Wednesday, December 5, 2012

Seorang Penyokong Pakatan Ditikam Di Bahu

SEBELUM TIDUR                                                                                                        

Seorang yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat tercedera di bahu apabila ditikam dengan sebilah pisau di ceramah Jelajah Merdeka anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di perkarangan masjid Zakaria di Batu 9 Gombak malam ini.

Gambar lengan mangsa yang ditikam disebar dalam internet.
Kejadian itu dikatakan berlaku di simpang jalan untuk memasuki ke perkarangan masjid berkenaan di mana suasana di situ agak tegang dan riuh randah apabila sekumpulan pemuda yang membawa bendera dacing sedanag membuat provokasi majlis ceramah berkenaan dengan menyorak dan mamaki hamun tanpa tentu fasal.

Menurut seorang yang hadir di program itu memberi tahu kejadian itu berlaku semasa mangsa cuba untuk menenangkan keadaan tiba-tiba beliau diserbu kemudian dan ketika itulah bahunya disadung dengan pisau.

Gambar menunjukkan bahu mangsa terkoyak akibat tikaman itu kini melata tersibar di internet, di  facebook di blong.

Apa punca kejadian itu sebenarnya masih belum dipastikan. Tunggulah esok akan ada kenyataan dari mana-mana pihak berhubung kejadian itu. Tidak juga dipastikan apakah mangsa membuat laporan polis atau tidak.

Dalam pada itu saya yang dalam perjalanan menuju ke kawasan ceramah itu nampak sebuah landrover yang memuatkan beberapa anggota FRU bergerak ke tempat ceramah. Di simpang jalan menuju ke perkarangan masjid memang kelihatan berpulih anak muda yang bersorak-sorak dan berlagak samseng.

Ceramah malam ini adalah pertama kali diadakan selepas Umno mengadakan perhimpunan agung yang membangkitkan semangat ahlinya agar berjuang mempertahankan parti. Gangguan terhadap ceramah itu katanya bermula sejak jam 6:00 petang dan berakhir apabila Anwar Ibrahim berhenti berucap. Sepanjang saya berada di tempat ceramah dari jam 10L45 hingga 12:00 tidak ada apa-apa kejadian buruk melainkan kedengaran jeritan dan laungan dari arah jalan besar yang menghina Anwar Ibrahim.

Berita dan catatan lanjunt esok. [wm.kl.1:35 pagi 05/12/12]

1 comment: