Sunday, October 30, 2022

Usaha pastikan Mohd Amar tidak jadi MB

ULASAN MINGGU

WALAUPUN ada tanda yang rakyat Kelantan tidak senang dengan pembawaan politik Mohd Amar
Nik Abdullah
namun tidak begitu kepada anggota Pas. Orang Pas termasuk pimpinan atas tidak dapat menghidu akan kesan buruk akibat pembawaan politik timbalan menteri besar Kelantan itu kepada parti berkenaan.

Jika melayari media sosial dengan mudah dapat ditemui kritikan, sindiran dan perasaan marah ditumpahkan kepada Mohd Amar oleh rakyat Kelantan. Setiap kali beliau memberi ulasan atau jawaban bersifat simplistik dan mengenakan orang beliau akan dikecam dengan pelbagai kata-kata huduh, setanding dengan apa yang tumpah dari mulutnya. 

Pembawaan politik Mohd Amar yang suka mengejek, memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan politik bersifat sinis dan sarkastik, dikatakan sedikit sebanyak mencemarkan imej Pas sebagai parti agama. Gara-gara pembawaan politik panas barang dan suka merendah-rendahkan orang itu menyebabkan rakyat Kelantan tidak senang kalau kepimpinan kerajaan Kelantan bertukar tangan kepadanya.

Kerana ulah dan stail politik beliau yang kontradik dengan nilai agama itu juga menyebab orang mengira ia akan dijadikan isu apabila ia dibandingkan dengan perwatakan dan saksyiah Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz.

Bertolak dari kebimbangan itu menyebabkan ada segelintir ahli Pas Kelantan berstatus pimpinan sangat membimbangi keadaan Pas lalu berusaha memastikan agar Mohd Amar tidak dijadikan pengganti Ahmad Yaakob sebagai Menteri Besar. 

Mereka bimbang kalau parti memberi gambaran Mohd Amar sebagai MB, ia boleh menjejaskan peluang Pas untuk menguasai Kelantan dan menyenangkan pula pihak musuh Pas menjadikan keperibadian Mohd Amar itu sebagai isu.

Bertolak dari rasa bimbang itu, katanya lobi atau kempen untuk tidak menjadikan Mohd Amar sebagai MB dijalan secara serius. Lobi melobi atau kempen itu bukan sahaja dalam kalangan ahli dan penyokong parti peringkat bawahan tetapi sudah berlangsung di peringkat tertinggi hingga ke presiden parti. 

Dua tiga hari lepas dilaporkan terdapat tiga orang anggota Pas berstatus pemimpin telah ke Rusila Terengganu untuk menyampaikan kebimbangan mereka tentang Mohd Amar itu kepada Abdul Hadi Awang.

Dalam pertemuan tanpa temu janji itu dan dibuat atas  kunjung ziarah ke atas Ayah Chek, mereka menyampaikan maksud dan tujuan kedatangan itu kepada Hadi. Mereka memintakan supaya isu Mohd Amar diselesaikan bagi menyelamatkan Pas Kelantan. Rombongan tiga orang itu memberi taaruf panjang lebar kepada Ayah Chek sekiranya tidak dibuat sesuatu keadaan Pas Kelantan dalam bahaya. 

Difahamkan apa yang cadangkan mereka kepada Hadi, memintakan agar presiden meletakkan Mohd Amar bertanding di kerusi parlimen dalam pilihan 19 November ini. Cara itu boleh membawa keluar Mohd Amar dari kemelut yang dikatakan akan berlaku itu. 

Dengan berbuat demikian juga ia akan memberi isyarat awal bahawa dalam pilihan raya peringkat DUN  nanti, Mohd Amar tidak lagi dicalonkan untuk bertanding di mana-mana Dun dengan itu angan-angan untuk beliau menajdi MB Kelantan dengan sendiri tercabut.  

Sekiranya itu berlaku maka hasrat dan kemahuan mereka untuk memastikan Mohd Amar tidak dilantik menjadi MB menggantikan Ahmad Yakob menjadi kenyataan. 

Bagaimana pun presiden Pas dikhabar tidak memberi apa-apa komen dan reaksi positif terhadap cadangan itu. Apabila senarai calon parlimen untuk kouta Pas di Kelantan bertanding dalam pilihan raya 19 November ini tidak kedapatan nama Mohd Amar diletakkan bertanding dimana-mana kerusi, bermakna Abdul Hadi tidak menerima solusi yang dibuat oleh tiga pemimpin itu.

Ironinya  seperti terbalik dan mengejutkan pula apabila nama salah seorang yang datang mengunjungi ziarah Hadi membawa misi untuk tolak Mohd Amar itu tidak juga dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya sebelum ini. Cak putar lorek-lorek. [wm.kl. 12:37 pm 30/10.2022]

No comments:

Post a Comment