PENDAPAT
N Balasubramaniam |
Para pengkritik Pas berpendapat cara dan tindakan Balasubramaniam itu kurang manis, ada yang menganggap ia mencemarkan kesucian agam Islam.
Ada pengkritik terdiri daripada influncer pro kerajaan mengira perbuatan Subramaniam itu menempelak Pas yang sebelum ini mengecam seorang pemimpin DAP Haword Lee yang memetik terjamahan Quran dalam pidatonya. Pemimpin DAP itu dikecam sehingga ke parlimen, gara gara itu beliau berjumpa dengan Menteri Agama dan menyatakan kemaafan.
Umat Islam mempersoalkan tindakan ketua DHPP itu apabila tidak ada teguran daripada Pas. Sikap Pas mendiamkan diri dengan kejadian itu dikatakan sebagai double standard apabila mereka membiarkan Subramaniam membaca ayat ayat Quran walaupun tidak betul dari segi makhraj dan tajuidnya. Kalau Subramaniam setakat membaca terjemahnya, seperti sebelum ini mungkin ia tidak menjadi masalah.
Sebelum ini beliau pernah membaca terjemahan ayat Quran dalam ucapan dimajlis sama. Kerana teruja dengan kemampuan Subramaniam itu mendorong pengerusi muktamar ketika itu yang berharap dan mencadangkan untuk masa akan datang Subramaniam membaca ayat Quran sekali. Mungkin kerana menyahut cabaran pengerusi itu, dalam muktamar kali ini beliau berani membaca ayat Quran surah as Saf ayat 4 itu.
Disini saya ingin memberi sedikit pandangan saya dalam hal ini. Sudah lama saya mengikuti kejadian seperti ini, orang Islam memetik ayat Quran sebagai hujah dalam ceramah politik mereka. Tindakan Subramaniam itu bukan baru, lama sebelum ini sudah ada pemimpin parti politik bukan beragama Islam menjadikan ayat Quran sebagai bahan ceramahnya.

Di Kelantan pada era 80an seorang pemimpin MCA sering membaca ayat Quran dalam surah Ali Imran ayat 103, berbunyi (watasimum bihabilah...) yang bermaksud, "dan berpegang teguhlah sekalian kepada tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai," dalam ceramahnya, dalam hajat menyeru agar tidak ada pergaduhan dan berbaik baik sesama insan, sampai pemimpin MCA itu dikenali dengan "Ustaz Watasimum".
Tidak salah, kalau orang bukan Islam memetik dan membaca Al Quran, kerana al Quran itu sendiri bersifat petunjuk universal semua manusia dan makhluk. Tetapi kalau ia dipergunakan untuk kempen politik, ia sudah boleh dianggap mempersendakan Islam, kerana masakan orang tidak beriman dengan Quran, tetapi mengambil isinya sebagai hujah berpolitik. Perbuatan seperti itu jika diibaratkan kepada buah, kulitnya diambil isinya dibuang.
Bukankah itu mempersendakan Quran, walaupun ia tidak salah, dan dari sisi agama ia dialu alukan kerana menunjukkan isu atau ajaran Islam itu dimanfaatkan, tetapi penggunaan cara itu tetap salah.
Bagi saya perbuatan itu tidak wajar seseorang bukan Islam untuk membaca ayat ayat Quran atau mentafsirnya apa lagi dalam majlis yang majoriti dihadiri umat Islam, terdiri daripada ustaz dan alim ulama. Dalam muktamar Pas itu saya yakin lebih 99 peratus dihadiri orang Islam, situasi itu sangat tidak kena.
Maaf saya katakan, walaupun tujuannya baik, tetapi kaedahnya tidak kena, tidak ada keberkatan kerana bacaan itu tidak ada roh Islami sebab yang membaca itu sendiri belum bersyahadat, atau beriman. Macam mana orang hendak akur dengan dakwah daripada seseorang yang belum mendapat hidayat dan bersyahadat?
Kita faham cara Subramaniam itu untuk menunjukkan kehebatan dan kesukaannya terhadap perjuangan Pas yang digembar gemburkan berlandaskan Islam. Ia cuba memberi gambaran perjuangan Pas diterima umum, dan Pas berbangga dengan kejadian itu.

Namun dari sudut lain, iman dan akiqah, ia seperti songsong dan memalukan apabila orang bukan Islam, (mungkin juga beragama Hindu) membaca kitab suci al Quran untuk didengari dan difahami oleh orang yang sudah lama menerima hidayah dan bersyahat. Cara Subramaniam itu seperti kura kura atau labi labi dengan telornya, yang mengikut sesetengah mazhab, ibu tidak boleh dimakan, tetapi telor haruskan.
Sekiranya Subramaniam ini mengambil sipiritual agama dalam politiknya elok sahaja beliau memetik ayat-ayat atau pengajaran dalam kitab Hindu, seperti kitab Veda, Upanishad, Dharmashastra, Artha, Karna, Bhagavad Gita dan lain lain.

Melihat kejadian itu apa yang mendukacitakan, kesalahan sebutan ayat Quran itu tidak ditegur oleh para hafiz dan hafizah, ustaz dan ulama yang ada dalam majlis itu. Mereka sendiri seperti terpukau dengan kebolehan Subramaniam.
Apakah mereka jadi buta atau syaitan bisu apabila tindakan Subramaniam itu menguntungkan dari aspek politik. Kalau begitu, kehadiran Subramaniam itu tidak lebih daripada menjadi lambang kepada lembu merah yang ditunggangi Pas.
Lain kali hal seperti ini patut dihindari, Pas tetap akan nampak lebih Islamik berbanding parti parti lain kalaupun ia tidak dibaji oleh orang atau individu seperti Subramaniam itu.
Dan kepada bukan Islam yang menyertai Pas, mereka dialu alukan kerana menerima menhaj perjuangan Pas sebagai bahtera mencapai cita cita politiknya, tetapi jangan pandai pandai dan ghairah untuk memetik dan membaca al Quran untuk menunjukkan anda sudah mendalami Islam. Ayat Quran adalah mujizat yang suci dan perlu dihormatinya dan terpelihara.
Apa yang berlaku dalam muktamar Pas itu seharusnya ia diberi perhatian serius oleh menteri yang menjaga hal ehawal agama. Jangan baru hendak bertindak setelah ada laporan, kerana kejadian itu sudah riuh randah di segenap pejuru tanah air. Menteri jangan tidur dan asyik dengan majlis majlis ceremony sahaja, bertindak, gerakan kakitangan Jakim untuk membuat islah. [wm.kl. 8:37 pm 18/09/2025]

No comments:
Post a Comment