Thursday, November 14, 2013

Wacana Pra Muktamar: Tampil keberanian calon

SUSUPAN TGH MALAM                                                                      

Raja Ahmad Iskandar
Baru sekejap tadi telah berlangsung wacana pra muktamar Pas di Mergong, Alor Star Kedah yang mengemukakan calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda Pas. Ianya dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah bersama Profesional Muda Islam Kedah (Promis). Majlis itu sesuatu yang perlu dipuji kerana ia menggambarkan sikap terbuka dan anjakan politik pemuda Pas.

Wacana itu juga menunjukkan sikap terbuka dan keberanian dewan pemuda berkenaan. Secara tidak langsung wacana sedemikian juga meletakkan dewan Pemuda Pas lebih terkedepan berbanding dengan parti Umno yang mengakui sebagai sebuah parti berpengalaman tetapi tidak berani untuk meletakkan celon-calon yang bertanding merebut jawatan ketua Pemuda Umno di atas satu pentas untuk mengemukakan wawasan masing-masing.

Bagaimana pun agak dikesalkan seorang calon ketua dan timbalan ketua sepatut hadir sama tetapi tidak hadir. Mereka ialah Kamaruzaman Mohamad yang bertanding jawatan ketua dan Abdul Khalil Abdul Hadi yang bertanding jawatan timbalan ketua pemuda. Ketidak-hadiran mereka sedikit sebanyak mencacatkan wacana berkenaan.

Zul Hazmi Sharif
Suhaizan Kaiat
Ketidaaan mereka berdua juga boleh disifatkan sikap tidak sporting mereka dan mungkin juga mereka kurang berani untuk berdepan dengan khalayak. Ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi mereka sebagai calon. Tanpa hadir menyebabkan orang boleh menyifatkan mereka juga tidak mempunyai idea atau pun tidak bersedia dengan wawasan atau iltizam untuk memimpin Pemuda.

Wacana itu dirasmikan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasir Zakaria manakala Dr Nuzil Nuhairi Ismail yang juga merupakan Pengerusi Profesional Muda Islam Kedah (Promis) bertindak selaku moderatornya. Dua calon ketua Pemuda Zul Hazmi Sharif dan Suhaizan Kaiat serta seorang calon timbalan Raja Ahmad Iskandar hadir dan mengemukakan pandangan serta wawasan mereka.

Usaha dilakukan Dewan Pas Kuala Kedah dan Profesional Islam Kedah itu sesuatu yang wajar dijadikan tradisi dalam Pas menjelang pemilihan. Mungkin untuk masa akan datang ia perlu ditetapkan bagi diuruskan oleh Dewan Pemuda peringkat negeri dan ianya boleh diadakan di setiap negeri atau pun secara berpusat di Kuala Lumpur.

Sekali lagi diucapkan syabas kepada Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah kerana mendahului Dewan Pemuda Pas kawasan dan negeri-negeri lain. Syabas juga kepada Suhaizan, Zul Hazmi dan Raja Ahmad Iskandar kerana memenuhi undangan untuk wacana berkenaan. Anda telah memulakan sesuatu pembaharuan cukup bernilai dalam Pas. [wm.kl.12:17 t/malam 14/11/13]

1 comment:

  1. Alhamdulillah...pada sy program mlm td berjaya walau x sem calon hadir.

    Tak kurang jgk yg mensabotaj program kami dgn menyebarkan bahawa program ditunda dan ada jgk pihak yg mengherdik serta menganggap wacana ini adalah medan bicara yg tidak sihat...

    Walaubagaimanapun, saya berbangga menjadi sebahagian daripada penggerak program tersebut dgn kehadiran yg melebihi target..

    Terima kasih kpd penalis yg sporting dlm memberi gambaran awal dari sudut misi, visi serta target perlaksanaan tugas jika mereka terpilih dan perbincangan bersifat keilmuan ini..

    Ismail Junior
    DPPKK

    ReplyDelete