Thursday, June 19, 2014

Jangan rosak otak dengan berita palsu Muhyiddin letak jawatan

SUSUPAN TENGAHARI                                                                   

Beberapa rakan dan penjengok blog Merah Tinta menghubungi saya bertanyakan mengenai berita kononnya Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai perdana menteri esok dan tempatnya akan diganti oleh Hishmauddin Hussein.

Mulanya saya abaikan saja berita berkenaan. Tetapi selepas dua tiga orang whatsaap, sms dan menghubungi menerusi telefon, terpaksa juga saya memberi respons mengenai desas desus berkenaan, agar selepas ini tidak ada lagi yang menganggu saya.

Saya sendiri tidak tahu dari mana sumber berita itu keluar. Tetapi menerusi rakan, ianya sudah tersebar dalam internet. Mengapa orang kita muda percaya berita yang disebar dalam internet? Nampaknya internet sudah menjadi kitab kehidupan baru bagi orang Malaysia khasnya bangsa Melayu yang suka membuat fitnah dan menerima fitnah.


Apa lagi kalau berita itu sejiwa dan secocok dengannya, maka mudah ia diterima sebagai benar. Sebaliknya kalau berita itu tidak menyenangkan hati dan jiwanya ia ditolak walaupun ia benar. Inilah sikap dan perangai orang Melayu.

Sayang orang kita tidak rajin mengguna otak sendiri sebaliknya menumpang otak orang lain. Kerana itulah berita tidak masuk akal pun ditelan dan dipercayainya.

Berita tentang Muhyiddin itu sepatutnya boleh dinilai sendiri. Tidak payah guna kedua belah otak, guna sebelah otak pun sudah cukup untuk mengesahkan benar atau tidak. Fikir secara logik apakah sebab kalau Muhyiddin hendak melepas jawatan, atau apakan sebab musabab kalau Najib hendak menggugurkan Muhyiddin.

Menggurkan Najib bermakna Najib menggali lubang kuburnya sendiri.

Jawatan timbalan perdana menteri bukan senang diperolehi. Dalam sejarah yang melepas jawatan berkenaan hanya seorang sahaja Musa Hitam apabila beliau tidak secocok dengan Mahathir Mohamad. Banyak yang tergila nak jadi TPM tetapi tidak berjaya. Anwar Ibrahim dipecat sebagai TPM manakala Ghabar Baba tidak dilantik sebagai TPM apabila kalah dalam pertandingan dalam Umno.

Apakah semudah dan sebodoh itu Muhyiddin hendak melepaskannya?

Sehubungan itu satu lagi berita yang tersebar ialah mengenai Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang ahli parlimen yang dikatakan akan sertai PKR? Ini juga berita liar yang tidak masuk akal. Ia lebih mustahil daripada mengharapkan tanduk tumbuh di kepala kucing.

Mudah kata senang cerita, kedua berita berkenaan adalah bohong belaka. Spekulasi sampah semata-mata. Apakah ia disebarkan bertujuan provokasi? Kalau provokasi kepada siapa, Najib atau Muhyiddin atau pun hendak menyedapkan hati orang yang menyebarkannya?

Orang Melayu lebih baanyak berangan-angan daripada berdepan dengan kenyataan sebab itulah kurang maju. [wm.kl.12:49 pm 19/06/14]


No comments:

Post a Comment