Monday, November 16, 2015

Mustapa sudah gaharu cendana pula?

TULISAN KECIL

Mustapa Ali berkata dia mahu Husam Musa bersemuka dengannya bagi menjelaskan dakwaan yang mengatakan Abdul Hadi Awang ingin menubuhkan kerajaan bersama Umno di Selangor. Mustapa merujuk kepada pendedahan Husam di Kota Bharu baru-baru ini yang mendedahkan rancangan Hadi untuk bertakup dengan Umno.

Dalam persemukaan itu katanya, ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad juga akan dipanggil walaupun Khalid tidak lahi ahli Pas.

Katanya dia berharap Husam dan Khalid akan bercakap benar. Kenapa Mustapa menggunapakai perkataan itu, "bercakap benar" apakah dia seorang yang tidak oportunis?

Kenyataan Mustapa itu memberi gambaran bahawa apa didakwa Husam itu tidak berlaku dan hanya cerita Husam sahaja.

Sudah tentu kalau Husam atau Abdul Khalid datang mereka berdua akan terperangkap. Baik Husam dan Abdul Khalid tidak dapat membuktikan apa yang didakwa itu kerana ia tidak berlaku. Pembentukan kerajaan itu di peringkat cadangan dan harsat Hadi dan beberapa pemimpin lain yang berkepntingan sahaja. Kalau bukan mereka membantah sudah tentu ia menjadi kenyataan.

Perundingan ke arah itu memang sudah pun berjalan. Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Amat pernah menceritakan kepada saya bahawa dia menjadi tukang bawa Abdul Hadi, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lain berjumpa dengan Abdullah Ahmad Badawi. Alwi ketika itu Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Alwi mendedahkan ini kepada saya ketika kami di Makkah setahun lepas.

Mustapa juga ada dalam mesyuarat bagaimana Hadi disoal dengan cadangan itu. Jadi untuk apa Mustapa mengajak Husam untuk bersemuka terhadap perkara yang beliau tahu dan beliau sendiri terlibat dengan rancangan itu. Janganlah sesudah gaharu cendana pula duhai Mustapa.

Kerana bukti berhubung perkara itu sukar dibuktikan, tidak dicatat dalam minit mesyuarat maka elok kalau Abdul Hadi tampil ke depan dan menafikan apa yang didakwa Husam itu. Ramai AJK Pas yang boleh menjadi saksi terhadap apa yang berlaku. Hadi tidak boleh biarkan kepada Mustapa menjadi tukang jawab dan membelanya.

Makanya adalah elok baik bagi Husam, Khalid atau sesiapa juga tidak melayani cadangan Mustapa itu. Mustapa mengemukakan cadangan itu kerana dia ingin mempertahankan yang presidenya benar dan betul sahaja. Mustapa membuat cadangan itu apabila dunia sudah dapat berasakan Hadi "terkanyak" dan kekok untuk menjelaskan apa yang didedahkan Husam itu. 

Dan politik Mustapa itu juga tidak lebih untuk memberi tahu dunia bahawa dia masih hidup dan aktif menjaga tepi kain presiden dalam Pas. Jikalau benar ingin mencari kebenaran (yang tak akan terserlah pun), elok kalau Mustapa Hadi berdebat dengan Husam secara terbuka. [wm.kl.9:35 pm 16/11/15]

No comments:

Post a Comment