Thursday, August 1, 2024

Isu MAHB - Blackrock jangan disihir syaitankan..

Dr Mujahid (berjubah) ketika jumpa di majlis
tahlil Allahyarham Sallahuddin Ayub.
PENJELASAN Senator Dr Mujahid Yusof berhubung isu pensawstaan MAHB yang dimomokkan sebagai penjualan saham kepada Israel di Dewan Negara sangat jelas bagaikan yang terang disuluh.

Cara Dr Mujahid menjelaskan ringkas, padat dalam laras bahasa yang mudah difahami semua golongan.

Elok sangat mereka yang kabur mengenai isu berkenaan, ataupun yang telah disihir-syaitankan oleh pembangkang dan setengah pihak, menghayati ucapan Dr Mujahid itu dan cuba memahami masalah sebenarnya bagi mengelakkan menjadi penyebar fitnah disiang bolong.

Insya-Allah kalau sudah mendengarnya, maka akan fahamlah duduk perkara sebenarnya dan tidaklah bergelut dalam persepsi melampau, kecuali mereka yang degil atau dalam hatinya ada penyakit, tetap akan menolak bagaimana dijelas dan dibuktikan sekali pun, ia tidak diterima, laksana apa dialami oleh Abdul Hadi Awang untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, amat sukar sekali.

Kita jangan jadi manusia yang disebut dalam al Quran memang ada orang yang ada penyakit di dalam hatinya kemudian ditambah penyakit oleh Allah.

Dr Mujahid memulakan perbahasan dengan menarik perhatian kepada mereka yang cuba bercakap mengenai isu itu, agar terlebih dahulu bertanya dengan sikap terbuka kenapa perlu distrukturkan semula pengurusan lapangan terbang kita?

Jika semua orang bertanya hal itu, nescaya tidak akan sesat dalam cahaya apabila ingin menyentuh isu berkenaan. Malangnya mereka yang berbicara soal isu itu menurutnya, mengambil sembrono tanpa hujung pangkal, atau bercakap tanpa ada asas yang konkrit. Kita jangan seperti memakan buah yang kita tidak kenali, bahaya kerana ia mungkin memabukkan.

Jelas Dr Mujahid penswastaan dilakukan adalah untuk membolehkan negara kita berdaya maju dalam industri penerangan agar kita tidak ketinggalan terlalu jauh berbanding dengan negara jira pada masa akan datang.

Perkara yang kita perlu ketahui, ujarnya, pertumbuhan kita dalam industrinya hanya 1 peratus (semasa pandemik Covid) bebanding dengan negara-negara jiran kita lebih kedepan dengan mencapai sebanyak 8 peratus.

Misalnya dari segi rangkaian penerangan negara lain ke depan berbanding negara kita. Penerbangan kita hanya ada 22 rangkaian saja ketimbang Singapura ada 40 rangkaian, Thailand 55.

Dari segi modal atau pelaburan pula airport mereka jauh lebih tinggi berbanding kita, dimana Thailand 6.6 Billion, Indonesia 12 Billion berbanding kita hanya 1.4 Billion. Jarak atau beza digit itu sudah menunjukkan di mana kita berada.

Realiti inilah menyebabkan kenapa kita perlu bangkit bertindak melakukan usaha dengan menswastakan MAHB kepada GIP bagi membolehkan kita tidak ketinggalakan dan mampu bersaing di masa datang.

Mengenai kerjasama dengan GIP perlu difahami dan jangan mudah tersihir dengan cerita pembangkang yang memang kerjanya mahu menyalahkan kerajaan. Ada pihak menuduh kerjasama atau penswastaan itu menyebakab negara akan tergadai kepada Israel melalui Blackrock. Penswastaan itu ditafirkan sebagai Malaysia ingin menjual airport kepada Israel. Dan dihuraikan lagi keselamatan pintu masuk negara juga senang dicerobohi. Puiii.

Jelas Dr Mujahid perkara ini hendaklah difaham baik-baik, dimana dalam penjualan saham itu, ia hanya melibatkan 30 peratus sahaja, sementara 70 pereatus saham lagi adalah miliki Khazanah dan KWSP. Jadi tidak timbul kalau GIP menguasai saham seperti mana dihebuhkan.

Satu hal penting jelas Mujahid, mengenai tuduhan MAHB berkerjasama dengan Blckrock yang dikaitkan dengan Israel. Apa yang berlaku katanya MAHB tidak berurusan dengan Blackrock tetapi yang menjadi rakan ialah dengan Global Infrastructure partners (GIP). 

"Kita berurusan dengan GIP bukan Blackrock" tegas Dr Mujahid. Jadi kenapa hendak dikaitkan dengan Blackrock, disinilah nampak ia disengakan.

Hayatilah penjelasan Dr Mujahid itu dalam video Tiktoknya agar kita tidak termakan dengan fitnah dan pembohongan disiang bolong oleh pihak tertentu khasnya pembangkang. [wm.kl. 10:45 am 01/08/2024]

1 comment: