Tuesday, July 23, 2019

Mahathir tidak akan pecat Azmin

MEMBACA KATA 

KENYATAAN dikeluarkan Dr Mahathir Mohamad hari ini berkaitan video lucah Haziq menjelaskan beliau tidak bersedia untuk memecat Azmin Ali sebagai anggota kabinet. Stop. Penjelasan Dr Mahathir itu sebagai mengesahkan gambaran diberikan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador malu-malu, yang polis semacam mahu melindungi Azmin.

Sekurang-kurang dua kenyataan Hamid Bador sebelum ini berkaitan video lucah itu memihak kepada Azmin. Siasatan berhubung video berkenaan bukan mahu mencari pelaku tetapi dalang menerbitnya. Bahkan Azmin telah memberi kredit kepada polis mengucap syukur kerana menyelamatkannya.

Besarnya jasa polis Azmin telah berkumpul dan mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran atas pembelaan itu.


Kenyataan Hamid pertama ialah apabila beliau mengatakan video itu tulen tetapi pelakunya tidak dapat disahkan. Manakala kenyataan keduanya beliau membayangkan projek video itu didalang oleh pemimpin tertinggi parti dengan diupah ratusan ribu.

Jauh hari mengenal manikam, hanya sodek mengenali periuk, Hamid tidak pun payah bersandiwara bersilat pulut, mencipta kata bicara untuk melindungi Azmin. Apabila beliau bertindak sebagai pendakwah, pembela dan hakim dalam isu itu orang sudah faham. Sudah retik bagaimana duduk punggungnya dan cara dia tidur malam.

Hari ini apabila Mahathir menjelaskan kononnya video itu bertujuan untuk mempengaruhnya memecat Azmin, jelas lagi bersuluh apa yang disebut Hamid itu sahih. Kata-kata Hamid semacam suara Mahathir. Mahathir membuat rumusan video lucah itu disebar untuk menjatuhkan Azmin.

Dan beliau pun membuat pengakuan yang cukup, "memalukan" apabila mengatakan dia tidak akan terpengaruh dengan video itu dan menolak kebusukkan kerana agamanya melarang memburukkan orang lain, apa lagi dengan mengitip orang lain berbuat tidak dsenonoh.

Rengkasnya, dengan menyimpulkan kenyataan Abdul Hamid selaku Ketua Polis Negara, dan kenyataan penjelasan Mahathir sebagai Perdana Menteri, kedudukan Azmin sebagai anggota kabinet selamat. Azmin tidak diapa-apakan usahkan dijentik Mahathir dan Hamid, dijerkah pun tidak.

Jadi terbaik, mereka yang merancang burukkan Azmin perlu mengaku kalah dan insaf kerana tindakan anda sia-sia dan tidak akan dilayan seperti difikirkan. Anda menanam angin menunai badai. Perdana Menteri ke 7 ini berbeza dengan Perdana Menteri ke 4.

Apa yang terbuka di sini, rakyat akan membuat penilaian dengan penuh keadilan apa yang berlaku. Semua itu tercatat dalam sejarah. Ia akan ditulis apa yang berlaku hari ini, kemudian pembaca sejarah masa datang akan memutuskannya siapa yang berhak dan benar.

Nasib atau kisah pertarungan dipentas video yang berwasekan Mahathir ini samalah pertarungan Hang Jebat dengan Hang Tuah yang berwaselkan Sultan Melaka yang pengadilannya menyangsikan. Akirnya pertarungan Tuah dan Jebat itu diadili rakyat sepanjang zaman yang menang kalahnya tidak dapat ditentukan. [wm. kl. 11:10 am 23/07/19]

No comments:

Post a Comment