Tuesday, October 29, 2019

AP boleh kurangkan aktiviti seludup ayam beku?

PENDAPAT MALAM

Contoh ayam sejuk beku yang dirampas. Foto BH.
KEGIATAN membawa masuk (menyeludup) ayam sejuk beku daripada luar negeri ke negara ini, kini menjadi satu gejala yang sangat membimbangkan. Kegiatan haram itu membawa berbagai implikasi buruk lain kepada negara dan bukan sahaja menyebabkan negara kehilangan hasil cukai, tetapi ia juga boleh menjejaskan kemudaratan hati dan jiwa (iman) umat Islam negara ini.

Ayam-ayam sejuk beku yang diseludup itu disangsi akan kesucian dan cara pemerosesannya mengikut syariah Islam. Sepatutnya prosedur pemerosesan itu wajib menepati syariat Islam kerana penggunanya sebahagian besarnya umat Islam.

Ironisnya dalam masa ada pihak tertentu melancarkan kempen Beli Barangan Muslim (BMF), tidak sewajarnya kegiatan itu dibiarkan berlaku berleluasa dan teralpa dari perhatian BMF. Sepatutnya makenisme kempen itu turut sama membincang perkara ini, kemasukan barangan haram.

Tanpa sekatan dan pemantauan rapi, kegiatan itu ia boleh menjejaskan kempen BMF itu. BMF itu tidak pun ke mana-mana selain dianggap ia adalah gimik politik jika ia tidak mengambil kira gejala itu sebagai agenda bersama. Saat kita memberi perhatian kepada barangan keluaran rakyat negara ini (bukan Islam), tetapi kemasukan ayam sejuk beku seakan dikecualikan daripada perhatian penggerak BMF. Kenapa?

Penyeludupan ayam sejuk beku itu berlaku boleh dikatakan sepanjang tahun. Misalnya dalam tempoh beberapa bulan ini dilaporkan beribu-ribu kilogram ayam sejuk beku bernilai hampir sejuta ringgit dilaporkan diseludup melalui pengkalan haram di Rantau Panjang yang berjaya dibenteras oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Dikutip dari laporan akhbar menyebut, pada bulan Mac tahun ini sebanyak 12,608 kilogram ayam sejuk beku yang bernilai RM51,864 dirampas. Pada Ogos pula sebanyak sebanyak 58,756 kilogram ayam sejuk beku bernilai RM330,000 telah dirampas. Dan terbaharu pada 29 Oktober sebanyak 1,000 kotak ayam sejuk beku bernilai RM100,000 telah dirampas.

Semua rampasan itu berlaku di sempadan Kelantan Thailand di Sungai Golok. Ayam sejuk beku itu  dibawa masuk menerusi beberapa pengkalan haram yang wujud di sepanjang Sungai Golok - Rantau Panjang.

Apa yang dicatat ini adalah apa yang dilaporkan yang berlaku di sempadan Kelantan sahaja. Kegiatan juga dilaporkan di tempat-tempat lain, menjadikan jumlah lebih banyak lagi dan negara kehilangan hasil yang lebih besar serta implikasi daripada kegiatan itu lebih merisikokan negara.

Salahuddin Ayub
Seperti dikatakan tadi aktiviti penyeludupan ayam sejuk beku ini bukan sahaja menjejaskan kutipan cukai, tetapi ia juga menjejaskan jiwa dan hati nurani rakyat negara ini. Agama Islam sangat menekan kepada makanan halalan toyyiban, suci dan bersih dan tidak bersubahat dengan kemungkaran. Dengan keadaan ayam sejuk beku diseludup itu yang mana tahap halalan toyibbannya diragui ia boleh merosakan keimanan orang Muslim memakannya.

Sebenarnya fenomena ini sudah lama berlaku dan ia lebih rancak ke belakangan ini. Kenapa? Persoalannya timbul, kerana negara mempunyai berbagai agensi pembenteras dan pencegahan penyeludupan. Misalnya kewujudan MAQIS yang disertai oleh AKSEM, PGA. Jabatan Kastam Diraja dan lain-lain seolah-olah tidak mengawal kegiatan ini?

Untuk memastikan penyelupan atau kemasukan benda haram itu berhenti, ia tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada MAQIS semata-mata. Pihak NGO dan rakyat juga harus memainkan peranan penting. Dalam soal ini apakah peranan dimainkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), yang merupakan pihak bertanggungjawab berhubung dengan kemasukan ayam beku. Ayam beku diklasifikasikan di bawah apsek pemakanan yang tertakluk dibawah bidang kuasa dan kawalan MOA.

Dengan kedudukan itu MOA boleh memainkan peranan berkesan disini. Umum maklum MOA melalui Jabatan Haiwan adalah agensi bertanggungjawab mengeluarkan AP import ayam beku. Satu cara bagi mengatasi masalah penyeludupan ayam beku ini MOA mengeluarkan AP untuk menjamin kemasukan ayam sejuk beku ini dapat dipantau secara sistematik.

Sepatutnya MOA kenapa faham kenapa kemasukan ayam sejuk beku menjadi tarikan? Antara sebabnya pasarannya besar disamping harganya murah berbanding ayam tempatan. Dalam hubungan ini peniaga tidak mempedulikan soal halal haram lagi. Justeru untuk mengelakkanya, MOA boleh mengeluarkan AP, agar ayam sejuk beku dibawa masuk secara sah yang halal dan memudahkan pengawalan.

Mungkin MOA menerusi Jabatan Haiwan boleh membuat kajian mengenai hal ini. Sekiranya dengan mengeluarkan AP, boleh membendung gejala itu, nah, keluarlah AP seberapa banyak agar kemasukan ayam berlaku secara sah. Kurangkan birokrasi dalam pengeluaran AP itu. Dengan cara itu selain ia tidak menjadi masalah berbangkit daripada kegiatan penyeludupan itu, cara itu dapat menambahkan hasil kepada negara.

Tidak perlu perketatkan untuk mengeluarkan AP import ayam dengan berbagai kerenah birokrasi yang aneh dan ganjil. Dan juga cuba kurangkan permainan kronisme dalam memberi AP ini.

Sekiranya dengan cara itu dapat membendungkan kegiatan haram itu, lakukan segera. Dan MOA khasnya Menterinya Salahuddin Ayub perlu berani bertindak mencuba apa-apa kaedah yang difikirkan boleh merubah keadaan dan bukannya kekal ditakuk lama, dimana dengan cara lama itu meyenbabkan permasalahan yang memalangkan negara itu berpanjangan berlaku.

Kepada Salahuddin jangan mengsia-siakan peluang diberikan rakyat kepada saudara di kerusi Menteri itu, lakukanlah dengan penuh tanggungjawab dan tawaduk.  [wm.kl.7:35 pm 29/10/19]

No comments:

Post a Comment