini. Keadilan dan Amanah tidak menang sebarang kerusi pun kecuali satu kerusi DUN Kota Lama dimenangi oleh Dr Hafizah Mustakim daripada Amanah. Kekeringan kerusi ini sangat membimbangkan. Sepatutnya Keadilan dan Amanah menyumbang kerusi untuk PH.


Apakah ketidak peduli dan keghairahan Anwar terhadap dua buah negeri ini bermakna beliau mahukan kedua buah negeri itu menjadi negeri autonomi kepada PAS? Apakah Anwar sudah hilang kepercayaan kepada PH kerana Pas begitu berpengaruh dan menjadi pilihan rakyat di kedua-dua buah negeri berkenaan. Sudah tiada harapankah buat PH di Kelantan dan Terengganu?


Allahyarham Abdul 
Rahman Yusof
Anwar tidak perlu mudah mengaku kalah. Beliau kena berpaling kepada sejarah bahawa Keadilan pernah mencatat kemenangan di negeri-negeri berkenaan. Keadilan pernah menang empat kerusi parlimen dan satu kerusi DUN dalam pilihan raya 1999 di Kelantan. Keadilan pernah menakhtai kerusi parlimen Kota Bharu, (Ustaz Ramli) Tanah Merah (Saufi Daud), (Peringat/Ketereh, Allahyarham Muhammad Mustafa dan Aziz Kadir) dan Machang (Saifuddin Nasutional Ismail), dan Dun Guchil Kuala Krai. Itu adalah kejayaan dan titik sejarah buah Keadilan. Dalam kata lain benih Keadilan sudah ada di bumi Kelantan.

Demikian juga dengan Terengganu, Keadilan pernah menang di Kemaman menerusi calonnya Allahyarham Abdul Rahim Yusoff. 

 

Kenapa saya mengatakan Anwar tidak ghairah untuk menguasai sekurang-kurang 10 persen kerusi di Kelantan dan Terengganu, ia bertitik tolak daripada sikap lesu Anwar dalam penyusunan parti di negeri berkenaan. Baik partinya sendiri, Keadilan dan gabungan PH seperti tidak dipedulikan. Anwar selepas melepas tangan dalam urusan ini menjadikan struktur parti dan gabungan itu kurang bertenaga. PH di Kelantan sekadat hidup tetapi tidak berdaya persis rumput di tepi jalan.


Tiada ada suntikan semangat buat Keadilan di Kelantan dan Terengganu. Umum fahaman Keadilan ada masalah menyediakan tokoh untuk memimpin parti berkenaan. Keadilan ketandusan tokoh dan pemimpin peringkat negeri. Tetapi masih ada usaha dan cara sekiranya Kelantan dan Terengganu mahu dipancu. Seorang tokoh atau individu berwibawa perlu dilantik untuk menguruskan parti dan gabungan tanpa mengambil kira kedudukannya dalam parti, janjinya mereka disokong. Tokoh itu boleh diimport seperti mana pernah dilakukan Umno Kelantan sebelum ini. 


Umnio juga menghadapi fenomena sama di tahun-tahun 70an dan 80an menyebabkan pemimpinnya dari Kuala Lumpur diimport. Mahathir Mohamad pernah menjadi pengerusi Umno Kelantan. Lama sebelum itu Ghafar Baba juga pernah menjadi pengerusi Umno Kelantan.


Bukan sahaja peringkat parti gabungan dalam PH di Kelantan dan Terengganu, tetapi PH itu sendiri seperti tidak diolahkan dengan baik. Mereka dilantik menjadi pengerusi PH di Kelantan dan Terengganu hari ini tidak ada wibawa dan pengaruh untuk menyakinkan rakyat di kedua buah negeri itu. Kalau pemimpin dilantik sudah tidak mampu menarik sokongan, macam mana PH hendak berhadapan dengan PAS? Seorang yang hendak dinobat jadi Tok Bomoh perlu ada kekeramatan ataupun kehebatan tersendiri. 


Pengerusi PH Kelantan kini ialah Adly Shaari, salah seorang naib presiden Amanah dan bekas ketua menteri Melaka, yang kini timbalan menteri pertahanan. Betul dia tokoh daripada luar. Tetapi apakah keistimewanya untuk menjadi pengerusi PH Kelantan. Sejauh manakah kefahaman beliau terhadap budaya politik orang Kelantan. Walaupun Adly dilihat bekepreribadian lebih baik, lemah lembut berbanding presiden partinya sendiri, tetapi auranya tidak cukup untuk menarik perhatian rakyat Kelantan. Di Kelantan seorang pemimpin tidak cukup sekadar baik dan profesional tetapi harus berani. 


Begitu juga dengan pengerusi PH Terengganu yang kini dipegang oleh seorang yang boleh dikatakan umur belum setahun jagung dan darah setampuk pinang. Teramat berat untuk orang begitu memimpin PH membawa PH menghadapi pilihan raya akan datang apa lagi bagi berhadapan dengan Pas yang sudah membumi dan melaut di Terengganu. Bukan kerana ia merupakan seorang Senator maka sudah cukup ilmu untuk bermain lautan politik di Terengganu. Kandatipun usianya mudah masalah utama apakah dia mendapat dukung semua pihak. Kalau penyokongnya hanya 10 orang budak hitam, bergaduh dan enggan mengambil panduan daripada orang tua sukarlah untuk berhadapan dengan gerombolan Pas.


Kenapa PH tidak import tokoh dari luar untuk dilantik menjadi pengerusi PH, mereka yang lebih berkemampuan baik dari segi ilmu, pengalaman politik dan juga mampu menarik sokongan. Timbalan Presiden Keadilan sdr Rafizi Ramli adalah anak negeri Terengganu. Kenapa tidak dilantik beliau sebagai pengerusi PH Terengganu? Bukankah Rafizi terkenal sebagai seorang pemimpin muda yang hebat, kaya dengan pelbagai formula dan bijak dalam statistik? 


Kealpaan atau kurang ghairah Anwar khususnya dalam soal ini sedikit menjadi tanda tanya. Apakah beliau tidak yakin dengan potensi yang ada, atau pun beliau mengharap PAS akan ada hati buat untuk mendukungnya nanti. Jangan pula sikap diberikan Anwar itu hanya tahu diambil peluang oleh PAS tanpa sedia untuk membalas budi Anwar. 


Dan bagi saya, politik bukan boleh dipercayai kerana ia penuh dengan hipkrasi yang diluar batas perkiraan kita. [wm.kl. 1:34 pm 24/11/2024]


No comments:

Post a Comment