Friday, February 8, 2013

Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa?

SESUDAH SUBUH                                                                                                             

Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.

Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada undang di sebalik batu.

Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa.

Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik.

Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan?  Sekiranya Musa ikhlas untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk membuat penjelasan kepada umum.

Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak saling menjelaskan isi pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan Musa anak Hassan itu ada kena menegan dengan rancangan ini?

Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan menyusahkan hidupnya sebelum ini. [wm.kl.7:05 am 08/02/13]

15 comments:

  1. ako penyokong PR tegar sejak 308 risau dan bimbang akan sikap mudah-maaf saudara Anwar, beliau merupakan seorang yang berhati besar tanpa merasa dendam terhadap musuh ketatnya yakni Tun Madey. Saya melihat ada juga kebenaran ulasan MSO dalam hal ini. Musuhnya berkemungkinan akan exploit peluang (Sifat Anwar yang pemaaf)ini untuk memusnahkan perjuangan PR selama ini. Elok berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. Ako penyokong tegar PR sejak penubuhannya risau dan bimbang sangat akan sikap mudah-maaf saudara Anwar. Musuh politik ketatnya Tun Madey akan menggunakan segala peluang termasuk peluang ini (sikap pemaaf Anwar) untuk menghancur serta memusnahkan perjuangan PR selama ini dijalankan. Secara peribadi, ako tak percaya langsung keikhlasan Musa Hasan serta Tun Madey walau ikhlas seikhlas mereka tunjukkan. Ulasan MSO ada juga kebenarannya. Elok Sdr. Anwar perlu berhati-hati dan waspada dalam bab ini..

    ReplyDelete
  3. teringat kat saipul bukari budak pembancuh kopi dipejabat anwar.. mana dia pegi..?? patutnya dah muncul ni dekat nak pilihanraya dah ni..

    ReplyDelete
  4. jangannnnnn jummmmmmpaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, aku kata!!!!!......

    ReplyDelete
  5. pesanan simple buat pemimpin PR di saat2 kritikal.. hargai lah segala perit jerih petugas bawahan yang setia dari tahun 98 hingga lah sekarang.

    byangkan usahsa-usaha , tenaga yang telah disumbangkan utk menggerakkan kerja -kerja di bawah, gantung bendera, cula undi, bagi buah limau etc.jgn rosakkan usaha yang telah dibina sekian lama..

    ReplyDelete
  6. Manusia merancang dan Allah juga merancang. Perancangan Allah lebih Sempurna.

    Namun, Kepada DS Anwar, jangan dipatuk ular yang sama dilubang yang sama beberapa kali. Politik ini penuh tipu muslihat yang di luar jangkaan akal. Seharusnya nasihat picisan ini tak didengarkan ke telinga pemimpin terbilang.

    Dan Awas!Kejahatan terancang bisa saja mengalahkan kebaikan yang alpa.

    ReplyDelete
  7. DSAI akan tewas lagi
    - PR akan musnah
    - hancur luluh hati rakyat
    - musnah lah harapan rakyat
    - dek kerana DSAI dah terperangkap dlm perangkap umno/mahathir/musa ini
    - PRU 13 nanti merupakan 1 tragedi
    - peluang terhidang di depan mata di sia - siakan , ekoran 'kelalaian' DSAI

    ReplyDelete
  8. stuju sangat dgn mso n malysianman...pak sheh dsai ni memang pr dan husnuzan dia dgn kawan dan lawan cukup hebattt...namun kedua-dua sifat ini lah yg telah memerangkap beliau dengan musuh2 politik beliau sperti kes2 liwat dgn sayfool dan azizan..justeru beliau ni ana ta rasa fit to b our PM jika PR governed the country kerana sifat kelemahan beliau ini boleh memerangkap beliau dengan musuh-musuh negara...beliau is good advisor n thinker not as No 1..sorot kembali masa dia memangku PM zaman mahadir..he had made blundered on political strategies n decision at the end he got all the nightmares ..anak beliau nurul izzah lebih sesuai utk jadi PM satu hari nanti...in sya Allah...

    ReplyDelete
  9. Peringatan kepada DSAI - jangan pisang berbuah dua kali.

    Ingat akan kawan-kawan serta penyokong PR yang sanggup berkorban untuk kemenangan PR dan melenyapkan UMNO-BN dalam politik Malaysia

    ReplyDelete
  10. Sya brpndpt sikap mmbri kemaafan kpd musoh adalh satu ahlak yg trpuji yg mencerminkn keperibadian saorg pemimpin brjiwa islam, ikutan sunah rasul, dn pasti Allah akan melindongi setiap niat jahat manusia2 trhdapny dn mnjdikn kesedaran serta keinsafan, kpd jln2 yg benar

    ReplyDelete
  11. ingat!jangan tikam pas dari belakang!orang lemas akan berpaut kepada apa saja, demi menyelamatkan diri.

    ReplyDelete
  12. ingat susah payah kita kesas98... jgn jual semangat juang kami.. jgn sampai pr nyesal..... tentera rakyat.

    ReplyDelete
  13. WAHAAAAI PIMPINAN PR
    --------------------

    1) U. Haron Din JUMPA Anwar

    2) Musang Hasssan JUMPA Anwar

    3) Sapa Lagi NAK JUMPA Anwar

    JANGAN SILAT DALAM GELAP....NAK JADI MACAM NASHA KEEE...

    ReplyDelete
  14. nok pelek apo nyo mso...musa tu ke saloh sore penasihat raja kelate..

    ReplyDelete
  15. Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan menyusahkan hidupnya sebelum

    stuju dengan MSO, DSAI baik brigat dgn mahathir, mnasia yg matlamat menghalalkan cara dan tampa belas kasihan,

    ni ada khabar angin terbaru,

    Konspirasi terbaru UG!
    http://mediaperak.net/2013/02/07/konspirasi-terbaru-ug/

    harap MSO ada maklumat dan dapat ulas sikit mengenai isu ni, jika btul, skit bleh mengganggu pemaufakatan menghadapi PRU 13, jangan sampai orang lain buat kerja siang malam ,orang lain yang kenyang,
    kalu untuk pemain simpanan lain cerita, sbab mahathir dah bagi "kiasan" lampu merah kat DSAI

    Link menarik untuk dikongsi dengan pembaca MSO

    Download percuma Digital Al-Quran bacaan + audio( 570 MB )
    http://detikislam.blogspot.com/2013/01/download-percuma-digital-al-quran.html

    saya blum test lagi OK ke tak

    ReplyDelete