Tuesday, November 23, 2021

Perhatian

PERHATIAN

SAYA tidak sekerap dahulu menghantar catatan atau mengisi blog ini kerana akhir-akhir ini agak dikekang masa sedikit kerana sibuk menyiapkan sebuah buku baharu. Untuk tahun 2021 ini belum sebuah buku pun diterbitkan. Walaupun antologi puisi persendirian "Bayangan Diri" sudah siap diproses untuk dicetatkkan tetapi masih belum selesai-selesai juga. 

Tampaknya Bayangan Diri terus dirundung malang kerana akan dipintas sebuah buku politik yang akan menjelma beberapa minggu lagi. Disebabkan giat mengusahakan buku berkenaan menjadikan pengisian dalam blog ini tidak begitu serajin dahulu. Ohya mungkin juga faktor usia atau bad mood dengan perkembangan politik mutakhir.

Pun begitu saya terus mengirimkan status kecil di Facebook dan Twitter saya. Yang mesra dengan blog ini mungkin tidak menemui catatan dan membawa perasaan saya di sana. 

Berbalik kepada buku yang dalam prsoes akhir penyiapannya, ia mungkin buku terakhir daripada saya membicarakan tentang sosok bernama Anwar Ibrahim. Selepas ini mungkin saya perlu berhenti menulis tentangnya? Sudah banyak saya menulis buku mengenai Anwar, buku ini adalah menjawab ibu persoalan tentangnya.

Kepada pembaca budiman dan pemeriksa terhadap segala kegiatan saya dan buku-buku saya, yang menyokong saya diharap sabar menanti. Insya-Allah apabila semuanya sudah beres saya akan notis atau mengiklannya dalam blog ini. Buku itu nanti cetakannya terhad. 

Dengan penjelasan ini diharap dapat menjawab persoalan kenapa saya agak kurang mengisi blog ini tidak sekerap sebelum ini. Wassalam. [wm.kl. 7:21 am 23/11/2021]


No comments:

Post a Comment