Tuesday, May 27, 2008

Berita Lewat

Husam Pangku Jawatan MB Kelantan

MENURUT berita kaki yang disiarkan dalam Utusan Malaysia di muka surat 9 hari ini bekas Adun Kijang, Husam Musa telah memangku jawatan MB Kelantan selama Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada dalam negeri dua minggu kerana mengerjakan umrah.

Mulanya Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob dilantik menjadi pemangku MB, bagaimana pun beliau tidak dapat memikul tanggungjawab itu apabila diserang jantung secara tiba-tiba.

Husam yang mulanya bercadang untuk mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah negara serentak dengan pemergian Nik Aziz ke Makkah. Beliau dijadulakan akan ke luar negara pada 31 Mei.

Kepada Husam diucapkan selamat menjalankan tugas dan semoga tempoh dua minggu memberi pengalaman yang amat berguna kepada diri dan politiknya. Selamat! [wm.kl 8:50 am 27/05/08]

6 comments:

  1. Anak muda harapan umat. Teruskan perjuangan saudara..

    ReplyDelete
  2. Kita yang merancang , Allah yang menentukan. Syabas YB Husam .

    ReplyDelete
  3. Semoga dapat memegang amanah dgn baik. Wassalam

    ReplyDelete
  4. Saya ucapkan selamat menjalankan tugas pada YB Husam kita.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada Dato' Husam diatas perlantikan beliau sebagai Pemangku Menteri Besar Kelantan. Harapan kami agar ianya satu titik permulaan untuk Dato' mencapai ke Jawatan sebenarnya disuatu hari nanti.

    Seluruh rakyat Malaysia sedang memerhati apa yang Dato' Husam lakukan sepanjag tempoh beliau memangku Jawatan MB ini.

    Good Luck..

    Thanks.

    NH Shah Alam
    27/05/2008

    ReplyDelete