Saturday, December 11, 2010

Ijab Kabul

Majlis Ijab Kabul Selamat

MALAM tadi telah berlangsung dengan selamatnya majlis Ijab Kabul anak lelaki saya, Mohd Elham dengan Sharifah Nor Atika Syed Hussein di rumah di Telok Penglima Garang, Banting Selangor. Hari ini majlis kenduri di rumah perempuan.

Nampaknya kehidupan sudah memasuki frasa yang seterusnya dengan mendapat status sebagai bapa mertua dan sudah ada anak menantu. Syukurlah akhirnya Tuhan menganugerahkan juga bunga dan kembang kehidupan yang diidamkan oleh setiap manusia.

Diucapkan selamat pengatin baru kepada kedua anakanda dengan doa berbahagia ke akhirnya dan menghasilkan zuirat yang soleh dan solehah. Kepada ibu, kakak, anak sadara serta sahabat handai yang menghadiri majlis malam tadi diucapkan terima kasih banyak.

Manakala kepada penjenguk blog Merah Tinta pula kalau tiada posting baru dalam blog harap maaflah. Dan tunggulah jemputan kenduri kesyukuran menyambut menantu saya. Salam MSO. [wm.kl. 9:05 am 11/12/10]

16 comments:

  1. Tahniah sdr MSO.. semoga mereka sentiasa di rahmati ALLAH swt n bahagia hingga ke anak cucu

    ReplyDelete
  2. Tahniah diucapkan dan didoakan semoga jodoh anak dan menantu tuan berkekalan kelak. Salam.

    ReplyDelete
  3. tahniah MSO dah dpt menantu,,,,selamat pengantin baru jg kpd kedua pengantin smg kekal ke akhir hayat,,,,,amin...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..wbt..
    Tahniah Tuan MSO

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..wbt
    Tahniah tuan MSO..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tuan MSO,
    Mampaknya warna BIRU PUTEH juga pilihan kain alas anak kasa perkahwinan anaknda tuan yea, ia nampak cantik sekali hehehehhee.....Maaf saya hanya bergurau. Apa2 pun alhamdulillah dan TAHNIAH di atas majlis yg berlangsung. Iklhlas.

    ReplyDelete
  7. thaniah..semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  8. Sdr. Sayuti,

    Tahniah jua daripada saya; mudah-mudahan jalinan ukhuwwah dapat diperluas dengan bertemunya dua hati daripada dua buah keluarga.

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan Mso,

    Tahniah kerana mendapat menantu dan keluarga baru.

    Saya doakan semoga pasangan diberkathi Allah. Amin.

    ReplyDelete
  10. tahniah.tuan mso dapat menantu...insahalllah doa kan bersama pas nie mso akan dpat pangkat dato..hehehe insahallah..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    Tahniah kepada Tuan MSO.

    ReplyDelete
  12. tahniah... semoga bahagia sehingga ke anak cucu... AMEEN..

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Tahniah kerana dapat menantu. Satu lagi anugerah yang tidak semua orang dapat.

    Semoga kekal sejahtera hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete